NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, October 3, 2011

Islam itu politik? Politik itu Islam?

Artikel dari mStar Online :


Islam Tidak Wajar Dilihat Melalui Lensa Politik - Raja Nazrin 


KUALA LUMPUR: Islam tidak wajar di lihat melalui lensa politik keranalensa politik boleh berubah, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Baginda bertitah, Majlis Agama Islam Negeri (Main) adalah institusi bukan politik dan bertanggungjawab secara langsung kepada Raja-raja sebagai Ketua Agama Negeri.

"Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti.
"Dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian," titah baginda pada Kongres Majlis Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini, Isnin.

Raja Nazrin bertitah bahawa Main dalam kedudukan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.

"Peranan Majlis bagaimanapun kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan intelek masih belum berpihak kepadanya.

"(Justeru) dalam mendukung tanggungjawab besar terhadap ummah, Main perlu diperkasakan, menajamkan minda dan mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan lebih substantif," titah baginda.

Baginda bertitah, peranan Main hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.

"Selagi tindak tanduk Main tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf Main sebagai institusistrategik, berpotensi dan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah.

"Ia juga berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku dalam negara," titah baginda.

Bertemakan Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah, Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia berlangsung pada 26 dan 27 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan :

Pada pendapat saya, apa yang dikatakan oleh Raja Muda Perak itu ada benarnya. Ini kerana, politik itu sendiri boleh dikatakan sebagai kuasa. Kuasa ini adalah sesuatu yang umum kerana ianya terpulang kepada pemahaman individu. Mengikut istilah di dalam kamus dewan bahasa, politik mempunyai banyak pengertian dan maksud.

Walau apa pun maksudnya, Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Ini adalah pandangan saya kerana sejak dahulu lagi Islam dan politik telah berjalan seiringan. Zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW sehinggalah kepada zaman pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah, semuanya melibatkan politik. Politik itu adalah kuasa dan kuasa itu merupakan sesuatu yang perlu atau wajib dalam semua aspek kehidupan.

Seorang ayah tidak boleh memberikan arahan kepada anaknya jika tidak kerana statusnya sebagai seorang ayah. Ini kerana status itu melambangkan kuasa. Seorang ibu tidak boleh mengarahkan anaknya mandi jika tidak kerana statusnya sebagai seorang ibu. Ini dari sudut kekeluargaan. tetapi dari sudut lain pula, seorang pemimpin tidak dapat memberikan arahan kepada orang bawahannya jika tidak kerana statusnya sorang pemimpin. Seorang pemimpin juga tidak dapat menjaga keamanan negaranya jika tidak kerana kuasa yang ada padanya dan kuasa itu adalah politik.

Tetapi kuasa juga merupakan suatu perkara yang amat merbahaya. Jika seseorang begitu ketagihkan kuasa, Islam akan jadi bahan permainan baginya. Inilah yang dipanggil sebagai 'orang kemaruk kuasa.' Orang seperti ini bukan sahaja terdiri dari orang politik, tetapi di dalam kehidupan seharian juga kita sering bertemu dengan mereka. Golongan seperti ini biasanya kita akan jumpa di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta. Mereka juga di panggil sebagai golongan 'gila kuasa'.

Mereka yang menyeleweng ini jika diberikan kuasa, akan turut menyelewengkan Islam. Akhirnya Islam akan diburukkan dan di perlekeh oleh agama lain. Bukanlah salah agama Islam, tetapi salah orang Islam itu sendiri. Bak kata orang, kerana seekor lembu membawa lumpur, habis semua terpalit. Individulah yang merosakkan nama atau penduduk sesuatu tempat tersebut. Saya berpendapat, ketualah yang harus di pertanggungjawab kerana tidak pandai menjaga anak buah mereka sendiri. Sebab itulah seorang ketua harus tahu membataskan antara agama dan politik. Walaupun tidak sama dari aspek rohaniah, tetapi kedua-duanya saling memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.