NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, March 9, 2009

Jiran kita di Malaysia.

Seringkali kita melihat atau mendengar di mana-mana sahaja media cetak dan elektronik pada waktu sekarang ini penuh dengan berita jenayah, penindasan, penzinaan, maksiat, demonstrasi dan lain-lain lagi berita yang tidak sedap. Apa sudah jadi dengan negara kita? Cuba kita lihat dalam skop yang lebih kecil seperti kawasan setempat kita, apa sudah jadi? Rata-rata masyarakat mahukan keamanan dan kesejahteraan. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya bahkan kadang-kala lebih teruk lagi. Kenapa?

Ada ketikanya kita menyangkakan kita tidak akan diancam penjenayah, tapi yang berlaku adalah disebaliknya. Diri yang sentiasa berdoa agar diselamatkan dari bala yang menimpa orang lain, tapi tetap terjadi pada diri sendiri. Kenapa? terlalu banyak persoalan dan terlalu banyak pertikaian yang berlegar di minda kita.

Masyarakat melayu memang terkenal dengan tradisinya yang memang menitikberatkan kasih sayang sesama mereka. Bergotong-royong dan bertolak ansur amatlah banyak dilihat di mana-mana sahaja kawasan di negara kita. Ada ketikanya jika jirang tetangga melihat anak jirannya itu melakukan suatu kesalahan, mereka akan menegur anak jiran tersebut. Begitu erat dan kuat hubungan sesama melayu pada masa ini. Tetapi, di manakah sering kita melihat keadaan seperti ini sekarang? Di bandar? Amat sedikit sekali. Di kampung? Ya, masih banyak lagi amalan seperti ini.

Pada masa sekarang ini di bandar-bandar besar, tiada lagi jiran-jirang yang mengambil tahu atau mengambil berat tentang jirang mereka sendiri. Jika ditegur, akan di marahi pula oleh jirannya. Jadi sifat berdiam diri menjadi langkah yang terbaik untuk mereka yang hidup di bandar ini. Jika ada yang masih mengamalkan budaya ini, saya ucapkan tahniah dan teruskan juga, kerana inilah budaya Islam yang sebenar. Ada banyak hadis yang boleh kita rujuk dan kita jadikan amalan untuk kita.

1. "Jibril a.s. sentiasa mengingatiku tentang jiran sehingga aku menyangka bahawa mereka boleh mewarisi harta pusaka".

2. "Tidak sempurna iman seseorang apabila tidur dalam keadaan kekenyangan sedangkan jirang berada dalam kelaparan sedang ia mengetahuinya".

3. "Kamu tidak boleh masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak berkasih sayang sesama kamu...".

Ini adalah beberapa hadis dari Nabi S.A.W dan jelaslah bahawa mengambil berat mengenai jiran amatlah penting.

Pada masa sekarang ini juga, jiran tetangga tidak lagi menegur anak jiran yang melakukan kemungkaran. Konsep 'jaga tepi kain sendiri' menjadi lebih penting dan menjadi amalan yang wajib lebih dari hadis dari Nabi Muhammad S.A.W. Mereka pada masa kini menjadi orang pentingkan diri, harta sendiri dan keselamatan sendiri. Padahal jika mereka mengambil berat tentang jiran, kehidupan mereka akan lebih tenteram dan selamat. Inilah yang dinamakan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W iaitu penyakit wahn (wahan) iaitu 'cintakan dunia dan bencikan kematian'. Konsep 'kubur masing-masing' juga semakin menjadi-jadi pada masa sekarang.

Sebenarnya, jika kita hidup berpandukan Al-Quran dan Hadis, hidup pasti akan menjadi lebih sejahtera. Dari pandangan saya, tidak ada cara lain untuk menerapkan nilai murni kedalam jiwa orang melayu pada masa sekarang melainkan dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Kenapa saya gunakan perkataan 'orang melayu' dan tidak 'orang Islam' ? Ini kerana keadaan orang Islam kita yang berapa nak Islam inilah yang menyebabkan saya menggunakan perkataan tersebut. Sebenarnya perkara ini sudah lama pun berlaku, bahkan pada zaman Rasulullah dahulu juga sudah berlaku. Sayidina Umar al-Khattab r.a pernah menyatakan, "Kita suatu bangsa yang dimuliakan oleh Allah apabila kita berpegang pada ajaran Islam, akan tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada ajaran Islam, Allah akan menghina kita".

Apa yang saya dapat simpulkan disini ialah, berpegang kepada ajaran Islam ialah menerapkan dan mengambil segala ajaran Islam dari Allah S.W.T ke dalam hidup kita. Bukannya sedikit atau separuh, tapi semua. Dengan cara ini, orang Islam yang tak berapa nak Islam itu akan menjadi Muslimin dan Muslimah yang sejati.

Wassalam.

1 comment:

  1. >> ajaran islam perlu diterapkan semuanya bukan hanya sedikit atau separuh. ini sy sokong sgt2..

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.