NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, February 8, 2010

Artikel pilihan - Alter Terahsia Bangsa Melayu XI.









(Di Gua Rahsia)



Anak cucu sudah kembali dari pengembaraan ke Angkor Wat.Apa yang anak cucu nampak?Hahaha...sebenarnya banyak lagi rahsia di sana,yang anak cucu belum tahu lagi.Bagaimana dengan Angkor Thom...

Apa yang Srikandi beritahu anak cucu?Sesungguhnya apa yang diketahuinya hanyalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan apa yang terkumpul di dalam peti-peti ini.Lagi anak cucu mengembara mencari rahsia Melayu,lagi banyak rahsia yang anak cucu tidak tahu.Mari mendekat ke sini,Tok Aki mahu tunjukkan sesuatu.

(Tok Aki mendekati satu peti yang penuh berukiran dengan tulisan Mesir Purba)

Di dalam ini adalah rahsia yang terpendam beribu-ribu tahun dahulu.Tiada siapa yang tahu perkara ini kecuali mereka yang mahu berfikir.Ini adalah peringkat rahsia dalam rahsia.Ada sesuatu di sini,di tempat tinggal kita ini 3500 tahun yang silam.

Anak cucu!Jika bukan para sarjana Barat merekodkan kewujudan kita,para sarjana China dan sasterawan Sanskrit akan menuliskan kewujudan kita,jika bukan raja Babilon menyebut-nyebutkan tentang kita...para Firaun di sana akan menuliskan syair-syair tentang kita...

Dan tanah tumpah darah kita ini...

Anak cucu ke sini bukanlah atas sebab untuk mengetahui apakah dia rahsia-rahsia ini,tetapi lebih untuk memahami MENGAPA MEREKA BERSUSAH-PAYAH MENCATATKAN KEWUJUDAN KITA.Sejak dari zaman berzaman,dari chariot dewa-dewi Hindu yang berasal dari kerajaan-kerajaan yang hilang...dari kamar beradu Isis dan Osiris....dari haruman bunga-bungaan misteri di Taman Tergantung Babilon,rahsia kemelayuan tetap terjaga,anehnya...bukan dari mulut ke mulut kita wahai anak cucu!TETAPI DARI TANGAN ORANG LAIN.Bangsa-bangsa purba bersilih ganti menjaga tabut rahsia kita.Turun temurun.Entah siapa yang menyuruh mereka menyimpan rahsia.Jadi Tok Aki ingin bertanya anak-anak cucu sekalian...mengapa mereka menjaga rahsia kita??

(Tok Aki tiba-tiba ghaib dari pandangan.Suasana begitu hening dan sunyi.Di atas peti terdapat secarik kertas dari daun papirus,tertulis kata-kata yang indah...)




Palingkan muka kamu...

Kepada bunga

kancing emas

satu rahsia...






















Misteri Punt dan Petunjuk Di Dalam
The Egyptian Book of The Dead













"Those who preside over their altars are the similitude of the Maat Ra (Eye of Ra), and the similitude of the Maat Heru (Eye of Horus)"



(Papyrus of Ani 'The Egyptian Book of The Dead' translated by E.A Wallis Budge)




Merenung kepada apa yang terjadi kepada keturunan Maya dan Aztek pada hari ini,benar-benar menginsafkan.Betapa sesiapa yang tidak membaca sejarah agung mereka,akan menganggap mereka adalah kaum picisan yang hina dan tidak berpelajaran.Melihat keadaan mereka yang menjadi minoriti dan terpinggir akan membuatkan sebilangan kita berfikir bahawa kaum ini sudah tentu tidak tahu membuat apa jua ciptaan,hatta sebatang jarum sekali pun.Melihatkan keadaan mereka pada hari ini akan membuatkan kita berfikir dari hutan manakah mereka berasal.

Kemudian rakan-rakan kita mengajak kita menonton filem yang berjudul '2012'.Ketika itu seluruh dunia sedang sibuk memperkatakan tentang filem ini.Kita pun tidak mahu ketinggalan dan sanggup beratur membeli tiket di pawagam.Ketika di dalam pawagam,kita pun menekur menonton dengan asyiknya tanpa berkedip-kedip dan betapa kagum dengan kesan khas filem ini.Keluar dari pawagam,kita pun mencari-cari tentang maksud ramalan Maya tentang 2012.Alangkah terkejutnya kita apabila membaca tentang MAya,melihat kesan-kesan tinggalannya...piramid-piramid yang besar-besar dan khazanah astronomi yang mengagumkan dengan beratus-ratus komentar dari pakar sejarah,sains dan astronomi tentang tamadun kaum yang kita anggap orang gua dan orang hutan sahaja.

