NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, January 18, 2010

Orang melayu suka berhibur?



Lihat sahaja pada tajuk blog saya pada kali ini pun semua orang dah agak akan isi kandungannya. Macam dah tiada tajuk lain je yang hendak diceritakan. Mungkin ada yang sudah bosan dan mungkin juga mual. Tapi bacalah dahulu, kerana serba sedikit saya akan bercerita mengenai suatu kisah benar yang mungkin tidak pernah anda semua baca atau dengarinya di mana-mana.

Sebenarnya semua orang akui yang manusia memang suka berhibur. Sampai ada para ustaz atau 'pak aji' pun menyokong yang hiburan itu mesti dan kononnya mesti berlandaskan hukum syara'. Perghh....sedap betul penjelasan yang diberikan itu. Cuba berikan apa dia sumber hiburan yang berlandaskan hukum syara' tu pada saya. Kalau hendak di katakan nuzul Al-Quran atau pertandingan nasyid, berapa banyak promosi yang di lakukan untuk menjayakan program ini? Berapa ramai yang hadir dan berapa ramai golongan muda yang meramaikan majlis hiburan tersebut? Kalau nak difikirkan balik, rata-rata soalan kaji selidik yang saya dan sahabat-sahabat saya tanya kepada orang ramai tentang jenis-jenis hiburan yang ada di Malaysia, tidak ada satu pun dari mereka yang menyebut tentang hiburan jenis Islamiah ini di dalam borang tersebut.

Aduh...parah betul.....


Boleh tak jika saya katakan yang sukan juga satu bentuk hiburan? Dari mana datangnya sukan ini? Apakah sejarah sukan yang ada di dunia sekarang ini? Jika kita lihat bagaimana bentuk sukan yang ada di negara sekarang, yg dimulakan dengan nyanyian artis, bersorak dan ada juga yang berpakaian yang tidak sesuai di dalam stadium itu. Bukankah sedikit sebanyak ianya serupa juga dengan sebuah konsert? Jadi, apakah bentuk hiburan yang sesuai dan mengikut syarak' ?

Bukannya saya ini 'jumud' atau anti-hiburan atau apa sahaja nama panggilan yang ada untuk orang seperti saya ini. Tapi cubalah fikirkan sejenak, betul atau tidak yang orang melayu ini suka berhibur? Cuba kita lihat bagaimana orang barat ini mempromosikan sukan bola sepak sehinggakan kita sendiri pun sanggup tidak tidur malam atau terlalu fanatik sehinggakan membakar harta benda awam hanya kerana pasukan kesayangan mereka kalah? Bagaimana perkara sebegini terjadi? Pernahkah anda semua terfikir yang mungkinkah ini semua adalah satu daripada alat untuk melalaikan orang Islam? Memanipulasikan kesukaan orang melayu dan terus menggunakan kelebihan ini untuk melemahkan kita.

Ada juga diantara mereka yang mengatakan yang mereka rasa lebih tenang apabila bermain sukan. Segala masalah akan hilang dan tekanan dalam diri akan terlerai apabila bersukan. Kita ambil satu permainan yang boleh melepaskan tekanan dalam diri kita, baseball atau bola lisut. Apabila kita dapat memukul bola tersebut jauh dari pandangan mata kita, kepuasan yang kita dapat memang terasa nikmat. Tapi untuk sampai bila? Kemudian bila kita merasa tertekan lagi, kita main lagi. Kalau duit tu banyak tidak mengapa la juga, tapi bukankah itu membazir namanya? Bukankah lebih baik kalau kita bersolat atau membaca Al-Quran atau buku-buku berbentuk motivasi atau bahan bacaan ilmiah yang kesannya adalah Insya'allah untuk selamanya?


Pada masa sekarang ini, tiada apa pun yang kita buat itu adalah betul. Pada mulanya sahaja nampak betul, tetapi apabila difikirkan kembali semuanya pasti ada silap. Silap yang boleh menjahanamkan diri dan masa depan kita. Sebenarnya kita boleh lihat rentetan dari sejarah negara kita sendiri. Bagaimana penjajah masuk ke negara kita dan membawa pembaharuan yang sebenarnya racun bagi kita. Memberikan kemewahan dunia dan kuasa kepada kita sehinggakan kita lupa yang semua itu hanyalah bersifat sementara. Suatu hari nanti apabila tiba masanya, bukan itu yang akan dibawa sebagai penolong kita di dalam kubur nanti. Janganlah kita menjadi angkuh dengan apa yang kita ada sekarang ini. Bila ada orang menegur, fikirlah dahulu teguran itu dengan tenang. Janganlah membuat kesimpulan yang membuta tuli sebelum berfikir. Kelak yang menyesal nanti adalah diri kita sendiri juga dan bukan orang yang menegur itu. Tak rugi pun kalau kita membuat kebaikkan kepada orang lain dan diri kita. Selalulah kita tegur menegur, sebab ianya adalah salah satu suruhan dari Allah.




Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.