NuffNang

Nuffnang

Translate

Saturday, June 18, 2011

Sekadar Selingan - Cerita 20 tahun yang lalu, sehingga kini masih belum di tunaikan, macam mana nak tunaikan janji pada rakyat bila memerintah negara nanti?

JANJI PAS BINA PASAR BARU PASIR MAS 18 TAHUN LALU MASIH DINANTI

PASIR MAS, 6 Mac (Bernama) -- Selepas Pasar Pasir Mas yang dibina Barisan
Nasional (BN) terbakar pada tahun 1988, nasib para peniaga kecil di kawasan itu
mula terumbang-ambing, terutamanya selepas pentabdiran negeri diambil alih PAS
dua tahun kemudian.
Semua peniaga di pasar itu kemudiannya dipindahkan ke pasar sementara di
Jalan JKR bersebelahan landasan keretapi, tanpa disediakan dengan kemudahan
asas yang lengkap.
Sejak itu bermulalah janji-janji PAS untuk membina pasar baru khusus buat
peniaga-peniaga itu, namun selepas 18 tahun menanti, janji hanya tinggal janji,
dan pasar sedia ada 'ibarat hidup segan mati tak mahu'.
Yussof Che Deris, 65, peniaga di pasar berkenaan semasa ditanya khabar
mengenai pasar baru itu berkata beliau sudah muak dengan janji PAS untuk 
membina pasar baru sejak parti itu memerintah Kelantan.
  Menurutnya  keadaan pasar sekarang ibarat tempat pelupusan sampah, tanpa
kemudahan elektrik dan sistem perparitan sempurna menjadikan kawasan itu
sungguh kotor.
"Kami peniaga kecil cukup tertekan kerana keadaan pasar sekarang menyebabkan
tidak ramai lagi  yang mengunjungi pasar ini terutamanya di bahagian  yang
menjual pakaian menyebabkan ramai yang terpaksa 'gulung tikar' dan ramai
juga yang kedai mereka  disita," katanya.
Beliau berkata peniaga terpaksa membayar sewa lot kedai kepada Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) tetapi mereka tidak pernah melakukan sesuatu untuk keselesaan
peniaga termasuk menyediakan bekalan elektrik.
Bagi peniaga pasar Munduk, bersebelahan stesen bas bandar  itu pula, nasib
mereka lebih menyedihkan.Seperti pasar sementara Pasir Mas, kawasan pasar
Munduk juga tidak terurus malahan lebih kotor terutamaya apabila hari hujan
menjadikan kawasan perniagaan itu seolah-olah tempat takungan air yang dipenuhi
sampah sarap.
Menurut seorang peniaga Rosfarila Abdullah, 33, peniaga akur kawasan itu
tidak dibenarkan berniaga kerana ia dimiliki Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB), tetapi kerajaan negeri pula dilihat tidak bersungguh-sungguh mengambil
langkah untuk memindahkan semua peniaga ke kawasan yang lebih selesa.
"Terdapat kira-kira 400 peniaga di kawasan ini, walaupun berdepan dengan
tindakan saman atau dihalang berniaga mereka tetap meneruskan aktiviti 
berkenaan kerana  kawasan itu menjadi tumpuan orang  ramai," katanya.
  Katanya walaupun berniaga di kawasan yang tidak dibenarkan, PBT tetap
mengutip hasil antara RM1 hingga RM2 daripada peniaga setiap hari.
Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Pasir, Hanafi Mamat berkata BN cukup terharu melihat nasib peniaga di
kedua-dua pasar berkenaan.
"PAS beberapa penggal pemerintahannya sebelum ini tidak pernah mengambil
peduli ketika dibangkitkan isu berkenaan dalam persidangan DUN, bagaimapun
ketika pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir pada Disember 2005, PAS sekali
lagi berjanji untuk membuat pasar baru," katanya.
"Pertemuan saya dengan peniaga-peniaga dalam  pasar cukup membuktikan mereka
sudah bosan menunggu  pembinaan pasar yang dijanjikan sejak hampir 20 tahun
lalu," tambahnya.
    -- BERNAMA
    NOH MRA AZH



No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.