NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, March 25, 2010

Artikel pilihan - TopSecretFiles no. 133317765:The HeavenGate









Selamat Datang ke The Sovereignity of HeavenGate.Keinginan untuk mengetahui rahsia dari Heavenlore.Kunci-kunci untuk membuka pintu langit.Adakah benar 'sky is limit'?

Kami akan memberitahu anda rahsianya.Itu pun jika anda bersedia untuk menerima akibatnya.Jika tidak,jangan sesekali cuba untuk menyentuh pemegang pintu The HeavenGate.Seseorang itu hanya boleh menyentuhnya sekiranya dia memiliki ilmu secukupnya.Tanpa ilmu,PENGETAHUAN SAHAJA TIDAK CUKUP.Dengan ilmu,baru timbul RASA PERCAYA.Dan itulah IMAN.Dengan IMAN,anda tidak perlukan lagi pengetahuan ini.Kerana ada orang yang masih tenggelam dalam kekeliruan walaupun diberi pengetahuan.Kerana ada orang yang masih terus bermimpi walaupun kenyang dengan segala pengetahuan.

Ada beberapa perkara yang perlu diingatkan sebelum anda mendapat PENGETAHUAN.Pertamanya,pengetahuan tidak akan berguna jika anda tidak mempunyai ilmu secukupnya.Silap langkah PENGETAHUAN kadangkala boleh menyesatkan anda.Jadi yang penting BERFIKIR sebagai manusia yang berfikir,bukan seperti mesin atau robot.Apakah ciri-ciri manusia berfikir?Berfikirnya seorang manusia ialah MAMPU MEMBEZAKAN ANTARA BAIK DAN BURUK.Inilah beza antara penciptaan manusia dan mesin.Keduanya kami akan ajar anda bagaimana mengetahui kebenaran Islam dengan 'cara terbalik'.

Selama ini kita dilahirkan di dalam agama yang benar ini tanpa mengetahui betapa benarnya kebenaran di dalamnya.Kita tidak tahu betapa susahnya orang yang lahir di luar hidayah Allah;merangkak-rangkak mencari cahaya-NYa.Kita mensia-siakan anugerah Allah ini;LAHIR DI DALAM ISLAM,adakalanya kita tidak ambil peduli pun pasal agama kita.Manusia yang dari lahir hidupnya dalam kemewahan jarang sekali menghargai kemewahannya sehinggalah dia jatuh miskin.Apabila dia kebuluran,barulah dia tahu betapa NIKMATNYA kemewahan yang diberikan kepadanya dahulu.Begitu juga kita.Ada di antara kita langsung tidak menghargai keIslaman kita dan kadang-kadang menyesal kerana dilahirkan sebagai seorang muslim.Inilah yang terjadi kepada Lina Joy.Nikmat Islam yang didapatinya malangnya tidak dapat dirasainya sehingga menganggap agama lain adalah benar.Ketika Lina Joy kelam-kabut ingin menanggalkan anugerah Allah itu dari dirinya,ada seorang gadis Kristian yang bergegas segera ke masjid bertemu imam mahu cepat-cepat merebut nikmat Allah ini takut-takut hidayah itu tidak sempat dipegangnya.Betapa bezanya orang yang bersusah payah mencari Islam dengan orang yang sejak dari kecil dilimpahi nikmat Islam.Kadangkala kita tidak menghargai apa yang ada di dalam tangan kita.Apabila ia hilang dari genggaman dan mendatangkan kesakitan atau kesusahan,barulah kita sedar.NAMUN SERINGKALI KESEDARAN KITA ITU LANGSUNG TIDAK BERMANFAAT.

Anda akan diajar tentang Islam melalui kerosakan agama-agama lain.Anda akan diajar tentang Islam melalui kesesatan Mason dan AntiChrist.Jika anda tidak nampak kebenaran Islam di dalam keindahan dan kesucian hidayah Ilahi,mungkin anda boleh melihat kebenaran Islam di dalam najis kesesatan dan hitam geladak kekufuran.Jika anda tidak mampu melihat kesucian Islam melalui agama anda,adakah anda harus menunggu untuk 'dikeluarkan' dari Islam,barulah anda mampu melihat kebenaran Islam?Jika anda tidak berupaya untuk mencerna segala kebaikan dari Islam ketika di dunia,adakah anda berupaya melihat kebenaran Islam di dalam Jahannam?

Terdapat tiga pakej yang akan ditawarkan kepada anda,para Jiggers yang dihormati.Pertamanya bernama The Gate of Halleluya.Kedua,The Gate of Elohim.Yang terakhir,The Gate of Yehova.

