NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, January 26, 2011

Perhiasan dan Senda Gurauan Duniawi.

Assalamualaikum semua,

Pada malam ini saya tergerak hati untuk menulis mengenai salah satu ujian bagi kita sebagai manusia di dunia ini. Tatkala saya sedang membaca, saya terbaca satu ayat yang bermaksud :-

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya?
(28:60)

Bila saya memikirkan pertanyaan dari ayat ini, saya rasa pasti ramai yang sudah melalui ayat ini ketika membaca Al-Quran. Sudah pasti ramai juga yang mengetahui maksud ayat ini dan sudah pasti ramai juga yang tidak mengetahui maksud ayat ini. Sedang yang saya melihat gambar-gambar iklan di majalah, gambar rakan-rakan semasa melancong, saya tertanya-tanya apakah ini semua yang dimaksudkan dengan perhiasan? Bagaimana pula dengan kehebatan Islam pada suatu ketika dahulu di mana kesenian dan binaan mereka begitu hebat. Adakah itu juga perhiasan? Bagaimana pula dengan suruhan Allah yang menyeru kita mencapai kejayaan dan meningkat martabat Islam? Bukankah itu juga di panggil perhiasan harta?



Sebenarnya semua itu ada perbezaannya. Bukan semuanya adalah salah dan bukan semuanya adalah betul. Dalam betul ada salahnya jika kita lalai. Bahaya kan? Apabila saya melihat gambar rakan-rakan saya yang pergi melancong keluar negeri, bergambar sana dan bergambar sini, saya merasa ada suatu tarikan dan iri hati dengan keseronokan mereka semasa melancong. Sudah pasti ramai yang akan berkata, "Aku melancong sebab ingin melihat keindahan alam ciptaan Allah." Ya, sudah pasti itulah jawapan mereka dan sudah pastilah ianya nampak betul. Tapi tahukah anda yang dalam betul itu ada salahnya? Apakah salahnya? Salahnya ialah mereka pergi melancong pada saat ketika ramai lagi umat Islam sedang menderita.

Dari Abi Hurairah r.a katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
(Riwayat Muslim)

Huraian bagi maksud hadis ini ialah, sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.Jadi secara tidak sedar kita telah melakukan satu kesalahan yang amat besar kerana bergembira di atas penderitaan orang Muslim yang lain. Sedih kan?


Sedang saya memerhati gambar-gambar keseronokan mereka itu, saya seperti timbul perasaan cemburu kerana mereka mampu pergi ke tempat-tempat menarik seperti itu dan saya tidak mampu. Kemudian saya tersentak kerana secara tidak sedar saya telah dihasut oleh syaitan dengan membakar api cemburu saya terhadap keseronokan duniawi itu. Begitulah bahayanya perhiasan dunia itu dan lebih berbahaya lagi jika rombongan itu disertai oleh mereka yang bukan muhrim. Bagi saya, inilah salah satu lagi dari bahaya hasutan syaitan itu. Secara tidak langsung saya telah melakukan dosa kerana cemburukan perhiasan dunia yang dipaparkan oleh mereka-mereka yang tiada kesedaran.

Secara tidak langsung juga saya telah mengetahui bahayanya laman sosial seperti Facebook ciptaan yahudi laknat itu. Saya juga merasa kagum kepada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang mampu menggunakan alat yahudi ini sebagai senjata untuk berdakwah dan sekaligus menggunakan senjata yahudi ini sebagai alatan penyelamat orang Islam. Inilah yang dikatakan dosa tanpa sedar yang banyak kali dilaungkan oleh ustaz-ustaz di dalam Facebook ini. Sungguh pun begitu, ramai yang tidak sedar dan ramai yang membutakan mata hati mereka.

Saudara dan saudari pembaca sekalian, saya juga tidak terkecuali dengan golongan yang sentiasa alpa dan terpesong dengan ajaran Allah. Tetapi saya bersyukur yang saya cepat tersedar kerana saya berpegang kuat dengan kata-kata "sesungguhnya mati itu hampir." Kita tidak tahu bila kita akan mati dan kita tidak tahu macam mana kita akan mati.

Pernah suatu hari itu, sedang saya menumpang tidur di rumah sahabat saya. Siang harinya kami berjalan sehingga lupa pada perkara yang wajib. Pada waktu malam, saya melelapkan mata terlebih dahulu kerana keletihan. Sedang saya nyenyak tidur, saya di kejutkan dengan suara orang sedang berdoa dalam tangisan. Rupa-rupanya sahabat saya sedang berdoa sehinggakan dia menangis teresak-esak kerana kekesalan yang tidak terhingga akibat perbuatan kami yang meninggalkan solat wajib pada siang hari ketika kami berjalan-jalan. Perkara itu benar-benar telah menyentuh hati saya.

Saudara dan saudari sekalian, apa yang cuba saya sampaikan disini ialah begitu mudahnya kita tersedar dan begitu mudah juga kita terpesong. Walaupun apa yang kita buat itu nampak tidak salah pada kita, tetapi jika kita berfikir secara waras dan kritikal, kita akan nampak akan perkara itu adalah salah pada dasarnya. Allah telah menerangkan sebanyak 20 kali di dalam Al-Quran tentang amaran permainan duniawi ini. Bagaimana kita mudah lupa dan membenarkan perkara yang salah.

Bukannya kita tidak boleh melancong, tetapi biarlah pada masa yang sesuai. Iaitu pada masa Islam telah menguasi dunia di mana kita boleh berjalan ke mana sahaja di muka bumi Allah ini tanpa ada apa-apa halangan.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.