NuffNang

Nuffnang

Translate

Tuesday, July 20, 2010

Siapa dia? Siapa kau? Siapa aku?

Ketika semua orang sedang sibuk menjalankan kehidupan seharian, ada juga yang sedang beristirehat dan tidak kurang juga yang sedang berseronok bersama-sama dengan rakan-rakan dan juga keluarga. Tetapi disebalik semua ini, tahukah anda apa yang sedang anda lakukan dan apa yang sedang giat berlaku di sebalik semua itu?
Mungkin anda semua tidak sedar dengan apa yang anda semua lakukan itu. Bagi anda itu hanyalah aktiviti riadah dan mengeratkan silaturrahim dan tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya adalah salah satu dari pada tuntutan agama. Tetapi adakah aktiviti yang anda lakukan itu di samping 'bersilah' itu adalah aktiviti yang diredhai Allah? Mungkin ada yang mengatakan "itu urusan Allah, kita berserah sahaja kepadaNya". Itu adalah jawapan paling klise pada telinga saya. Makna yang paling tepat kepada ayat itu ialah "saya tidak tahu." Jadi maknanya tidak pasti atau "ntah".

Allah telah mengurniakan Al-Quran kepada kita supaya kita menggunakannya sebagai panduan. Ayat ini juga saya pasti semua orang tahu. Tetapi ramai yang buat tidak tahu dan memekakkan telinga mereka kerana apa yang di larang Allah itu adalah sesuatu yang mereka tidak suka. Jika meluangkan aktiviti bersama keluarga, itu mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi meluangkan aktiviti bersama kekasih dan kawan-kawan yang itulah sepatutnya kita bimbangkan. Pada masa sekarang, kawan-kawanlah yang memberi paling banyak pengaruh kepada anak-anak muda ini lebih dari keluarga. Apa yang dilarang oleh keluarga tidak di ikuti, tetapi apa yang dilarang oleh kawan-kawan pula yang di taati. Siapa mereka itu? Siapa pula ibu dan bapa kita?

Ada yang mengatakan, semua orang sama sahaja. Depan baik, tetapi di belakang jahat secara sembunyi. Jika semua orang berfikir demikian, maka makin jahanamlah masyarakat melayu. Maka semua orang tidak akan mengambil kisah keatas apa yang terjadi disekeliling mereka. Sebab itulah kes rogol boleh dilakukan di rumah sendiri atau di tempat awam, kerana tiada yang mengambil kisah. Bagi saya, ya...kita semua ada salah dan silap kita....tetapi kita semua harus mengawal kerosakan dari diri kita itu supaya tidak bertambah rosak. Maksud saya, jika kita ini sering ke kelab malam, tetapi kita melarang kawan kita atau kekasih kita berbuat demikian dan melarang juga ia berkawan dengan orang yang sama 'spesis' dengan kita semata-mata untuk menjaga kehormatan diri mereka, bukankah ianya satu perkara yang baik? Sebab dalam pada masa yang sama, ia mentarbiyahkan diri kita juga. Di samping itu ia dapat mengurangkan dosa yang bakal kawan kita itu terima. Bagi saya, cukup-cukup la sampai disitu sahaja. Usah ditambah derita yang ada dan usah dicipta derita yang baru...cewahh.

Ok la, seburuk mana pun kita ini, tetapi kita harus cuba untuk merubah diri kita sedikit demi sedikit. Jika kita mengalah, bermakna kita tidak pernah mencuba pun. Untuk memulakan sesuatu perubahan itu, kita hendaklah menjauhkan diri dari orang-orang yang tidak sihat ini. Siapa kawan kita akan menggambarkan diri kita pada kaca mata orang lain. Saya beri satu contoh, jika kita berkawan dengan penagih dadah, walaupun kita bukan penagih dadah, orang akan menganggap kita ini penagih dadah juga. Jika kita berkawan dengan kaki kelab, orang pun akan berkata kita ini kaki kelab malam. Walaupun orang itu tidak tahu hal yang sebenar, tetapi kita juga turut menyumbang kepada dosa kerana membiarkan orang-orang mengumpat dan menjadi punca kepada fitnah. Pada masa sekarang ini, kita harus menjaga diri kita dari menjadi punca atau sumber fitnah. Dari situlah ayat "siapa kau untuk menilai aku!?" menjadi tidak releven. Kerana sebab inilah ayat itu tidak boleh digunakan lagi.

