NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, March 14, 2013

18SG - Video Polis Yang Dibunuh - Siri II.

Ok, ini adalah jawapan yang telah saya terima daripada para pembaca mengenai video anggota polis yang telah dibunuh dan diseksa oleh pengganas sulu tersebut.

Daripada 73 pembaca yang telah meminta melalui e-mail video polis yang dibunuh tersebut, hanya 63 sahaja yang telah mengirim kembali maklum balas mengenai video tersebut. Saya telah mengirim video tersebut beserta nota sisipan yang berbunyi : -

Dear sir / mdm,

Please
watch the recording with full sense of responsibility. I have yet to get confirmation on the recording. But a reader has made a confession that is his brothers friend when they train together in Pulapol camp. If you can confirm the recording, please mail me the confirmation. Police denied this, saying they were videotaping of columbian drug criminals and try to control the situation. But you're smart, make your own assessment.

Thank you.
 
Salam saudara / Saudari,

Sila lihat rakaman tersebut dengar rasa penuh tanggungjawab. Saya belum lagi dapat pengesahan sahih mengenai rakaman tersebut. Tetapi ada seorang pembaca telah membuat pengakuan yang ianya adalah kawan kepada abang kandungnya yang pada ketika itu sama-sama berlatih di kem Pulapol dahulu. Ada seorang pembaca lagi telah memberitahu yang ianya adalah gambar koperal samad. Jika saudara dapat mengesahkan rakaman tersebut, sila mailkan kepada saya pengesahan itu. Anda bijak, buatlah penilaian sendiri.

Terima kasih.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembaca yang sudi membalas semula e-mail pengesahan yang saya minta. Inilah yang dikatakan pembacaan yang berhemah dan bertanggungjawab. Pada ketika saya menulis artikel ini, masih lagi ada e-mail yang masuk ke dalam inbox saya untuk meminta salinan video tersebut.

Berikut adalah keputusan berdasarkan maklum balas para pembaca. Berdasarkan kepada pemerhatian dan maklum balas para pembaca, majoriti mengesahkan ianya adalah video rakaman kekejaman ke atas polis di mexico.

Tetapi ianya tidak dapat menangkis kebenaran bahawa ada anggota polis kita yang di dibunuh dengan kejam dan mayat mereka diseksa setelah dibunuh. Ini adalah berdasarkan laporan daripada wartawan di tempat kejadian yang melaporkan pengganas sulu ini gemar menyeksa mayat anggota polis kita dan mengganggap mereka ini seperti bangkai.

Berikut adalah kenyataan daripada wartawan Harian Metro (artikel penuh disini);

"Pengganas Sulu dilaporkan sanggup memenggal kepala, mencungkil mata dan mengerat badan seperti dilakukan ke atas anggota keselamatan kita yang terbunuh dalam dua kejadian berasingan pada 1 dan 2 Mac lalu."

Ada juga daripada portal Berita Semasa yang mempunyai analisa menarik berserta gambar organ dalaman anggota polis kita yang telah dikeluarkan oleh pengganas sulu ini.

Sumber : Berita Semasa.



Baca artikel penuh disini.

Berikut adalah laporan daripada Akhbar utama negara kita Utusan Malaysia :

"Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."
 
Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.

Sumber : Berita Semasa - Utusan Malaysia.
Saya tahu ramai yang tidak berpuas hati dan berasa marah dan dicampur dengan semangat patriotik yang membara yang ingin di lepaskan. Tetapi lepaskan kepada mereka yang berkenaan sahaja! Jangan dilepaskan kepada orang yang tidak bersalah. Siasat siapa dalang dan punca mengapa pengganas sulu ini menjadi anjing dan sanggup mati katak kerana cita-cita yang sia-sia. Sumber dari luar negara telah banyak menyiarkan artikel yang mengatakan pihak pembangkang juga mungkin ada terlibat di dalam kejadian pencerobohan ini.

Demi semangat patriotik yang cintakan negara, kita jangan berpeluk tubuh dan membiarkan hanya anggota keselamatan kita sahaja yang berperang. Kita juga harus memainkan peranan dengan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan.

Satu lagi anjing bangsat yang bernama Tian Chua juga harus di hadapkan kepada mahkamah dan dilucutkan kewarganegaraan beliau. Itupun kalau Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin ada 'keberanian' hendak berbuat demikian. Ini bukan soal populariti DS, ini soal kedaulatan negara. Kita tidak perlukan anjing seperti ini di dalam negara kita. DS jangan takut, angkat kembali keris melayu dan buktikan kepada kami yang DS adalah pejuang yang layak untuk mempertahankan nasib rakyat negara ini.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.