NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, July 3, 2009

Swine Flu, H1N1 atau SELSEMA BABI?



Assalamualaikum.

Negara masih lagi digemparkan dengan virus selsema babi ini. Setakat ini terdapat 2,471 kes terkumpul yang dilaporkan dan sebanyak 244 kes adalah disahkan positif. Sahabat sekalian, masih ingatkah lagi dengan kes selsema burung? Hampir kesemua unggas, burung dan ayam di musnahkan demi kerana hendak membendung wabak tersebut. Jadi pada masa sekarang ini, virus selsema babi sudah muncul dan puncanya adalah daripada babi. Kenapa tidak dimusnahkan sahaja babi di negara kita ini? Ini barulah adil, dan lagi pun binatang babi ini sudah melampau banyaknya sehingga mengganggu ketenteraman sesetengah pihak. Istilah "Kalau hendak kaya, ternak la babi" sudah menjadi realiti sehinggakan ramai orang melayu yang beragama Islam hendak menternak babi! Kejadian yang terbaru adalah kes lambakan babi di Melaka yang sehingga hampir-hampir mengakibatkan tunjuk perasaan. Apa sudah jadi dengan kes tersebut? Apa sudah jadi dengan ternakan babi di sana?


Babi adalah seekor binatang yang menjadi punca kepada berbagai-bagai penyakit yang berbahaya. Terbaru ialah projek ternakan babi yang diusahakan oleh Pakatan Rakyat di negeri Selangor yang kononnya lebih maju dan moden. Apa yang berlaku sebenarnya ini? Canggih atau tidak sesuatu teknologi itu bukanlah harus dijadikan ukuran untuk membenarkan penternakan babi ini. Sebagai orang melayu yang Islam, kita harus sedar akan bahana yang menanti jika kita membiarkan perkara ini terjadi. Saya ini bukanlah seorang yang bijak pandai di dalam hal ini, tetapi saya juga tahu yang babi itu haram. Kalau dah haram tu, haram la, kenapa ada lagi yang nak ternak? Di mana PAS yang kononnya parti yang memperjuangkan Islam dan hak orang melayu? Di mana suara orang melayu yang lain? Jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil jika suatu hari nanti filem babi terbitan Malaysia juga akan dibuat. Bersatulah wahai bangsa melayu sekalian yang pemalas dan hangat-hangat tahi ayam. Bangunlah wahai bangsa melayu yang poyo dan lupa daratan sekalian. Bangunlah wahai bangsa melayuku yang layu dan dahagakan subsidi. Peliharalah hak kita sebagai orang melayu Islam yang kini semakin tercemar. Tegakkanlah kebenaran dan keadilan yang selama ini di monopoli oleh pihak yang hanya menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Bangunlah untuk memelihara warisan bangsa kita untuk ganerasi masa depan.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.