NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, January 6, 2010

Isteri yang melakukan maksiat.


Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”

(al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-Tirmidzi)



Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Hari ini saya tergerak hati hendak bercerita tentang dosa apabila kita membuat maksiat bersama isteri orang. Ini adalah kerana, ianya boleh menjerumuskan kita ke perbuatan yang lebih hina iaitu ZINA. Apa yang saya hendak ceritakan ini sudah banyak berlaku di sekeliling kita. Mungkin ada yang tidak heran atau tidak kisah dengan tajuk tulisan saya pada kali ini. Mungkin perkara ini sudah basi atau sudah lali kerana sudah terlalu banyak ianya berlaku.

Tetapi....

Siapakah kita yang sebenarnya jika kita tidak mengambil langkah untuk menegur segala kemungkaran yang berlaku di depan mata kita?


Bagi saya, ada banyak hadis dan ayat didalam Al-Quran yang menerangkan tanggungjawab seorang isteri kepada suami dan apa yang patut dilakukan oleh seorang isteri apabila berdepan dengan keadaan yang sukar. Tetapi banyak kecurangan yang berlaku adalah di dalam kalangan pasangan yang tidak bahagia dengan pasangannya. Alasan mereka ialah suami yang tidak bertanggungjawab, suami tidak memberi nafkah, suami kaki pukul dan macam-macam lagi alasan yang diberikan. Pada saya, ini bukanlah satu alasan untuk si isteri membuat perbuatan terkutuk itu! Jika seseorang itu bergelar isteri, jagalah kehormatan dan janganlah di tambah apa yang telah tersedia buruk. Jika si suami itu tidak baik dan si isteri pula melakukan sesuka hati dengan alasan kononnya hendak melepaskan geram atau dendam atau apa saja alasan, bukankah tidak jauh bezanya buruk seorang suami itu dengan isterinya?




Kita ambil satu lagi contoh, kisah seorang suami yang ingin menyambut hari lahir isterinya tetapi akhirnya kecewa yang datang kerana si isteri di tangkap khalwat bersama-sama lelaki lain. Ini adalah kisah di berita harian metro pada tahun lalu. Cuba kita sama-sama fikirkan, kenapa perkara ini terjadi kepada pasangan ini? Mungkin orang akan mengatakan yang si isteri itu bodoh kerana suaminya itu begitu baik dan penyayang tetapi diperlakukan sebegitu. Ataupun orang mungkin akan berfikir yang mereka ini tidak bahagia atau si suami ada melakukan silap dan si isteri ingin membalas dendam. Jika kita perhatikan senario ini, kita pasti dapat melihat kebodohan pasangan ini. Dosa di balas dengan dosa, bukankah ianya satu kerugian pada diri sendiri?

Mungkin akan ada yang tidak berpuas hati dengan luahan saya kali ini. Tetapi sudah menjadi lumrah yang kita tidak dapat memuaskan hati semua pihak yang hanya 'hendak mendengar apa yang hendak di dengarinya sahaja' dan kesukaran untuk menerima hakikat kesalahan diri sendiri. Alasan tertindas atau di dera adalah satu alasan yang basi kerana setiap permasalahan ada penyelesaiannya. Jika tidak bahagia, si isteri wajib menjaga kehormatan diri dan keluarga dengan menjaga batas-batas pergaulan.


Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasehatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (An-Nisaa' : 34)


Pada saya setiap kehancuran institusi rumah tangga yang berlaku adalah kerana silap diri sendiri. Kenapa saya berkata demikian adalah kerana setiap orang pada masa ini kekurang sifat sabar di dalam diri. Setiap perlakuan semuanya berlandaskan hati dan bukannya melalui akal yang waras. Memilih pasangan pula adalah kerana nafsu semata-mata, harta dan rupa menjadi ukuran. Tidak kurang juga ada yang teperdaya dengan kata-kata manis sebelum kahwin. Ada juga yang berubah sekelip mata setelah berkahwin. Walau apa pun juga alasannya, janganlah ini dijadikan sebagai tiket untuk membuat dosa.

Pada lelaki juga saya berpesan, jagalah batas pergaulan dengan isteri orang. Kerana hati perempuan yang tidak kuat iman ini mudah terpesong dengan layanan lelaki. Segeralah menjauhkan diri jika mula merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Pepatah ada mengatakan, 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi'. Jadi fikirlah dengan akal yang diberikan oleh Allah. Jika si lelaki itu cuba menggoda isteri orang, isteri yang solehah hendaklah menjauhkan diri dari lelaki itu. Jika isteri orang itu yang memulakan langkah, lelaki yang waras dan tinggi akalnya sepatutnya menjauhkan diri dan bukannya terus degil mengikut hawa nafsunya yang rendah itu.


Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (Al-A'raaf : 176)


Begitulah perumpaan yang Allah berikan kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai rajanya.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.