NuffNang

Nuffnang

Translate

Tuesday, April 20, 2010

Malam semalam.

Sedang aku menonton tv, aku tertido dengan lena skali. Tv plak yang menonton aku sampai aku tak dengar telefon aku menjerit. Lepas aku terjaga, aku lupa yang aku ada kerja yang belum diselesaikan. Awek aku plak dah tido masa aku call dia...sorry syg. Masa ni aku dah susah nak tido balik sebab dah tertido masa kat depan tv tadi. Aku pun mula la mencari bahan bacaan or idea untuk membuatkan aku mengantuk. Sampai la aku tetiba teringat kata-kata sahabat aku masa kami pergi minum kat uitm tempoh hari. Kata-katanya berapi sungguh sampai aku rasa dia layak nak jadi wakil rakyat di pilihanraya Hulu Selangor. Dia suruh aku tengok keadaan sekeliling, tv, paper semuanya penuh dengan jenayah dan perilaku buruk masyarakat. Aku setuju dengan apa yang dia katakan tu, sambil otak aku cuba memerah dan memahami apa yg cuba kawan aku sampaikan itu. Biasa la, otak dah beku sebab tak tido selama beberapa hari.

Kawan aku berkata,"ko tgk la sekarang, kerajaan sibuk-sibuk nak buat kajian kenapa semua benda ni jadi. NGO, IPTs, IPTA semua sibuk nak buat kajian memacam. Konon kajian Islam la, kajian kemanusiaan la, semuanya membazir."

Aku tanya la, kenapa membazir?

Dia berkata,"Yer la, kenapa nak membazir buat kajian? sedangkan dalam Al-Quran Allah dah cakap dah yg semua benda ni akan jadi, kenapa tak amik pelajaran dari Al-Quran? Bukan ke Al-Quran tu kitab segala ilmu, panduan dan ianya releven sampai kita mampus sekali pun?"

Aku cuma mengangguk saja. Memang betul apa yang dia katakan tu. Kemudian dia pun menambah lagi,
"Aku sedih tengok orang yg kata Al-Quran ni kitab segala alam, tapi tak amik pengajaran, tak guna pun kitab tu...." dia diam sejenak...."lepas tu pi buat plak kajian pasal pasal islam yg kononnya untuk kebaikkan sejagat, tapi sebenarnya utk tujuan politik." Aku macam dah agak je apa yang kawan aku ni bebelkan.

Dia menyambung perbualan selepas menyalakan sebatang rokok,"Bila pengaruh dah jatuh, mula la buat pendekatan islam yang baru, pastu gunakan untuk tujuan politik...orang yang bawah pun ikut jer...sibuk2 nak buat kajian yg berkesan ke idak benda tu....padahal dia boleh gunakan duit tu untuk naikkan martabat Al-Quran ni balik. Bukan dah baca tapi naikkan kat atas para atau almari.." Aku terdiam dan cuba memfokus butir bicara kawan aku ni. Makin lama makin menarik plak bebelan kawan aku ni.

Dia menyambung selepas meneguk sedikit kopi panas,"ustaz-ustaz yang jadi artis pun dah macam lupa diri...memula bangga bila di panggil ustaz, lepas tu bila dah buat silap mula la kata tak pernah nak panggil diri dia ustaz, tapi orang yang panggil.....jadi nak salahkan orang plak ke? kenapa dari mula lagi kata jgn panggil ustaz? lepas tu bila ada yang jadi artis, banyak la plak buat konsert amal untuk negara orang, yang pegi sibuk2 nak tolong negara orang tu kenapa? kenapa tak tolong negara sendiri dulu? akidah negara kita ni yg teruk....lepas tu bila negara kita plak yang hancur, ingat negara antarabangsa nak bantu ke? kalau bantu pun kasi duit mcm kita kasi kat negara lain, berguna ke idak masa tu? sama la juga mcm apa yg derang rasa....mcm palestine, dia tak perlukan duit, tapi perlukan bantuan ketenteraan umat islam sedunia....kasi la duit berjuta mana pun, bumi derang tetap kena letup jugak!"

Fuhh...marah betul kawan aku ni....aku pun cakap la yang negara islam ni mana yang kuat, mcm mana nak bantu or nak lawan negara kuasa nuklear tu? kang tak pasal2 kena bom plak negara kita ni...dah kita takder tempat nak duduk dah....nak minum kopi mcm ni pun dah tak boleh dah tau.

Dia kata, "sebab tu aku cakap takyah nak sibuk2 nak tolong negara orang, tolong la kuatkan negara kita ini, bila dah kuat...baru la boleh tolong negara orang...ini negara sendiri pun macam hampeh, nak sibuk2 plak kat negara orang....akal ada ka!?"

Aku cakap,"negara kita ni ok apa, aman dan damai...berbilang kaum lagi. kenapa kata mcm hampeh plak?"

Dia kata,"ok kata ko, ko kasi aku satu benda apa yg orang islam kita ni pandai buat?"

Aku terdiam....dia kata,"orang islam kita ni pandai buat jenayah je! dah la membaca pun malas, sibuk2 nak kaji itu dan ini, sumber yang hak dah ada, tapi nak cari sumber lain plak naper? dah la berpecah-belah, naper nak pecahkan islam tu lagi? apa pun tak bersatu, PAS la UMNO la...dedua tu apa? bukan orang islam? ko jangan la selesa sangat, semua ni sebab kita dah di momokkan dengan hiburan dan cerita yang baik2 dibuat oleh tv sampai kita rasa selesa....bukak mata ko skit, baca kondisi sekeliling. Apa yang ko nampak? kalau ko nampak apa yang aku nampak, ko pun mesti setuju. Bukan aku nak kata ustaz jadi artis tu salah, bantu negara lain tu salah, tapi bagi aku, bukan masanya untuk itu...nanti dulu...buat benda yang penting dulu."

Aku terdiam dan mengangguk sambil menghirup nescafe aku yang dah sejuk. Betul juga apa yang dia kata, sumber yang hak dah ada....iaitu Al-Quran...Allah itu satu, Islam itu satu dan Umat juga kena satu. Kuatkan diri kita dahulu sebelum kita hendak menolong orang lain yang lemah...itu yang sepatutnya. Imam2 di kota Mekah di sarankan untuk keluar dan turun padang untuk mendekati golongan yang terpesong ini, itu yang sepatutnya kita buat di Malaysia....menarik manusia dari kegelapan kepada cahaya. Bukannya tunggu mereka ni datang masjid atau surau, kita yang sendiri kena pergi kepada mereka....bukan datang dengan hiburan atau kertas kajian, tapi datang dengan ilmu dan tarbiyah yang berterusan. Nak ubah orang bukan senang....bukan dengan datang dan pergi, tapi buatlah macam apa yang nabi kita buat dan nabi2 yang sebelum ini.....datang, tarbiyah dan terus tarbiyah sampai bila2...bila kita datang dan tinggal...jadilah seperti umat nabi Musa yang apabila ditinggalkan sebentar, mereka kembali menyembah berhala.....inilah pengajaran kita.

Wassalam...

2 comments:

  1. salam. menarik post ni. nk share boleh? saya budak baru belajar =)

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.