NuffNang

Nuffnang

Translate

Saturday, November 24, 2012

Hishamuddin Rais memperbodohkan dirinya lagi skali.

Ada satu post di dalam FB kawan saya yang memetik kata-kata dari artikel Hishamuddin Rais mengenai nama-nama pelik yang mungkin menjadi senarai pengundi hantu untuk menjamin kemenangan BN pada PRU-13 nanti. Pada mulanya saya malas nak layan post sebegitu sebab ianya merupakan satu artikel bodoh yang dibuat berdasarkan fantasi seseorang yang mabuk kuasa. Tetapi apabila ada seorang lagi kawan saya yang membalas komen yang mempercayai 100% artikel tersebut dan dakyah pembangkang, ianya telah membuatkan saya perlu bersuara dari membiarkan kawan saya tersebut terus hanyut dengan berita fitnah tersebut. (baca disini)

Malang seribu kali malang, hatinya hitam kerana telah terpengaruh dengan ceramah dan dakyah politik jahat pembangkang. Menyebarkan fitnah dan pengikut mesti mempercayainya tanpa was-was adalah merupakan doktrin yang telah diserapkan kedalam minda orang seperti ini. Pada saya, fakta dan bukti merupakan perkara penting yang perlu ada jika hendak membuat satu-satu kenyataan. Berani buat statement berani la tanggung. Bila tak tahu, tanya pada orang yang tahu dan bukannya belagak tahu. Bila belagak tahu, jadilah macam pak pandir yang bodoh sombong.

Hishamuddin rais pun satu, kalau nak buat statement pasal pengundi hantu, ic nombor tengah 71 ke, pasal orang lahir luar negara ke, selidik la dulu. Jangan la memperbodohkan diri sendiri, bila dah tak tahu tu mengaku la tak tahu. Agak2 la sampai 59 ribu orang Malaysia yang lahir luar negara. Klau ko nak memperlekehkan orang lahir luar negara tu, tengok la pemimpin PKR korang tu sendiri. Ic dia nombor tengah apa? Bukan ke nombor 71 gak? 59 ribu orang yang lahir luar negara tu betul ke lahir luar negara? Aku rasa kan, takyah la suruh KP JPN or Pengerusi SPR jawab, bagi aku jawab pun boleh. Biar dia tahu tahap dia kat mana, biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Buat pengetahuan pembaca semua, ic tengah 71 bukan je diberikan kepada orang warganegara yang lahir anak di luar negara. Tapi diberikan kepada warga asing yang dah dapat taraf penduduk tetap, anak yang lahir dinegara kita tetapi secara tidak sah dan terpaksa ikut taraf ibu mereka, suami yang kawin dengan pendatang lepas tu tak daftarkan perkahwinan mereka dan anak juga terpaksa ikut taraf mak mereka, anak yang ditinggalkan oleh pendatang semasa melarikan diri dari penguatkuasa dan banyak sebab lagi. Wahai Hishamuddin rais, nampak dah taraf ilmu ko kat mana sekarang ni?

Pasal nama-nama pelik tu pula, kalau berani cek la kat JPN dan SPR. Paparkanlah di media massa mengenai kewujudan nama pelik ini yang dikatakan kononya pengundi hantu. Aku rasa dia pun tak berani nak taruk bukti2 macam tu sebab tu semua adalah tahyul semata-mata dan yang sebenarnya tu semua adalah serkap jarang. So, macam ni lah encik Hishamuddin Rais, apa saja yang MERAPU punya kajian tu ko tengok la betul2 sebab kajian mereka tu memperbodohkan ko je. Ko tanya la dulu kat pihak berwajib. Jangan la prejudis sangat dengan kerajaan sampai satu statement derang pun ko taknak dengar. Sistem semakan On-Line dah ada, semak la...jangan la menyemak, nanti jadi fitnah, ko tanggung la nanti....DAP tu lain la, memang tempat derang kat neraka....tapi ko? ko fikirlah sendiri.....hahahaha..

Wassalam....

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.