NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, June 22, 2011

Kesan Demonstrasi Jalanan Terhadapa Negara.

Ramai kecam penganjur, peserta demonstrasi
-          Date 04/08/2009


     KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat pengangkutan  
     awam dan persatuan teksi terus melahir kecaman terhadap tindakan
     penganjur serta mereka yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta
     Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu kota, Sabtu lalu.
      
     Rata-rata mereka masih tidak dapat memaafkan perbuatan itu yang bukan
     saja menyusahkan rakyat malah menjejaskan ekonomi dan melumpuhkan sektor
     pengangkutan awam dan perniagaan.
      
     Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr
     Ma'amor Osman, berkata kejadian itu bukan saja memberi mesej salah
     kepada masyarakat antarabangsa malah menimbul kesan trauma mendalam   
     kepada mangsa terutama golongan kanak-kanak dan wanita.

       "Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan keterlaluan, melampaui
     batas fikiran dan undang-undang serta memberi kesan kepada pelbagai
     pihak termasuk peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaan mereka,"
     katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

       Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd
     Yusof Abdul Rahman, berkata mereka yang berdemonstrasi perlu menggunakan
     saluran yang betul bagi mengelak golongan yang tidak bersalah menjadi
     mangsa.

       Pengurus Besar Komunikasi Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn
     Bhd (RapidKL), Ebi Azly Abdullah, berkata kejadian itu menjejaskan
     operasi bas serta transit aliran ringan (LRT) selepas stesen Masjid
     Jamek dan Bandaraya terpaksa ditutup dari jam 1.57 hingga 6.20 petang.

    - Bernama

Berita yang dipetik dari sumber Bernama ini merupakan salah satu daripada berita-berita yang memaparkan keburukan demonstrasi. Terlalu banyak kerugian dan kerosakan yang berlaku akibat daripada demostrasi jalanan ini. Pada bulan depan, Bersih hendak melakukan satu lagi keburukan di negara kita, disertai oleh kebanyakkannya orang melayu dan disokong kuat oleh PAS. Sebenarnya bukan sekali demonstrasi jalanan ini di halalkan oleh PAS. Pada 2008 juga PAS pernah menghalalkan beberapa siri demonstrasi di negara kita. Inikah Islam yang diperjuangkan oleh PAS? Islamkah ini? Ramai orang yang taksud dengan PAS setuju dengan pendapat ini, tetapi bila di tanya apakah demonstrasi ini adalah salah satu ajaran Islam dan ada di dalam Islam, kebanyakkan daripada mereka hanya diam.

PAS bukan sahaja menghalalkan demonstrasi, malah mencarut, memaki, mengkafirkan orang, semuanya halal apabila bertindak sebagai ahli PAS. Ramai orang melayu dan beragama Islam telah terpengaruh dengan ajaran politik PAS ini. Berkopiah dan berserban, tetapi membawa ajaran sesat yang bole merosakkan dan memecah-belahkan perpaduan kaum di negara kita. Sedih rasanya apabila mendapati ramai orang melayu telah diperbodohkan dan diperalat untuk mencapai segala macam tujuan PAS tersebut. Tetapi PAS tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Walaupun pemikiran mereka kolot dan jumud, tetapi dalang di sebalik kejadian ini adalah daripada mastermind di belakang tadbir iaitu Ambiga Sreenevasan. Pemimpin yahudi yang mempertikaikan Islam dan menggalakkan murtad. Badan peguam Malaysia yang rata-ratanya di kuasai oleh peguam yang beragama kristian. Saki-baki pengikut komunis yang berada di Malaysia iaitu DAP dan yang terakhir ialah orang yang hendak menjual Malaysia kepada IMF iaitu DSAI.

