NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, August 12, 2010

Ramadhan 2010.

Assalamualaikum,

Pada hari ini bermulalah 1 Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam di dunia ini amnya dan di negara kita Malaysia khususnya. Semalam merupakan malam pertama solat sunat tarawih yang dikerjakan bersama-sama oleh umat Islam di negara kita. Hari ini pula merupakan hari pertama kita berbuka puasa bersama-sama mereka yang tersayang. Ada yang berbuka bersama-sama keluarga, ada yang berbuka bersama rakan-rakan dan ada yang berbuka puasa seorang diri. Ada yang berbuka puasa di tempat yang mewah, ada yang bebuka puasa di rumah sahaja dan ada yang berbuka puasa di mana-mana sahaja yang berkesempatan. Pendek kata, di mana sahaja kita akan melihat ibadah puasa ini dijalankan di negara kita. Selepas dari itu, ibadah sunat solat sunat Tarawih pula di lakukan secara berjemaah.

Apa sahaja ibadah yang kita lakukan, janganlah kita lupa kepada mereka yang telah 'tiada' yang telah pergi meninggalkan kita. Pada bulan Ramadhan inilah kita wajib memperingati mereka dengan berselawat dan tahlil. Pada hari ini, sudah 3 hari Tok kami telah meninggalkan kami sekeluarga. Tuan Haji Abdul Aziz bin Alwi telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Tapah, Perak pada jam 11 pagi. Beliau telah meninggalkan kami pada hari Isnin jam 4 petang di Hospital Tapah, Perak.

Semasa hidup beliau, beliau merupakan seorang guru agama di Pekan Tapah Road di Tapah. Beliau telah menyampaikan Al-Quran di rumah beliau bersama-sama dengan Isteri beliau iaitu opah kami Kamariah Binti Abd Karim. Beliau amatlah disayangi oleh anak-anak murid beliau sehinggakan selepas pemergian beliau, ada anak-anak murid beliau yang tahu mengenai berita ini pulang untuk menziarahi beliau di kubur dan isteri beliau. Semasa beliau berpindah dari Pekan Tapah Road ke Bandar Tapah, beliau sering-kali menjadi imam di surau yang berhampiran dengan rumah beliau. Rumah beliau selalu menjadi kunjungan pertama apabila malam 1 syawal tiba. Pemergian beliau amat sukar untuk diterima oleh ramai pihak, tetapi takdir dan ketentuanNya telah mengatasi segalanya. Beliau telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tapah, Perak.

Setiap yang hidup sudah pasti akan mati juga akhirnya. Tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan Allah. Segala yang kita ada didunia ini hanyalah perhiasan sementara sahaja. Keluarga dan Sahabat suka-duka hanyalah didunia sahaja. Apabila mati, kita akan berseorangan di dalam liang lahat yang kecil dan gelap itu. Apakah kita semua merasakan yang kita akan mati dalam keadaan mewah? Adakah kita rasa yang kita akan mati beramai-ramai atau berteman? Tidak, di sana hanyalah kita seorang diri sahaja. Apabila orang terakhir telah meninggalkan tanah perkuburan itu, datanglah 2 Malaikat yang akan menjalankan tugas mereka.

Jadi, sebagai umat Islam kita wajib memperingati mati kerana mati itu pasti. Tidak akan ada yang mampu menangguhkan kematian itu. Di saat kita sedang meraikan sesuatu, di satu sudut itu sudah pasti ada yang sedang bersedih akan sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.