Bayangkan,ketika orang SEpanyol tiba ke semenanjung Yucatan,orang-orang Inca menganggap mereka adalah jelmaan dewa-dewa dan kapal-kapal mereka adalah kenaikan dewa-dewa (tamadun-tamadun AMerika Tengah adalah kerajaan agraria,berasaskan pertanian) kerana mereka tidak pernah melihat kapal-kapal yang besar sebegitu.Apabila diperangkap penjajah SEpanyol orang-orang Incaini tidak melawan padahal merekalah yang gemar menangkap kaum-kaum lemah di sekitarnya.Orang-orang INca menyanjung tinggi kehebatan pakaian dan kapal-kapal orang SEpanyol ini padahal pada masa yang sama orang-orang SEpanyol ini berasa amat terkejut dengan kota-kota Inca yang hebat dan khazanah emas yang terlampau banyak.Kaum yang membina piramid bukanlah kaum yang bodoh tetapi mereka yang punya peradaban tinggi.Namun disebabkan PERASAAN RENDAH DIRI TANPA BERSEBAB DAN SUKA MENYANJUNG ORANG LUAR mengakibatkan akhirnya mereka dihapuskan serta-merta oleh para conquistador yang mula sedar kaum-kaum ini walaupun punya peradaban yang tinggi namun kurang peka dengan perkembangan semasa.Mereka tidak pernah melihat kapal,jadi mereka menganggap orang yang keluar dari kapal itu adalah anak dewa.Akhirnya mereka dibunuh beramai-ramai seperti ayam disembelih akibat kedunguan mereka itu.

Ini berlainan pula dengan orang-orang Melayu di Kepulauan Melayu.Bukan satu atau dua yang datang menjajah,TETAPI EMPAT.Sepanyol,Portugis,Belanda dan Inggeris datang 'menziarahi' kita di sini.Toltek,Aztek,Inca dan Maya dihapuskan dengan mudah oleh conquistador Sepanyol sahaja tetapi Nusantara memerlukan gabungan empat 'conquistador' untuk mengawal Nusantara.SEpanyol mengawal Filipina,Belanda mengawal Indonesia,Inggeris mengawal Tanah Melayu dan Borneo,manakala semua ini dimulakan oleh Portugis yang pernah memegang Melaka sebentar dan menjajah Timor Timur.Ini belum termasuk kelibat Perancis yang menjenguk Indochina dan Amerika yang pernah memegang Filipina sebentar (aneh juga,bagaimana Amerika boleh sesat sampai ke Filipina).Namun adakah orang-orang Melayu hari ini pupus atau menjadi minoriti tidak bernegara,seperti mana yang terjadi kepada orang-orang Aztek dan Maya?

SEPATUTNYA MELAYU PUPUS TIDAK BERSISA HARI INI DIKEROYOK 4 CONQUISTADOR INI,terutamanya Tanah Melayu yang dipegang oleh 'raja conquistador' iaitu Inggeris.Namun anehnya,orang-orang Melayu masih bernafas dan masih berbahasa Melayu di dunia fana ini.Adakah kata-kata Hang TUah itu menjadi sumpah yang benar?Inilah misteri yang memang tidak terpecahkan.Aborigine yang memegang pulau sebesar Australia pun rebah,bagaimana orang-orang Melayu ini yang dituduh bermacam-macam tuduhan seperti pemalas,kurang cerdik,lembik dan 'nak buat jarum pun tak reti' boleh 'survive' selepas dilanda 'air bah' penjajahan yang memenatkan?Sepatutnya orang-orang Melayu lenyap,tetapi apa yang berlaku sebenarnya?

Fikirkan,jika orang-orang Melayu tidak pernah melihat kapal,meriam,istinggar dan orang Eropah,sudah tentu orang-orang Melayu akan dibelasah habis-habisan seperti yang terjadi kepada Aztek,Maya,Toltek dan Inca.Benar,terutamanya di Tanah Melayu,kita dapati tiada piramid-piramid segagah seperti yang dibina oleh Aztek dan Maya,namun dimanakah orang Aztek yang amat hebat boleh membina piramid agam itu?DIMANA MEREKA?