 Mereka inilah yang merancakkan perpecahan orang melayu yang di mulakan oleh PAS. Ini kerana semasa PAS di perintah oleh Datuk Asri, mereka banyak di kuasai oleh golongan ulama agama Islam. Sebab itulah banyak pergerakan mereka di kawal oleh 'Bapa' mereka. Setelah tampuk pemerintahan di ambil oleh Nik Aziz, ibarat mendapat bapa tiri, semuanya tidak di kawal dan menjadi liar. Tetapi tidaklah seliar mana kerana mereka masih lagi di kawal oleh sebilangan golongan ulama yang tinggal di dalam PAS. Akhirnya setelah bersatu bersama-sama dengan pengkhianat negara, segalanya menjadi liar dan teruk. Apa yang memeningkan kepala saya ialah, mengapa ada sebilangan dari orang melayu ini yang sanggup membodohkan dan di perbodohkan oleh orang-orang seperti ini? Menggunakan hukum hudud sebagai asas perjuangan dan menggunakan ayat Al-Quran untuk menghalalkan cara. Islam apakah ini?

 Kalau begitulah caranya, saya juga ingin memaki Nik Aziz dan pemimpin lain yang sekutu denganya dan juga menggelarkan mereka ini kafir dan sesat. Saya tahu apa yang saya buat ini halal kerana Nik Aziz yang kata. Tetapi saya tidak sebegitu bodoh seperti dia dan juga orang lain yang taksud dengan dia. Saya masih percaya, tidak ada satu pun agama di dunia kita ini selain Islam yang menggalakkan kebodohan seperti ini. Saya juga percaya tidak ada satu agama pun yang menggalakkan penganutnya berdemonstrasi. Pada pendapat saya, jika kejadian ini berlaku, ianya akan memberikan gambaran buruk kepada agama, bangsa dan negara. Jika ada yang tidak kena, segalanya boleh diatasi dengan perbincangan. Ada 4 tingkat perbincangan yang boleh kita ikut kerana semuanya ada di dalam Al-Quran. Biar saya menjadi cikgu untuk mengajar mereka yang bernama PAS ini.

 a) MUZAKARAH
b) MUQABALAH
c) MUNAQASYAH
d) MUSYAWARAH 

Semua ini adalah cara-cara yang telah ditunjukkan oleh Allah kepada umatnya di dalam Al-Quran. Muzakarah maksudnya ingat-mengingat. Munaqasyah maksudnya perbincangan, Musyawarah maksudnya bermesyuarat. Ketiga-tiganya boleh membawa maksud yang sama. Muqabalah pula bermaksud pertemuan juga digunakan sebagai temuduga. Pada zaman Nabi Muhammad dahulu, perintah Allah kepada rasulnya untuk bermusyawarah dengan para sahabatnya setelah tejadinya perang uhud dimana waktu itu Nabi telah bermusyawarah dengan mereka, beliau mengalah pada pendapat mereka, dan ternyata hasilnya tidak menggembirakan, dimana umat Islam menderita kehilangan tujuh puluh sahabat terbaik, di antaranya adalah Hamzah, Mush'ab dan Sa'ad bin ar Rabi'. Namun demikian Allah menyuruh rasulnya untuk tetap bermusyawarah dengan para sahabatnya, karena dalam musyawarah ada semua kebaikan, walaupun terkadang hasilnya tidak menggembirakan. 

Inilah yang di amalkan oleh Nabi Muhammad atas suruhan Allah. Tetapi adakah PAS mengikutinya? Islam versi apakah yang diamalkan oleh PAS? Tidak malukah PAS kerana telah menyesatkan ramai orang? Saya tidak boleh jawab soalan ini kerana saya sudah ada jawapan untuk diri saya sendiri. Anda pula bagaimana? Kebenaran ini terlalu perit, tetapi inilah hakikatnya dan inilah yang harus kita terima. Nasihat saya kepada mereka yang beragama Islam, jauhilah perhimpunan haram kerana ianya bukanlah ajaran Islam. Jauhilah dari mereka yang telah menyesatkan anda sejak dari anda kecil, hinggalah sekarang. Islam itu indah jika kita bersatu. Janganlah kerana perkara bodoh, Islam itu di burukkan.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.