NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, March 8, 2010

Cinta 3 - Kemesraan dan Kasih Sayang yang berkekalan atau Perpisahan?


Setiap insan yang bercinta pasti inginkan kebahagiaan yang berpanjangan. Tiada siapa yang mahukan perpisahan menjadi jalan terakhir kepada setiap perhubungan. Tetapi siapa yang boleh melawan takdirNya? Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya. Tetapi janganlah dikesali akan setiap benda yang terjadi, kerana selalunya apabila sesuatu kebahagiaan yang terjadi, kita akan bersyukur tetapi jika kekecewaan yang terjadi kita akan mula menyalahkan takdir Allah dan secara tidak sengaja kita telah menyalahkan Allah. Sikap seperti inikah yang kita mahu tonjolkan? Kadang-kala kebahagiaan yang kita bina itu seperti sia-sia apabila semuanya musnah dalam sekelip mata. Siapa yang tidak akan merasa sedih apabila cinta itu dikhianati oleh orang yang paling kita harapkan.

Sebenarnya, tidak ada istilah kemesraan dan kasih sayang yang berkekalan dalam hidup kita. Setiap hari pasti akan ada ujian yang perlu kita tempuhi. Apabila sudah lama bersama, sudah pasti akan ada yang menjadi pertikaian yang akan terjadi. Suatu hari nanti, kasih sayang akan pudar....cinta menjadi hambar....perhubungan menjadi dingin....segalanya akan nampak salah di mata....masih adakah kasih sayang itu? Sedangkan mereka yang bercinta dan berkahwin selama bertahun-tahun pun bercerai, inikan pula mereka yang baru setahun jagung bercinta. Semuanya kerana pelbagai masalah yang timbul dan perlu ditangani oleh pasangan yang muda dan mentah ini.

Pada saya, ada banyak cara untuk mengekalkan sesebuah perhubungan. Walaupun mungkin tidak dapat sehangat ketika mula bercinta, tetapi ianya boleh membina kemesraan yang baru. Pakar motivasi ada mengatakan yang kita harus selalu mengucapkan sayang atau kata-kata manis kepada orang yang kita sayangi, bertolak ansur, dan lain-lain lagi. Mengapa sudah banyak kali di utarakan oleh pakar motivasi mengenai cinta ini tetapi masih lagi terjadi perpisahan? Pada saya, sikap orang kita yang kurang membaca dan kurang pengetahuan didalam agama menjadi punca kepada kurangnya ilmu untuk menangani setiap masalah yang berlaku. Sudah pasti kita akan berjumpa dengan pasangan yang degil dan tidak mahu mendengar kata walaupun kata-kata kita adalah yang benar. Tetapi ada caranya untuk menangani masalah seperti ini.

Pada saya juga, setiap pasangan yang belum berkahwin perlu sedia untuk menghadapi situasi akan ditinggalkan oleh pasangan mereka. Maksud saya, bersedia yang saya katakan ini adalah perlu menanamkan sifat ingin membantu pasangan kita. Kita ambil satu contoh, apabila kita mencintai seseorang tetapi kita tidak tahu yang sama ada dia adalah orangnya yang kekal bersama kita. Apabila sedang asyik bercinta, tiba-tiba si kekasih beralih cinta kepada orang yang lebih baik. Janganlah kita berasa sedih yang teramat sangat, tetapi anggaplah yang kita hanya memberikan bantuan kepada pasangan kita itu untuk mencari yang lebih baik dari kita dan kita sebagai pengasuh kepada kekasih kita itu untuk meneruskan kehidupan yang lebih mencabar. Lagi satu, janganlah kita merampas kekasih orang lain kerana peluang untuk mengecap nikmat bahagia itu amatlah sukar. Pada saya, jauhilah dari mendekati kekasih milik orang lain lebih-lebih lagi kekasih kawan baik kita kerana kelak ianya akan menimbulkan masalah yang baru pula. Kepada setiap pasangan pula, jika tidak tahu bergaul dengan orang lain, janganlah terlalu rapat dengan orang itu kerana kelak akan menimbulkan masalah hati beralih arah atau kecurangan.

Janganlah kita mengkhianati cinta jika kita tidak mahu cinta kita dikhianati. Saya yakin ramai antara kita sudah merasai kesakitan apabila kecewa kerana cinta. Adakah kita mahu kekecewaan itu berulang semula kepada diri kita? Jika kita tidak mahu dikecewakan, janganlah kita mengecewakan pasangan kita itu. Saya tidak nafikan yang kadang-kala ada perhubungan yang tidak dapat diselamatkan lagi. Oleh itu, berterus teranglah kepada pasangan kita. Saya yakin setiap pasangan pasti akan dapat merasakan perubahan kepada pasangan mereka. Jika ada, bawaklah berbincang dan selesaikanlah secara baik di samping itu, bersiap sedialah untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba.

Akhir kata dari saya, jujurlah dengan perasaan kita sendiri. Jika tidak dapat meneruskan sesuatu perhubungan, luahkanlah kepada pasangan kita. Jangan disimpan dan jangan dibiarkan pasangan kita hanyut dengan perasaan cinta yang palsu dari kita kerana kelak ianya akan menyebabkan kemusnahan yang amat dasyat kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.