Mengapa orang Melayu menentang dengan darah,fikiran dan keringat...menggunakan apa saja yang mungkin....keris,parang,tombak,meriam,istinggar,pemuras,kapal-kapal perang untuk menghadapi serangan bertubi-tubi,bukan satu malah EMPAT NEGARA EROPAH TERKUAT.Penjajah hanya menghantar Sepanyol sahaja untuk menghapuskan tamadun-tamadun hebat di Benua Amerika,namun terpaksa menghantar beberapa negara penjajah untuk menundukkan NUsantara.Mengapa orang-orang Melayu tidak menganggap orang-orang Eropah ini sebagai dewa atau anak dewa yang turun dari kenderaan sakti?Padahal kaum sehebat Maya yang hebat dari segi teknologi astronomi dan matematik boleh dikalahkan dengan mudah.

Di manakah bangsa-bangsa hebat seperti Assyria yang membina kota Nineveh yang agung?Di manakah Akkadia,Chaldea dan penakluk-penakluk Babilon yang pernah berdagang dengan pedagang-pedagang Melayu pada hari ini?Di manakah keturunan Firaun dan bangsa Qibti Mesir Purba yang membina piramid yang menjadi salah satu keajaiban dunia dan pernah melawat 'Punt' 3500 tahun yang silam dan pernah bertemu dengan pemerintah Punt iaitu orang 'Melayu' di sana yang bernama Raja Perehu dan permaisurinya,Puteri Hati?

Semua bangsa-bangsa hebat ini lenyap dari peta sejarah,jika ada sisanya sekalipun,keadaan mereka amat menyedihkan.Dahulu mereka sering membuli dua bangsa picisan,Arab dan Yahudi yang sering dijadikan hamba dan bahan serangan,namun hari ini lihatlah berapa banyak negara-negara Arab dan lihat peranan orang Yahudi yang mencatur politik dunia.Orang Qibti Mesir hari ini telah lenyap menjadi orang Arab Mesir.Namun berita baiknya,bangsa yang pernah dilawati para Firaun Mesir beribu-ribu tahun dahulu masih ada!Menariknya,mereka masih mengucapkan perkataan-perkataan yang pernah didengar oleh utusan Firaun dahulu,kira-kira 3500 tahun yang silam!




Petunjuk Dari Tulisan Rencong


Sebelum ini kita telah mengkaji corak tulisan purba orang-orang Melayu iaitu Rencong.Tulisan Rencong pada masa dahulu ditulis pada tanduk kerbau, buluh, kulit kayu, kertas dan daun lontar.Manuskrip-manuskrip ini kebanyakannya disimpan oleh Belanda,majoritinya di Bibliotheek (Perpustakaan) Leiden.Dari manakah tulisan ini berasal?Atau soalan yang mencabar dan luarbiasa,TAMADUN MANAKAH YANG MENCEDOK TULISAN INI MENJADI TULISAN MEREKA?

Kita lihat kembali perbandingan antara tulisan-tulisan Aramaik,Phoenicia dan Brahmi (Brahmi berasal dari tulisan Parsi Kuno di zaman Cyrus The Great).


Brahmi Dan Rencong














Aramaik dan Rencong










Phoenicia dan Rencong













Akhirnya tulisan jenis ini menjadi semacam tulisan jenis pepaku (cuneiform) yang digunakan oleh Tamadun Sumeria.

Apabila melihat kepada persamaan aneh antara tulisan Rencong dengan tulisan-tulisan purba ini,terdapat 3 andaian untuk menerangkan mengapa tulisan orang Melayu ini mempunyai hubungan dengan skrip-skrip tersebut:


1-Orang Melayu mencedok tulisan orang Phoenicia pada zaman dahulu.Faktor bagaimana ia terjadi kemungkinan besar dan dipercayai hasil dari aktiviti perdagangan antara kedua-dua bangsa.

2-Orang Phoenicia pernah menetap di Nusantara,sama ada menjajah,penghijrahan atau sebagai 'warganegara yang bekerja' di Nusantara.

3-Tulisan ini memang tulisan ciptaan orang Melayu Purba.Kemudian ditiru oleh orang Phoenicia,kemudian dicedok oleh orang Aramaik kemudian diubahsuai oleh orang Ibrani (Hebrew) dan seterusnya diambil oleh orang Aryan,yang kemudiannya membawa skrip ini ke India untuk menuliskan kitab-kitab Veda,kemudian dicedok oleh orang Dravidia (Tamil,Devanagari,Malayalam) seterusnya dicedok lagi oleh orang Khmer dan Nusantara (menjadi Kawi dan Aksara),dari sini dicedok buat kesekian kalinya oleh orang Thai dan BUrma.


