NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, September 16, 2009

Buat rakan-rakanku sekalian.

Assalamualaikum semua.

Lagi 3 hari la, seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut ketibaan 1 Syawal dan menandakan berakhirnya bulan Ramadhan. Sudah banyak ujian yang kita lalui semasa kita berpuasa sama ada ujian kepada telinga, mata atau hati kita. Tetapi, cuba kita tanya pada diri kita sendiri, apa yang kita dapat selama kita berpuasa selama sebulan ini? Tanya juga kepada diri kita sendiri, kenapa pada bulan puasa ini masih ramai yang masih berbuat dosa seolah-olah diri kebal dari azab Allah? Di manakah silapnya? Apabila tiba hari raya, sambutan yang dibuat seolah-olah sudah berpuasa selama 1000 tahun, kononnya untuk menyambut kemenangan. Tetapi kemenangan apa? kemenangan siapa?


Pada zaman baginda Nabi Muhammad s.a.w, baginda hanya menyambut sekali sahaja syawal, iaitu pada ketika kemenangan umat Islam di tanah arab. Tetapi pada kali ini, kemenangan apa yang kita kecapi dan raikan ini? Hanya kemenangan menahan lapar dan dahaga serta nafsu? Itu sahajakah kemenangan kita? Jika dilihat pada keadaan dan dunia kita sekarang, dimanakah kedudukan Islam pada masa sekarang. Adakah di atas atau di bawah? Adakah ini keadaan yang di kehendakiNya? Segala macam kerosakkan dan kehancuran telah berlaku, umut Islam dibunuh dan diseksa sesuka hati. Kemungkaran berlaku di mana-mana sahaja. Pada saya ianya amatlah memalukan kerana tiada apa yang hendak dibanggakan oleh umat Islam pada masa kini kecuali jumlah kematian umat Islam yang semakin meningkat tinggi.

Pada kali ini, ingin saya tekankan pada rakan-rakanku sekalian terutama sekali pada kaum wanita supaya tolonglah menjaga kehormatan masing-masing. Apa guna puasa anda jika maruah anda tidak dijaga? Pada yang pernah mempunyai sejarah hitam, adakah anda semua mahu sejarah itu berulang kembali? Mungkin ada diantara kawan-kawan anda yang tahu tentang sejarah silam anda dan anda mahu insaf. Tapi apa gunanya semua azam anda itu jika anda masih lagi tidak berubah atau kembali kepada perangai lama anda? Jagalah aurat dan maruah anda semua, kerana aurat anda itulah maruah anda yang sebenarnya. Kepada yang sudah mula terbuka hati anda untuk bertudung, bawalah nilai sebuah tudung itu dengan sepatutnya. Janganlah membuat perkara yang terkutuk kerana kelak ia akan memberi tempias kepada muslimah lain yang bertudung dan mungkin suatu hari nanti, rakan-rakan anda yang lain tidak akan mempercayai dan tidak menghormati anda lagi jika anda ingin berubah. Akhir kata, setiap kali Ramadhan berakhir, muhasabahlah diri anda semua kembali. Saya juga ingin mengucapkan selamat Aidilfitri kepada semua, jika ada salah dan silap dariku wahai rakan-rakanku harap dapat dimaafkan zahir dan batin.

Wassalam...

2 comments:

  1. aku agak sedikit keliru sedikit dengan perbalahan yang berlaku antara indonesia n malaysia.boleh beri sedikit info tengtang soalan aku ini..

    1)seandainya indonesia menyerang malaysia..dah tentu tentera mereka islam dan tentera kite islam,ape hukumnya jika kite sesama islam kite berperang??

    2)adakah wajib bagi kita umat islam mempertahankan tanah air kita apabila diserang oleh tentera seagama kita??

    aku betul keliru..mgkin bro boleh bagi jawapan diatas soalan aku ini.terima kasih

    ReplyDelete
  2. 1)pada masa sekarang juga ramai orang Islam yang berbalah dan berbunuhan dan tidak membantu sesama mereka. Jadi persoalannya sekarang, adakah mereka memikirkan tentang apa yg anda fikirkan ini? Kalau berkenaan dengan hukum, siapalah saya hendak menjatuhkan hukum. Tetapi berdasarkan apa yang saya pelajari, hukumnya adalah haram.

    2)Wajib bagi kita mempertahankan negara kita jika diserang oleh sesiapa sahaja. Jika yang serang kita itu tentera beragama Islam, kenapa mereka hendak menyerang kita? sudah pastilah ada perutusan atau makluman awal dari mereka sebelum menyerang kita.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.