NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, July 1, 2009

Perjalanan Hidupku Yang Menarik.



Inilah perjalanan hidupku yang menarik,
Aku dilahirkan didalam keluarga yang sungguh sempurna,
Aku diasuh didalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang,
Aku diberikan pendidikan yang cukup sempurna,
Baik dari segi agama dan juga ilmu kehidupan,
Semuanya cukup buat bekalan.

Apabila remaja aku tahu apa itu cinta dan luka,
Aku belajar berdiri sendiri akibat jatuh dari punca sendiri,
Aku belajar dari pengalaman akibat punca sendiri,
Banyak hati yang melukai aku,
Tetapi tidak terkira banyak hati yang telah aku lukai,
Maafkan aku, kerana kejahilan aku wahai teman.
Aku pernah tersungkur dan nyaris-nyaris tidak dapat bangun,
Aku pernah berada di puncak tertinggi, tapi itu semua tipu daya belaka,
Sudah cukup aku merasakan suka duka kehidupan malam di kotaraya,
Sudah cukup aku merasakan cinta yang penuh dengan hipokrasi,
Sudah cukup aku mengenal insan yang bernama wanita.
Inilah ujian paling utama untukku dari-Nya dan banyak lagi bakal menyusul.

Apabila dewasa, aku mula mengerti punca segala yang terjadi,
Semuanya sudah tertulis dan ianya adalah punca dari aku sendiri,
Jalan sudah ditunjuki, tetapi aku menafikan,
Sehinggalah aku disedarkan dari tipu daya alam yang memukau,
Sudah jauh aku tenggelam dalam arus alam yang memperdaya,
Kini sudah tiba masanya aku bangun dan melakukan sesuatu,
Bukan mudah untuk memulakan sesuatu dari kertas yang terconteng,
Tetapi inilah ujian dari-Nya,
Ujian untuk hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa,
Perjalanan yang tiada serupa dari yang satu,
Hampir sama, tapi tidak akan serupa,
Inilah perjalanan hidupku yang menarik.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.