Oo...nanti dulu.Jangan terpengaruh dengan nama-nama ini.Jangan menuduh kami sebagai ejen Yahudi,Iblis atau sebagainya.Bukankah kita mahu belajar tentang Islam dari kesesatan mereka?Jika anda tidak suka cara ini,anda boleh segera keluar dari MistisFiles.Anda boleh belajar tentang Islam secara tradisional;cara yang biasa.Jika anda rasa masih mentah untuk mencerna cara MistisFiles membukakan rahsia,anda dinasihatkan supaya mengundur diri segera,kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa yang akan terjadi kepada anda.Ingat,kami sudah beri amaran,jadi KEPUTUSAN 100% DI TANGAN ANDA.

Ini hanyalah kaedah belajar.

Sebelum ini kita belajar agama bermula dari kebenaran dan kebaikan Islam,tanpa menyentuh agama-agama lain.Malangnya ada sesetengah dari kita apabila bertembung dengan agama lain,dia mengalami kejutan budaya dan perasaan merendah diri (inferior) tidak bertempat.Sekarang kita belajar 'menghidu' segala kebusukan najis tahi kesesatan kepercayaan selain Islam dahulu.Dan kemudiannya,apabila kita bertemu dengan keharuman misik dan kasturi hidayah Allah,kita akan nampak kontras antara keduanya.

Anda diberi peluang untuk memilih antara ketiga-tiga pintu ini,yang manakah akan dibuka dahulu.Dua pintu lagi akan menyusul pada musim-musim akan datang.











........





......







...






..










Dari Imperial Chamber...dari catatan-catatan para Khawariyyun "The Apostles" yang berkelana dari Galilee ke Antioch,dari arkib Maharaja Rom dan The Great Legion....

Dari ukiran-ukiran di kota-kota Byzantin....dari lembar-lembar kepercayaan paling ortodoks....

dari tembok-tembok lama di Acre dan Jerusalem (Baitul Maqdis)....di bawah kubah Masjidil Aqsa....



dari Kerajaan Syurga,Kingdom of Heaven...


Dari manuskrip-manuskrip Judeo-Kristian,Parsi dan Magus....

Dari altar kultus-kultus sihir,pagan dan penyembah Iblis...



Dari diari-diari para Mason 33rd Degrees...

dari arkib terahsia Illuminatus dan Royal Library Vaticano...



....sabda-sabda Manusia Teragung



dan AlQuran yang mulia....





Kami bawakan kepada anda...menembusi 1000 gerbang Stargate....



rahsia yang didedahkan atau yang tersembunyi....



Rahsia yang tergantung terbuai-buai dari bawah pintu-pintu langit..
























THE HEAVENGATE





















The Gate of Halleluya









-"Akulah Tuhan Yang Tertinggi"
-Siapakah Firaun dan Horus?
-Tempat menyimpan rahsia di Piramid.
-Rahsia Piramid.
-Bintang-bintang Orion dan arah kiblat.
-Mimpi Nabi Yusuf.
-Rahsia Segitiga.
-Mason dan angka 33.
-Pembinaan Stargate di Bermuda Triangle
-Perhubungan antara Kosmos
-Kerajaan Langit dan Kerajaan Syurga
-Kosmos Kecil dan Kosmos Besar
-dan banyak lagi...













The Gate of Elohim







*Perhatian kuasa-kuasa besar untuk mencari Stargate
*The Stairway to Heaven
*Rahsia Piramid dan 12 Tempat Suci Stargate
*Ilmu Stargate pendeta Aztek,Maya dan Inca di Kuil Matahari
*Teknologi Stargate Amerika
*Pengetahuan Azazel Berkenaan Stargate
*Minda Kecil dan Minda Besar
*Pertukaran ruang dan masa antara Stargate
*Para Jin yang mencuri maklumat dari Stargate
*Kalimah Syahadah yang menembusi Stargate
*Apakah yang diperhatikan oleh Iblis ketika jatuh dari Syurga?













The Gate of Yehova











-Pengetahuan Kawalan Minda.
-Mindcontrol dalam The Egyptian Book of The Dead.
-Mengapa mereka mahu mengawal minda kita?
-Harapan dan Doa
-Kuasa minda
-Kuasa Harapan.
-Pemusatan tenaga.
-Manipulasi tenaga.
-Apakah itu Stargate?
-Siapakah yang mampu menembusi Stargate?
-Kunci-kunci Stargate
-Rahsia perintah Allah
-Hikmah dari cara hidup Rasullullah
-Cara Nabi VS cara Iblis
-lagi dan lagi...








Ingat,keputusan 100% di tangan anda.Anda cuma pilih dan PENGETAHUAN akan datang keribaan anda.

Sama ada anda mendapat PENCERAHAN atau KEKELIRUAN,itu bergantung kepada ILMU di dada anda.






FIKIR BAIK-BAIK.






No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.