NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, May 7, 2013

PRU13 paling kotor? Perlukan penjelasan dari SPR dan BN.

Pada 5 mei 2013 negara kita baru sahaja melalui satu lagi proses demokrasi iaitu pilihanraya umum yang ke-13. Setelah penat lelah berkempen, akhirnya masa yang dinanti telah tiba dan akhirnya kemenangan diberikan kepada pihak Barisan Nasional dengan kemenangan majoriti mudah. Tetapi seperti biasa, rumah sudah siap dan pahat masih lagi berbunyi. Ada suara-suara kedengaran yang mengatakan pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor sekali di dunia. Ada juga yang mengatakan pilihanraya ini telah dicemari dengan insiden undi hantu dan juga mat bangla yang mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan yang memadai di dalam Bahasa Melayu, tidak tahu Rukun Negara dan tidak tahu lagu Negaraku. Ada juga beberap video yang menunjukkan beberapa insiden di mana sebuah bas yang membawa pengundi bangla ini untuk mengundi dan juga insiden beg undi yang entah dari mana kemudian timbul di pusat kiraan mengundi.

Sebenarnya aku ni memang menyebelahi kerajaan, tetapi dalam hal ini, aku perlukan penjelasan dan penerangan dari pihak yang berwajib. Kalau nak diikutkan hati, aku memang setuju dengan kemenangan ini, kerana negara kita selamat dari dijajah oleh bangsa cina yang menyokong DAP dan juga dari kemasukan anasir ekstrim kristian dan yahudi. Aku juga turut merasa gembira kerana akhirnya PM kita masih orang Melayu yang beragama Islam. Seorang sahabat aku juga pernah berkata, seseorang lelaki cina pernah ditanyakan soalan ini kepada beliau, "aku borak ngan org cina.. aku tanya sapa leh jadi pm dalam pakatan, dia ckp nuar aku ckp tak leh aku ckp hadi, dia ckp tak leh pasal hadi tu bodoh dia ckp... kak kakakaka cina pon tau dia bodo." Sampai macam tu sekali orang cina pandang Haji Hadi tu. Menyirap pun ada sebab dia hina orang melayu. Tapi aku rasa klau benda sama yang berlaku pada Najib, puak pas ni takkan bela najib macam aku kut.

Sampai la ke perenggan yang hangat....masa aku tengah surf internet, aku nak tengok la sendiri apa yang dikatakan PRU paling kotor tu. Sebab kata orang, untuk menjadi seorang yang terbuka, seseorang itu mesti adil dan membaca dari setiap bahan berita sama ada dari pembangkang or kerajaan. Aku taknaklah nanti dikatakan jumud or katak bawak tempurung besi. Apa yang aku lihat amatlah menakutkan dan menggetar jiwa dan raga. Fuuhhh....kalau betul la video yang di upload tu, bermakna kerajaan sudah melakukan sesuatu jenayah.

Kalau rasa diri itu benar dan boleh menang, kenapa mesti menipu kan? Setakat ini saya difahamkan tiada satu pun laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan mereka itu. Alasan yang mereka gunakan ialah, polis pun memihak kepada kerajaan, jadi tiada guna melaporkannya kerana sudah pasti tiada keadilan untuk mereka. Nasihat saya, buat sahaja laporan polis.

Satu benda yang saya mahu katakan ialah, jika ianya berkenaan dengan lagu Negaraku dan Rukun Negara, rakyat kita pun ada yang tak tahu jugak kan? Kalau tak percaya, cuba tanya cina-cina dan india-india yang sememangnya warganegara kita tu, mesti ramai yang kantoi. Tetapi ini adalah soal pemberian warganegara!! Jika sebelum ini JPN dan KDN melaung-laungkan yang syarat permohonan warganegara itu tidak akan dilonggarkan, mengapa mereka ini yang tidak tahu menyanyi lagu kebangsaan kita dan juga Rukun Negara kita ini boleh menjadi warganegara kita? Ini adalah sesuatu yang memalukan!! DS Hishammuddin dan KP JPN wajib menjawab persoalan ini kerana semua yang berlaku ini sudah pastinya semasa di era beliau menjadi menteri dalam negeri! Saya pun tak suka kalau BN menang jika ianya adalah dengan cara menipu! Sedangkan orang main judi poker pun kita wajibkan main dengan jujur, inikan pula dalam hal mengundi! Apakah semua ini? Sila beri penerangan....saya mahukan jawapan yang benar beserta bukti.

Saya pun tidak mahu menang dengan cara menipu sebegini, kerana kelak ianya akan memalukan diri sendiri sahaja. Saya juga tidak mahu menjual negara jika pemberian warganegara dilakukan dengan cara yang tidak teratur. Saya harap kerajaan baru ini tidak berdiam diri....sila kemukakan penjelasan terhadap setiap satu video dan gambar yang ada di laman FB Pakatan Rakyat Elections News tersebut.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.