NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, January 5, 2011

Siapa benar, Siapa salah?

Assalamualaikum,

Tidak terlambat jika saya mahu mengucapkan selamat tahun baru kepada yang bukan Islam. Pada yang Islam, kita dah sambut tahun baru kita pada 1 Muharram 1432 tu kan? Jadi tidak perlulah kita menyambut tahun baru lagi sekali. Sepatutnya azam baru pun dah ada sepatutnya pada masa 1 Muharram tu.

Sudah sekian lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Rasa seperti kekeringan idea sahaja. Tidak habis-habis pasal isu sosial remaja dan kemudian pasal politik murahan. Tetapi apakan daya, itulah santapan bagi kebanyakkan rakyat negara kita pada masa ini. Rakyat negara kita cuma bersatu pada satu ketika sahaja, iaitu semasa perlawan akhir bola sepak piala AFF suzuki yang baru sahaja berakhir. Itu sahajalah saat manis yang saya kecapi buat seketika.

Saya ini bukanlah seorang yang bijak pandai yang mampu mempengaruhi minda seseorang dengan ayat yang di tulis. Tetapi saya mempunyai pendapat sendiri dan tidak bodoh untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Paling terbaru ialah isu perlantikan SUK baru oleh KSN. Dari apa yang saya baca sama ada di web pembangkang dan web penyokong kerajaan, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian saya.

Dari pembacaan saya, memang la tidak salah perlantikan SUK baru Negeri Selangor itu. Semuanya mengikut Perlembagaan Persekutuan negara kita. Banyak la bukti kukuh yang membenarkan perkara itu terjadi. Jadi sebab itulah pihak yang lagi satu tu kecut perut dan membuat berbagai-bagai spekulasi mengenai SUK baru itu. Nampak sangat la pihak tersebut pengecut dan risau akan kehilangan negeri Selangor yang banyak memberi sumber kewangan kepada pihak tersebut.

Kenapa perlu kecoh dan takut? Masa kerajaan BN memerintah dahulu, takder pula mereka hendak menapis siapa yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam pejabat kerajaan. Walaupun terang-terang ada penyokong pakatan rakyat yang menyokong dalam diam pada mulanya telah mula menyuarakan pendapat mereka dengan lantang.

Pada saya, kerajaan telah banyak bertolak ansur kepada golongan seperti ini. Tetapi sekarang mereka telah mula menggigit tangan orang yang memberikan mereka makan. Tidak salah saya, pada masa dulu mereka inilah yang menyokong untuk menghapuskan kekebalan kuasa Raja-Raja Melayu ini. Tetapi sekarang, mereka hendak mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu. Itu suatu tindakan yang baik, tapi tak perlulah nak bagi kuasa kepada MB pula. Itu nampak sangat la macam gila kuasa.

Tetapi apa pun, Tun Mahathir telah menginggalkan kepada PM musuh politik yang kuat. Musuh politik yang gagal di kekang oleh Tun Abdullah suatu ketika dahulu. Inilah cabaran kepada PM kita sekarang untuk membuktikan kepada rakyat yang beliau adalah seorang yang layak. Pada saya memang cukup layak dan beliau memang hebat.

LIHATLAH SENARIO POLITIK KITA SEKARANG.

PAKATAN RAKYAT TIDAK HABIS-HABIS MENGIKUT TELUNJUK PEMIMPIN MEREKA YANG TELAH MENJUAL NEGARA KITA DI MATA DUNIA.

MENYELEWENG KUASA PARTI SEHINGGAKAN PARTI PKR DILABEL PARTI ANAK-BERANAK DAN KRONI.

TIDAK HABIS-HABIS MEMBURUKKAN PEMIMPIN DAN KERAJAAN DI MEDIA MASSA DALAM DAN LUAR NEGARA.

BERLAINAN DENGAN PM KITA YANG SIBUK UNTUK MEMBANGUNKAN DAN MEMULIHKAN NEGARA DAN TIDAK MEMPUNYAI MASA UNTUK BERMAIN POLITIK MURAHAN SEPERTI INI.

LIHATLAH PARTI ISLAM YANG MENGAKU ISLAM, TETAPI MENGIKUT TELUNJUK ORANG YANG BUKAN ISLAM. TEPUK DADA TANYA SELERA.

DIRI MENGAKU KUAT AGAMA, TAPI TIDAK MAHU MAAFKAN ORANG. AGAMA APA YANG KAU ANUTI INI? AGAMA SETAN KAH?

Anda mempunyai otak untuk berfikir, Islam telah lama berpecah sejak adanya mahzab. Di negara kita, Islam telah lama sesat dengan adanya mereka-mereka yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri sendiri. Ramai orang terlalu taksub dengan pemimpin mereka sehingga lupa kepada Al-Quran dan sanggup membenarkan kata-kata orang tersebut lebih dari kata-kata Allah di dalam Al-Quran. Ini pendapat saya, anda pula bagaimana?

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.