NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, October 30, 2008

Isu rokok dan keruntuhan akhlak, yang mana lebih penting?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Didalam akhbar Berita Harian hari ini, Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk mewujudkan zon larang merokok di kaki lima. Untuk membaca berita penuh, anda semua boleh la klik link Berita Harian Online ini.

Persoalannya sekarang adakah ianya berkesan? Dapatkah ia membendung tabiat merokok rakyat Malaysia ini? Sedangkan tabiat merokok kini telah menular di kalangan budak sekolah rendah! Relevenkah segala undang-undang baru ini jika kerosakkan akhlak menjadi semakin teruk? Releven atau tidak, terpulanglah pada anda semua untuk menilainya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, dan ini adalah pendapat saya.



Pada pendapat saya, jika 'mereka' dapat sediakan tempat untuk orang berhibur dan meminum arak, kenapa tidak disediakan tempat untuk mereka yang lain ini untuk merokok? Sedangkan di dalam kelab malam pun tidak dibenarkan merokok, tetapi arak yang haram di sisi agama itu pula boleh diminum dan dijual kepada mereka yang beragama Islam! Apa semua ini!? Mana satu yang lebih teruk dan perlu diberi perhatian terlebih dahulu? Sudahlah dengan Allah pun mereka tidak takut, dengan undang-undang apatah lagi. Orang yang bukan beragama Islam tidak mungkin takut kepada Allah, tapi sebagai umat Islam, kita haruslah takut kepada Allah. Kalau tak takut kepada Allah, umat Islam ke mereka itu?



Arak pada masa sekarang sudah boleh dikategorikan sebagai 'halal' Ini boleh dibuktikan dengan sesiapa saja boleh menjual arak, asalkan mereka mempunyai lesen. Bukti yang terdekat ialah kedai serbaneka 7 Eleven. Sesiapa saja boleh membeli arak di situ dengan bebas tanpa merasa malu dan takut. Sebabnya, tiada siapa yang boleh melarang dan menangkap mereka serta tiada pegawai penguatkuasa yang memantau. Ada ke di negara kita ini, kompaun dikeluarkan kepada mereka yang meminum arak di khalayak ramai atau di kedai makan, lebih-lebih lagi oleh orang melayu yang beragama Islam? Kalau ada, sila beritahu pada saya berapa saman dikenakan, siapa yang keluarkan saman itu. Saya rasa semua orang melayu yang beragama Islam tahu yang arak merupakan punca kepada segala dosa. Arak juga banyak disebut di dalam Al-Quran sebagai benda yang perlu dijauhi.

Allah berfirman :-

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(5:90)

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (5:91)

Didalam ayat di atas, khamar itu bermaksud arak, jadi sudah terang dan jelas mengapa arak itu perlu untuk dijauhi. Di dalam Al-Quran tidak ada disebutkan tentang rokok, jadi yang mana satu yang patut kita utamakan? Bukan saya hendak menyuruh anda semua menghisap rokok, rokok pun bahaya juga, persoalannya sekarang ialah yang mana satu yang harus kita pentingkan dahulu? Apa peranan masjid dan surau serta institusi agama sekarang? Sekadar duduk saja dan mengerjakan solat 5 waktu sahajakah? atau menunggu untuk mereka yang ingin berubah menjadi baik datang meminta nasihat kepada mereka? Tidak semua remaja yang ingin berubah mahu datang ke surau atau masjid. Mungkin sebab malu atau sebab-sebab yang lain. Sepatutnya orang yang beriman kena keluar dan berjihad ke atas remaja melayu yang rosak akhlak ini. Jihad yang dimaksudkan disini bukanlah dengan bom dan senapang, tetapi ada jihad yang dituntut iaitu dengan Al-Quran.



Kesimpulannya ialah, saya berasa sungguh lucu dan geli hati apabila saya membaca tajuk berita pada hari ini. Setakat merokok, mampukah mereka bertukar menjadi perogol dalam sekelip mata? Apabila memandu, adakah rokok merupakan punca utama kemalangan? Padahal arak boleh merubah seseorang dalam sekelip mata saja. Dari wanita baik kepada betina jalang dan sundal, dari lelaki baik kepada jantan kaberet dan bersifat binatang. Jadi, fikirkanlah saudara sekalian, yang mana lebih patut kita banteras dulu. Jangan la berfikiran kolot, kerana Al-Quran tidak pernah jumud atau kolot. Al-Quran adalah panduan untuk kita sepanjang zaman.

Wassalam.

3 comments:

  1. betul2! setuju! bangang betul segelintir non- smokers....tak mau isap rokok pi la tempat lain...duk indoor ke atau tempat ber-aircon...smokers lak yang hisap rokok di kawasan larangan merokok..bangang ler name nya...sendiri mau ingat lerr! give and take la....

    ReplyDelete
  2. bagus, mcm tu la yang kita hendak....fikirkanlah balik apa yang cuba saya tulis tadi tu, adakah ianya benar atau tidak?

    ReplyDelete
  3. jaga mata dr melihat perkara yg mungkar..jaga kaki dr pegi tempat yg di larang oleh Allah SWT..

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.