NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, July 18, 2009

Kewarganegaraan, Permit Masuk (PR) dan Pendaftaran Kelahiran. ( Jawapan kepada blogger malaysiamanaboleh)

Assalamualaikum semua.

Berikut adalah beberapa artikel dari suratkhabar mengenai kewarganegaraan dan juga PR yang diuruskan oleh KDN berserta jawapan dari saya :-

Ejen palsu minta RM10,000

Oleh Kamarulzaman Pid
amar@hmetro.com.my



PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mendedahkan terdapat ejen mengenakan bayaran antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi bayaran perkhidmatan menguruskan permohonan kewarganegaraan, permit masuk dan sijil kelahiran. (lagi..)

Jawapan : Berdasarkan kepada artikel tersebut, bagi saya permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan seharusnya diketatkan lagi. Ini kerana, sudah terlalu ramai dari PR ini mendapat kerakyatan dan keistimewaan. Kebanyakkan dari mereka hanya mahukan hak untuk membeli rumah dan tanah sahaja. Bukannya untuk berbakti kepada negara Malaysia dan juga rakyatnya. Dah la melayu ni pemalas dan bodoh, nak bagi pulak keistimewaan kepada orang luar. Suatu hari nanti mereka ini akan menjadi tuan kepada anak-anak kita, dan kita menjadi hamba di tanah air sendiri.

Bagi kes rasuah yang menggunakan agen bagi mendapatkan kerakyatan pula, semua ini tidak akan berlaku jika masing-masing memainkan peranan dan fungsi diri dengan baik. Bagi saya, saya sendiri tidak percaya dengan sistem undang-undang yang kita ada sekarang ini. Sebab semuanya tidak telus, kronisme dan penuh dengan korupsi.

Thursday, July 16, 2009

Hishammuddin makes Malaysia Immigration a Joke
Posted by: malaysiamanaboleh

NEWS : Hishammuddin threatens to blacklist those who use agents to speed up applications

http://www.thestar.com.my/
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/16/nation/4326714&sec=nation

Hishammuddin makes Malaysia Immigration a Joke.

1) The photo shows at main page of TheStar Online today seems ridiculous to me. The photo show Hishammuddin with tens boxes of citizenship application.

Firstly, the boxes were seem to be placed just for photo sessions. Boxes may be useful to separate different category of citizenship application. Looking at the boxes placed high above behind, they don't seem to be full. (more...)


Jawapan : Bagi editor blog ini, saya ada soalan yang hendak ditanya. Kenapa dia nak kondem kerja menteri tu? lantak la kotak tu kosong ke apa, kenapa? ada saudara mara anda yang hendak memohon warganegara ke? gagal memohon ke? nak memekak tu kenapa? ko sedar tak yang ko tu orang mana? kesenangan yang ko dapat tu dari mana? Inilah rupa orang yang tak sedar diuntung dan tidak mengenang budi. Kalau la aku jadi menteri tu, dah lama aku gagalkan semua permohonan tu. Bagi aku, kebanyakkan dari pendatang yang datang menetap disini semuanya tidak ada yang membawa kebaikkan sepenuhnya, banyak yang buruk dari yang baik. Kalau nak bagi pun bagi la pada yang pandai dan bijak dan ada sumbangan kepada negara. Kalau setakat nak dapatkan kewarganegaraan tu untuk beli rumah dan tanah, baik takyah. Buat sempit negara Malaysia yang tercinta ini sahaja.

Wahai Datuk Seri, saya ada beberapa cadangan yang mungkin sudah difikirkan oleh datuk. Tapi kalau belum lagi, apa kata datuk fikirkan sebentar cadangan saya ini. Ini adalah berkenaan dengan warga asing yang sudah lama menetap di negara kita ini yang ingin memohon kewarganegaraan dan juga untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing di negara kita ini. Cadangan saya ialah :

1. Berikan satu kad kepada mereka seperti lesen memandu kita. Setiap dari PR atau pekerja asing ini dikehendaki memperbaharui kad mereka setiap 1-2 tahun seperti lesen memandu kita. Cara ini dapat mengesan warga asing yang mempunyai rekod jenayah di negara kita dan kita boleh menghantar mereka pulang. Pembaharuan lesen ini boleh dibuat di one-stop center yang diwujudkan oleh KDN. Cara ini juga membolehkan kita mengetahui yang mereka ini adalah bersih dan kita boleh juga menilai mereka dari situ untuk memberikan mereka taraf kewarganegaraan. Cara ini juga boleh menambahkan lagi pendapatan negara, memandangkan sudah lebih dari 1 juta penduduk Malaysia ini adalah pendatang.

2. Perkahwinan dengan rakyat Malaysia bukan lesen untuk mereka mendapatkan kerakyatan. Ini kerana ramai wanita Malaysia masakini tidak bijak dan mudah diperdaya oleh lelaki asing tersebut. Bukan masakini sahaja, malah dari zaman dahulu lagi yang perempuan ini tidak bijak dan ini dibuktikan oleh sains dan teknologi dan juga paling utama sekali ialah di dalam Al-Quran. Akal lelaki dibuktikan lebih tinggi dari akal perempuan. Tidak dinafikan kaum wanita adalah kaum yang memonopoli sistem pendidikan dan pekerjaan kita pada masa ini. Tetapi mereka kurang bijak didalam hal yang lain. Lelaki pula bijak dalam hal menipu dan mempergunakan perempuan ini untuk kesenangan mereka.

3. Naikkan gaji buruh dan juga kerja-kerja yang paling banyak menggunakan buruh asing. Ini dapat menarik penduduk tempatan untuk bekerja di dalam sektor ini. Di samping itu, naikkan juga taraf pekerja-pekerja ini dan raikan mereka. Kerja di bidang seperti buruh ini bukanlah satu kerja yang hina. Malah lagi mulia dari kerja di pejabat dan lebih baik dari kerja di tempat haram yang menghidangkan arak kepada pelanggan seperti di 7-Eleven dan juga pub serta bar.

4. Asuh anak-anak muda ini supaya tidak memandang hina akan kerja-kerja seperti buruh binaan ini. Tanpa mereka yang membina rumah dan bangunan semua ini, siapalah anda semua. Di mana anda semua hendak bekerja jika tiada bangunan yang tersergam indah sekarang ini.

5. Tarik minat anak muda untuk menyertai bidang yang dipelopori oleh warga asing ini. Ini dapat membantu mengurangkan pengangguran yang semakin parah di negara kita. Kerana pada masa sekarang ini, duit adalah segalanya.

Ini sahajalah cadangan dari saya yang saya fikirkan patut dikaji. Tapi apakan daya, saya ini bukanlah seorang pemikir seperti mereka yang professional. Tetapi, tidak salah juga jika pendapat saya yang kerdil ini di pertimbangkan.

Wassalam.

2 comments:

  1. Apakah cara untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia kepada anak angkat warga asing yang telah dilahirkan di Malaysia dan dijaga sejak lahir. Pengangkatan sumpah di com of oath telah dibuat serta pendaftaran jabatan kebajikan malaysia juga sudah dilakukan dan sekarang sedang menunggu sijil anak angkat apabila anak mencecah 2 tahun. Adakah masih perlu menunggu 12 tahun? Anak ini didaftarkan sendiri oleh ibubapa angkat rakyat Malaysia. Apakah ada cara untuk mendapatkan kewarganegaraan yang cepat dengan cara sah? Pohon bantuan mana-mana pihak yang ariff. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. tentang perkara ini boleh la dirujuk pada Perlembagaan Malaysia, atau boleh tanya di JPN. Saya tidak dapat membantu sebab saya bukan penjawat awam. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.