NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, December 31, 2011

Marilah menuju kejayaan.

Kali ni aku nak cerita pasal kejayaan. Kejayaan apa? Mesti lah kejayaan sebagai umat Islam. Tadi aku terbaca satu artikel pasal seorang pemain bola sepak terkenal dunia telah memeluk Islam. Aku tak pasti berita itu sahih atau salah satu dari berita fasiq juga. Tapi kalau betul tu bagus la, kalau tak betul tu....ada masalah la tu maknanya. Dia juga di khabarkan telah membawa sahabat dia, isteri dan rakan-rakan bola dia untuk turut memeluk Islam. Bagus tu, tapi ntah la...sahih ke tidak berita ni.

Jika kita hendak bercerita tentang kejayaan dalam Islam, kita tanya diri kita sekarang ni, apa yang berjayanya? Negara aman (aman ke?) tapi umat Islam tetap berpecah belah. Abang nak bunuh adik, adik nak bunuh abang kerana fahaman politik, isteri dicerai kerana politik, mak tidak mengaku anak kerana politik....banyak lagi la kalau aku nak sebut 'kejayaan' kita pada kali ni. Yang lain sibuk nak berpolitik tapi lupa nak membantu anak-anak muda yang terjebak dalam aktiviti jenayah. Semua nak salahkan satu sama lain. Ada yang sibuk duduk kat masjid dan surau, waktu kerja pun duduk surau dan mengaji sampai lupa pada dunia. Aku tak kata perkara ni salah, bagus la macam tu. Tapi ini ke yang Allah mahukan? Jika ini yang Allah mahukan, apa guna laungan azan yang mengajak kita menuju kejayaan? Allah menyuruh kita menunaikan zakat, tapi macam mana nak tunaikan zakat jika kita tidak bertebaran mencari rezeki? Kalau kita makan gaji, tapi kita asyik duduk di masjid dan surau dan lupa pada kerja kita, apa hukumnya gaji yang kita terima tu nanti? Persoalan ini aku biarkan pada korang yang menjawab atau ada ustaz-ustaz yang layak saja untuk menjawab.

Pada masa dulu, sejarah Islam telah membuktikan yang Islam itu hebat, kaya, maju, berteknologi tinggi dan yang paling utama sekali ialah Islam telah menguasai dunia. Sejarah juga telah membuktikan yang para khilafah tidak pernah berhenti dari berdakwah. Imam, bilal masjid juga di suruh berdakwah dan mendekati umat dan membantu umat. Pada masa kini juga, di Mekah, Imam besar Mekah telah menyuruh para Iman masjid dan surau di sekitar Mekah untuk keluar berdakwah. Berdakwah bukan sahaja untuk menarik mereka yang terpesong ke jalan yang lurus. Tetapi untuk membantu dari segi kewangan, semangat untuk memajukan diri dan juga negara.

Berbeza dengan negara kita, gelaran ustaz sewenang-wenangnya diberi. Imam dan Bilal hanya menjalankan tugas biasa iaitu melaungkan azan dan mengimamkan solat. Kemudian lepas habis solat, balik rumah. Tidak banyak yang memperbuat seperti yang disuruh oleh Allah yang sebenarnya. Jika ada yang membuat kelas mengaji atau ceramah, ianya bagus sekadar mengisi keperluan rohani. Tetapi kebanyakkan ceramah yang dibuat hanyalah untuk memburukkan orang lain, mendedahkan aib orang dan tidak kurang juga ada yang menyebarkan fitnah. Ini adalah ceramah politik yang aku maksudkan. Kalau ceramah agama pun tidak terkecuali juga silapnya jika ianya di sampai oleh orang politik.

Jika imam, bilal, ustaz hanya duduk di masjid, dan hanya mengajar mengaji, ia sebenarnya tidak memberikan impak yang baik pada umat Islam. Kerana ibu bapa akan hanya menghantar anak-anak mereka pergi mengaji atau kelas agama hanya kerana mencukupkan syarat sahaja. Khatam je Al-Quran dan habis je kelas agama, berapa ramai diantara mereka yang menjadi manusia? Berapa ramai yang akan berjuang untuk menegakkan dan memajukan Islam? Kalau setakat pegi demonstrasi haram tu tak payah sebut la. Jijik la aku dengar pasal demo-demo ni. Konon baik, berjuang untuk Islam, tapi pegi demo. Ini ke yang di ajar Allah? Kalau aku kata derang ni bodoh, mula la keluar fatwa-fatwa derang untuk menghalalkan cara. Ok, cukup pasal benda ni.

Apa yang aku nak cakap sekarang ni ialah, bila kita nak menuju kejayaan, kita tidak seharusnya zuhud. Banyak firman dan hadis yang menggalakkan kita mencari rezeki dunia dan akhirat. Imam dan bilal bukan hanya duduk di masjid dan surau sahaja. Mereka hendaklah bertebaran di muka bumi untuk memberikan dakwah untuk memajukan diri. Islam seharusnya hebat, bukan hebat memaki dan berarak di atas jalan! Memecah belahkan umat dan menggalakkan permusuhan! Ini bukan kejayaan yang Allah mahu! Malu la korang bila ada orang yang tidak pakar pasal Islam macam aku ni tegur korang yang dah power dalam Islam ni.

Segan sikit la beb....bukannya bila aku tegur ni nak kena angkuh la, siap kata siapa aku nak tegur dia la. Siap memperlekehkan aku la. Itu ke yang tok guru korang ajar? Kalau ini la yang tok guru korang ajar, maka tak heran la makin ramai orang akan benci Islam kerana korang. Bukan kerana orang lain, tapi kerana korang sendiri. Nak sebut pasal Tabligh plak? Gerakan tabligh tu aku respek la sebab derang ni bersabar dan berdakwah merata-rata. Tidak mengenal erti penat dan tidak pernah mengalah. Memang bagus dan lebih bagus dari ajaran sesat PAS. Tapi bila kita nak sebut pasal kejayaan Islam, sudah lebih 90 tahun gerakan tabligh telah bertapak di negara kita, tapi berapa ramai yang telah berjaya dan kaya dalam gerakan tabligh? Nabi Muhammad saw telah melakukannya dalam masa 22 tahun sahaja dan Islam telah menjadi pemerintah ulung dunia. Yang ni pun korang fikir la sendiri. Tapi bagi aku, elok masuk tabligh dari join parti politik. Cuma jangan la jumud dan zuhud sangat, sebab Islam tidak jumud dan tidak terlalu zuhud.

Aku dah membebel banyak sangat ni, kesimpulannya ialah, marilah menuju kejayaan dan kekayaan demi Islam. Time kerja tu kerja la, jangan la duduk kat masjid dan surau je kononnya itu lebih penting. Kalau akhirat tu lebih penting, berhenti kerja la kawan. Duduk la kat masjid korang tu sampai akhir hayat. Tapi kalau dengan cara macam ni lebih baik dari pegi demonstrasi, aku sokong la dengan cara korang duduk masjid tu. Elok duduk masjid dari pergi demonstrasi. Sebab bukan ini kejayaan yang Allah mahukan.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.