NuffNang

Nuffnang

Translate

Thursday, June 9, 2011

Sekadar selingan. - DAP 'abang besar' Pas, PKR.


DAP 'abang besar' Pas, PKR

Date: 14-05-2008




Apabila secara berterusan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh
dan mempertikaikan hak dan kuasa raja-raja Melayu, setiap hari kita lihat
ramai orang Melayu bangkit membantah. Sama ada melalui penulisan di
akhbar-akhbar, media-media massa dan juga membuat laporan polis.

Tetapi pada masa yang sama, pemimpin di pihak Pas dan PKR yang
mengaku Melayu dan beragama Islam masih mengambil pendirian untuk
mendiamkan diri.

Sehingga ke hari ini, tidak kedengaran sebarang kenyataan rasmi daripada
pemimpin parti terbabit yang seolah-olah merestui tindakan tersebut. Adakah
disebabkan DAP ahli keluarga Pakatan Rakyat, maka adalah lebih
baik bagi mereka mengambil pendirian berkecuali.

Adakah mereka sanggup melihat rajaraja Melayu diperlekehkan dengan
hanya berpeluk tubuh dan menunggu saat yang memberi keuntungan politik
kepada mereka, baru hendak bertindak sesuatu? Adakah untuk menjaga hati
DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat bangsa mereka sendiri?

Seperti mana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat
perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP.
Yang paling ketara ialah Pas hingga sanggup membuang slogan untuk
menegakkan negara Islam semasa pilihan raya umum lepas semata-mata
hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan
berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu.

DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan
segelintir orang Melayu, hingga sanggup terima Pas dan PKR dalam
Pakatan Rakyat demi menghancur dan memecahbelahkan undi orang
Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lepas.

DAP masih tetap dengan slogan Malaysian Malaysia dan mahukan Malaysia
mengamalkan sistem meritokrasi. Pas, walaupun sebelum pilihan raya
mengatakan menarik balik slogan penubuhan negara Islam dan menukar
kepada negara berkebajikan, hakikatnya tidak begitu mudah slogan ini
digugurkan kalau tidak ada udang di sebalik batu! PKR pula, tetap
mengatakan hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak jadi Perdana Menteri!

Ternyata kes di Perak menjadi amaran awal DAP untuk menunjukkan
belangnya walaupun baru dapat berkuasa dan kejayaan menguasai Pulau
Pinang dan berkongsi memerintah Perak dan Selangor dengan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Yang pasti jika DAP berjaya berkuasa dan
menjadi Perdana Menteri, ia akan menghapuskan kedudukan institusi raja-
raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu.

Parti-parti pembangkang berhempaspulas mencari ikhtiar untuk menghapus
pengaruh UMNO sehingga mengorbankan nilai-nilai dan adat resam
masyarakat kita. Mereka sanggup mengetepikan nilai-nilai Islam sendiri.
Inilah yang telah dilakukan oleh Pas dan PKR.

Sebenarnya kedudukan orang Melayu dan Islam kini berada di ambang
bahaya jika pembangkang memerintah. Dalam apa jua hal pun, DAP tetap
mahu menunjukkan dialah 'abang besar' kepada parti pembangkang lain.
Sementara Pas dan PKR ikut apa sahaja kehendak DAP.

Apabila DAP kata hitam, hitamlah. Jika DAP kata putih, maka putihlah.
Sebab itulah lidah pemimpin-pemimpin Pas dan PKR kelu untuk berkata-
kata, apatah lagi mengeluarkan sebarang pernyataan membantah apa yang
Karpal Singh lakukan hingga menghina dan memperlekehkan kuasa raja-raja
Melayu.

Jelaslah Pakatan Rakyat lebih merupakan eksploitasi kegawatan politik
Melayu untuk kepentingan DAP. Sekarang telah nyata bahawa semua parti
itu hanya bekerja untuk mendapatkan kerusi dalam pilihan raya dan bukan
untuk membela maruah negara.

- TAMINSARI, Shah Alam, Selangor.

                 


2 comments:

  1. tp pas penah cakap dia tidak teragak2 akan kluar dari pr kalau tanak laksana islam, siap kua metro lagi

    ReplyDelete
  2. dah dia taknak laksanakan Islam, jadi dia tinggal la dalam tu.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.