NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, March 10, 2013

Lahad Datu, Kesultanan Sulu dan Kedaulatan Negara. - Siri II.

Kelmarin pihak kesultanan sulu mencadangkan gencatan senjata, tetapi pada hari ini mereka telah menembak dua anggota sehingga mengakibatkan kecederaan. Bagi saya, ianya adalah satu lagi helah mereka untuk membuatkan anggota kita menghela nafas lega. Tetapi mujurlah anggota kita sentiasa peka dengan keadaan dan kejadian yang telah berlaku sebelum ini. Syukur Alhamdulillah kerana tiada anggota kita yang terkorban.

Perdana Menteri kita telah membuat keputusan yang bijak dengan menolak gencatan senjata tersebut. Amaran yang berbunyi "...sama ada mereka mati ditembak atau menyerah diri..." merupakan satu green light kepada anggota keselamatan kita untuk memburu mereka ini sehingga kelubang cacing. Gerakan besar-besaran yang dilakukan sudah dijalankan dan saya harap tiada satu pun diantara mereka akan terlepas. Penduduk tempatan yang membantu pengganas sulu ini juga harus diburu dan jika mereka sudah menjadi warganegara kita, kenegaraan mereka wajib dilucutkan kerana ianya termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 25(1)(a)(b) yang berbunyi :

Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16A atau 17 atau menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati -

     (a) bahawa  orang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau  percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan;

     (b) bahawa orang itu, dalam masa apa-apa perperangan yang dalamnya Persekutuan sedang atau telah terlibat , telah dengan menyalahi undang-undang berdagang dengan atau menghubungi musuh atau melibatkan diri atau menjadi sekutu dalam apa-apa perniagaan yang pada pengetahuannya telah dijalankan mengikut apa-apa cara sehingga dapat membantu musuh dalam perperangan itu;

Perkara ini juga boleh digunakan untuk melucutkan kewarganegaraan Tian Chua, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Nizar Jamaludin yang dulu secara terang-terangan menghina Institusi Raja kita. Mengapa Kementerian Dalam Negeri Tidak bertindak? Adakah mereka telah membuat keputusan melalui jemaah menteri dan mengambil kira kepentingan politik masing-masing? Atau kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai dan boleh menimbulkan kekacauan kepada negara untuk jangka masa panjang? Walau apa pun keputusan yang telah diambil, pihak jemaah menteri patut mengammbil kira kehendak majoriti dari kehendak minoriti.

Sebenarnya saya ni bukanlah rasis, saya tidak mengatakan semua keturunan sulu itu jahat. Tetapi saya khuatir jika ada dari pengikut tegar dikalangan mereka yang menghasut keturunan sulu di sabah ini untuk menjadi pengkhianat. Kita ambil contoh seperti Amerika dan Russia. Mereka sering menjalankan operasi risikan diantara mereka. Ada yang dihantar untuk duduk di negara musuh mereka sejak dari kecil dan apabila besar, mereka 'diaktifkan' untuk menjadi perisik dan menyusup masuk ke jabatan kerajaan. Filem yang dibuat oleh barat ini mempunyai asasnya dan tidak boleh dipandang rendah. Begitu juga dengan pendatang yang masuk ke negara kita ini.

Kita tidak boleh memandang remeh dan harus bersetuju yang negara kita ini amat mudah dimasuki. Buktinya ada lebih kurang 2 juta pendatang haram dan sah di negara kita ini yang berdaftar dengan Program 6P. Itu jika mereka berdaftar.....bagaimana dengan mereka yang masih tidak berdaftar? atau bagaimana dengan mereka yang masuk di dalam negara ini secara haram semasa program itu berjalan dan tidak berdaftar?

Niat saya bukanlah untuk mewujudkan rasa tidak senang dan rasa gerun di hati rakyat. Tetapi kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Kita tidak mahu perkara ini terjadi dan barulah kita mahu mewujudkan itu dan ini. Inilah yang terjadi di Sabah ketika ini, di mana orang awam berketurunan sulu telah ditangkap kerana membantu pengganas sulu tersebut. Nasihat saya pada DS Hishammuddin, janganlah berlembut hati sangat, kelak nanti rakyat akan menggelar anda ini penakut dan bacul.

Kita perlukan satu langkah drastik untuk mengawal keamanan dan kedaulatan negara kita ini. Cadangan saya ialah mewujudkan semula ISA. Saya tidak nampak cara lain yang dapat mengawal keselamatan negara kita ini dari serangan luar dan dalam negara. ISA sahajalah jalan yang terbaik yang mampu menyelesaikan segala masalah keselamatan. Pedulikan apa kata orang lain, ini negara kita dan kedaulatan negara kita wajib di jaga.

Pada hari ini, saya menyeru seluruh anggota keselamatan agar tidak berlembut hati. Teruskan memburu dan jangan simpan tawanan. Mereka ini bukanlah sedara Islam kita kerana Islam tidak akan menyerang negara Islam yang lain. Setelah apa yang kita buat untuk membantu keturunan Sulu di Malaysia, ini yang mereka balas. Bunuh tetap bunuh, nyawa seorang anggota keselamatan kita tidak cukup dengan membunuh 100 orang pengganas sulu. Kita patut memburu mereka sehingga ke Filipina. Selagi mereka ini ada, selagi itu negara kita tidak mustahil akan diserang sekali lagi.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.