Pada suatu hari sedang saya melayari internet, saya ternampak sebuah laman web yang memaparkan gambar dan biodata kawan lama saya. Saya mula rasa terkejut apabila saya melihat gambar kawan lama saya yang sudah lain daripada yang lain. Saya pun menghantar e-mail kepadanya untuk bertanyakan khabarnya. Jawapan yang saya terima agak baik setelah lama tidak berjumpa. Saya mula bertanyakan kepadanya tentang gambar yang agak terdedah di dalam laman web tersebut. Dia terus meminta maaf kepada saya dan terus berjanji kepada saya untuk menukar gambar tersebut.
Setelah itu, saya pun bertanya kepada dia kenapa dia meletakkan gambar sedemikian. Dia mengakui yang dia tersilap dan lalai kerana situasi yang memaksa dia. Dia akui yang dia semakin lalai akan tanggungjawab dia sebagai muslimah di bumi Allah ini. Saya mula bertanya, apa yang menyebabkan dia menjadi lalai? Dia menjawab keadaan dia bersama teman-teman yang membuatkan dia menjadi lalai.
Daripada kisah dia, saya dapat simpulkan yang Iman kita sememangnya tidak kuat dan nipis. Sesiapa sahaja boleh dipengaruhi oleh keadaan sekeliling sehinggakan orang itu boleh menjadi lalai. Sebagai contoh, seseorang itu akan terjerumus kelembah hitam semula jika tidak betul cara pergaulannya atau memilih kawan yang salah. Jika kita lihat keadaan di sekolah, di pejabat atau di sekeliling kita secara amnya, terlalu sedikit orang yang menegur jika terdapat kemungkaran yang terjadi di hadapan matanya. Kita ambil satu contoh lagi, jika ada seseorang yang hendak berubah ke arah kebaikkan seperti memakai tudung, tetapi di sekelilingnya terdiri daripada kawan-kawan yang menjahanamkan, maka tidak mustahil orang itu akan kembali kepada asalnya iaitu tidak menutup aurat.
Oleh itu, berwaspadalah dalam memilih kawan. Sebab kawan dapat memberi impak yang besar kepada kehidupan kita. Kita sebagai manusia sangat suka mengikut sesuatu yang menyeronokkan kita walaupun ianya adalah satu perkara yang salah dan berdosa. Sepatutnya sebagai kawan kepada seseorang yang hendak berubah kepada kebaikkan, kawan tersebut sepatutnya memberikan sokongan dan bukan hendak melemahkan niat baik seseorang itu. Apakah maknanya kawan jika kebaikkan itu sering menjadi mainan untuk mereka. Ada yang mengatakan itu bukan salah mereka kerana mereka tidak pernah mengajar atau mengajak orang untuk melakukan kejahatan. Tidak! Pada saya, walaupun orang itu tidak mengajar atau mengajak orang lain melakukan kejahatan tetapi mereka tetap menjadi punca utama kepada kesesatan orang lain kerana pengaruh mereka.
Apa yang dapat saya simpulkan disini, orang yang baik tidak akan mencari orang yang jahat sebagai kawan melainkan untuk kebaikkan dan orang yang jahat tidak akan mencari orang yang baik sebagai kawan melainkan untuk berubah menjadi baik atau merosakkan kawannya itu. Jadi, perhatikanlah kawan-kawan kita dan nilailah sendiri adakah mereka patut menjadi kawan kita jika mereka asyik melakukan dosa dan tidak mencegah kepada kemungkaran.
Kepada kawan saya itu, kuatkanlah iman dan teruskanlah bersabar untuk kebaikkan diri anda sendiri. Pilihlah kawan yang baik atau janganlah terlalu rapat kepada mereka sementara anda membina kekuatan iman anda. Kemudian tarbiyahlah mereka dengan cara yang bijaksana agar mereka sedar. Janganlah takut kehilangan kawan kerana tiadalah ruginya jika tidak berkawan dengan orang seperti itu.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.