NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, June 16, 2011

Sekadar Selingan - Aku suka pegi ceramah PAS sebab penuh dengan makian dan cacian untuk burukkan orang. Buktinya, RM4 juta duit rakyat dibazirkan untuk memburukkan BN. SYABAS!!

UMNO KELANTAN SIFATKAN TINDAKAN PAS PERUNTUK RM4 JUTA BURUKKAN BN SEBAGAI KEJI

 
KOTA BAHARU, 29 April (Bernama) -- Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri 
mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu
laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.
    Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan
Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan PAS
dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan
BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa
di Kelantan.
    Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata,
mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak
kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana
rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.
    "Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan
mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada
sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
    Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa
penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima
peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi
buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di
Kelantan.
    Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai
pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan
lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan
persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.
    Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan
siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang
disalurkan kepadanya diperoleh.
    Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang
sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti
kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih
memerlukan.
    Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog
kickdefella itu.
    "Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan
keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri
harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya.
    -- BERNAMA
    MRA MRA NH



No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.