Kita harus menilai siapa kawan kita dan siapa diri kita, kerana kawan kita akan melambangkan diri kita. Bagi lelaki, pada masa sekarang ini susah hendak menjadikan mereka kawan yang hanya kawan. Kerana kebanyakan lelaki pada masa sekarang ini otaknya letak pada nafsu mereka. Pada perempuan pula, jangan ingat anda kuat dan mampu menangkis segala godaan lelaki. Sebab Allah tahu kaum hawa ini tidak kuat, sebab itulah perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki kerana untuk dipimpin oleh lelaki dan bukannya untuk memimpin diri dan memimpin lelaki. Sampai bila-bila pun perempuan tidak dapat mengubah nasib mereka yang mereka tidak mampu memimpin orang lain apatah lagi diri sendiri. Slogan "Hak sama rata antara lelaki dan perempuan" itu tidak boleh digunakan. Pejuangan feminisme ini hanyalah propaganda yahudi untuk menjadikan perempuan tidak taat kepada lelaki yang akan menjadi suami mereka suatu hari nanti.

Ada yang berkata lelaki sekarang banyak menindas perempuan, itu saya tidak nafikan. Perempuan di rosakkan dan dijadikan alat untuk memuas nafsu sahaja. Bagi saya, perempuan yang memberikan lelaki seperti ini peluang untuk merosakkan mereka. Sikap waspada terhadap lelaki harus wujud! untuk mendapatkan sikap waspada sentiasa ini, kita harus mempunyai sikap menilai. Ini kerana tiada apa lagi yang tinggal untuk wanita yang tidak mahu mengikut panduan Al-Quran. Sebenarnya kedudukan wanita itu cukup tinggi sehingga di adakan satu surah untuk wanita di dalam Al-Quran. Harus diingati, satu surah tau dan bukan satu ayat. Allah permudahkan kaum wanita ini untuk mendapat syurga dan ini dibuktikan dengan banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang wanita. Jadi jagalah maruah diri dan dengan siapa anda berkawan supaya anda tidak terjatuh dan tersungkur di pintu syurga.

Bagi lelaki yang menjadikan nafsu dan perasaan sebagai panduan, berhentilah dari menjadi seperti binatang. Bekawanlah dengan lelaki yang baik dan beriman. Kerana andalah yang akan memimpin negara dan bukannya nafsu anda. Baik yang anda buat, baiklah yang akan anda dapat. Buruk yang anda buat, buruklah yang anda akan dapat. Semua lelaki inginkan perempuan yang baik sebagai isteri, tetapi jika anda sendiri yang menjahanamkan kaum perempuan ini, jadi apa lagi yang akan tinggal? Yang tinggal hanyalah wanita yang rosak dan jahat untuk dijadikan isteri anda. Kemudian sampai bila-bilalah keluarga anda akan rosak akidahnya kerana sikap anda sendiri. Tidak ada yang baiknya jika menjadikan nafsu sendiri sebagai panduan. Jadi nilailah diri anda dan kawan anda sendiri. Jauhilah mereka yang banyak memberikan keburukan kepada diri anda. Jangan kerana keseronokan di dunia, anda menjadi binatang yang sering diumpamakan oleh Allah di dalam Al-Qurang. Jika Allah membuat satu perumpamaan anda dan babi, layakkan untuk anda beramal kerana babi tidak diterima amal ibadatnya.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.