NuffNang

Nuffnang

Translate

Thursday, January 21, 2010

Puisi Kembara Cahaya.


Termenung jauh aku mengenangkan peristiwa semalam,
Apa yang sudah terjadi pasti akan terjadi,
Tiada guna hendak dikesalkan dan tiada guna hendak ditangiskan,
Apa yang perlu aku lakukan adalah bersiap-siaga untuk hari esok,
Esok pasti menjanjikan seribu macam dugaan,

Apa sudah jadi dengan bangsa melayu kita,
Negara ini kita yang punya tetapi menjadi hamba di tempat sendiri,
Nenek moyang sentiasa mengingatkan kita akan perjuangan mereka,
Tetapi mengapa kita masih berdegil sedangkan mengetahui?
Mengapa kita masih lagi hanyut dalam hiburan dunia?
Mengapa kita masih lagi dungu walaupun tahu ianya mainan semata,
Tetapi itu peristiwa semalam....tiada guna meratapinya.

Dalam suasana malam masih ada yang bekerja,
Dalam kesunyian malam masih ada juga yang beribadah,
Dalam gelita malam masih ada yang mengharapkan cahaya.
Untuk apa? Untuk siapa?
Ya, lakukanlah untuk bangsa melayu kita.

Kehebatan tidak akan datang tanpa usaha,
Kekayaan tidak akan datang tanpa setitik peluh,
Kemahsyuran tidak akan datang dengan maksiat dan kedegilan,
Carilah cahaya untuk menerangi kegelapan malam,
Cahaya itulah yang akan memperkasakan kita,
Dan cahaya itu adalah Ilmu.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.