Misteri persamaan tulisan Rencong ini dengan tulisan-tulisan dalam kelas Proto-Canaanite benar-benar memeningkan pakar-pakar kajian skrip di Barat.Akhirnya 'dengan berat hati' mereka meletakkannya di bawah kategori subBrahmi bersama Kawi,Khmer,Thai dan lain-lain,memandangkan skeptikal mereka dengan skrip Asia Tenggara yang dianggap mereka diinspirasikan daripada skrip Brahmi.Ini juga akibat pandangan tradisional pengkaji Barat yang memandang semua skrip di Asia Tenggara dipengaruhi oleh unsur-unsur Keindiaan.Namun ini tidak dipersetujui oleh para sarjana lain seperti Jaspen,Marsden dan Jones yang mengesan misteri yang menyelubungi Rencong ini,malah semakin dikaji sehingga bukan setakat skrip Rencong,malah bahasa Melayu dialek Rejang itu sendiri menimbulkan misteri lebih besar,persamaannya dengan perkataan-perkataan Mesir Purba!!



Rahsia Tersembunyi Di Dalam Relief Di Kuil Hatshepsut



*Perehu dan isterinya Ati


Kesedaran para ahli arkeologi,sejarahwan dan pakar bahasa tentang misteri yang menyelubungi skrip Rencong memandu beberapa pengkaji mendekati dengan rapat selok-belok tulisan ini,sejarah tempat di mana tulisan ini ditemui dan orang yang menggunakannya.Seterusnya mereka mengkaji pula bahasa yang digunakan oleh skrip ini,iaitu bahasa Melayu Rejang.

Charles Robert JOnes,seorang ahli American Research Center di Mesir telah menyatakan bahawa kesedaran tentang pengaruh Phoenicia terhadap tulisan Rencong ini telah ditimbulkan oleh J. Park Harrison pada tahun 1896 di hadapan Persatuan Geografi dan Arkeologi Great Britain.Sarjana-sarjana budaya orang Semitik iaitu Sayce,M.Renan and Neubauer yang telah memeriksa tablet-tablet buluh di Sumatera,telah menyimpulkan bahawa karakter-karakter huruf dalam Rencong sememangnya mempunyai pengaruh Phoenicia.Phoenicia adalah istilah Barat kepada orang Kanaan,satu bangsa purba yang pernah mempunyai tamadun dan peradaban tinggi pada masa silam.Para pengkaji sejarah menyatakan peradaban orang Phoenicia telah wujud kira-kira 1200 tahun Sebelum Masehi.Mereka pada zaman dahulu tinggal di kawasan sekitar Palestin,Lebanon dan Syria sekarang.Sarjana-sarjana Semitik berkenaan berkeras melaporkan bahawa REncong adalah tulisan orang Phoenicia sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi malahan Dr. Neubauer menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa bentuk-bentuk huruf Rencong dikenalpasti adalah mirip versi tulisan orang Phoenicia pada abad keempat dan kelima Sebelum Masehi.

Tablet-tablet ini telah dihantar ke England (salah satu rompakan khazanah Melayu Nusantara,menjadikan sebahagian anak Melayu hari ini berasa rendah diri dan mengalami kecelaruan identiti,sekejap merasa Melayu,sekejap merasa Cina,sekejap merasa India,sekejap merasa Siam seperti sesumpah) oleh William Marsden pada tahun 1783 dan huruf-huruf dari tablet itu telah diterbitkan dalam bukunya yang bertajuk The History of Sumatera.Kerja-kerja awal para sarjana menumpukan kepada sumber-sumber kepada skrip Rencong dan struktur karakter dalam tulisan tersebut serta bunyi setiap karakter.Hasilnya sungguh memeranjatkan apabila mereka mendapati tiada satu pun skrip-skrip Keindiaan tertua yang menepati sama ada tulisan Rencong mahupun aksara-aksara Sumatera berkaitan.Penemuan yang mengejutkan ini telah diterbitkan di jurnal saintifik Oxford journal,Archaeologia Oxoniensis pada tahun 1896.Kesimpulan yang dibuat mereka ialah tulisan ini telah dibina melalui hubungan secara langsung dengan orang Phoenicia (bukan cedokan atau ubahsuai tulisan dari tulisan lain).

Pada tahun 1927,seorang pengkaji Jerman telah memulakan satu projek kajian bebas berkaitan skrip orang Batak di tengah dan utara Sumatera.Pengkaji tersebut,Schroeder telah turun ke Sumatera dan cuba mendapatkan jawapan sama ada terdapat data-data yang secukupnya untuk menyesuaikan dengan jangka masa tulisan Phoenicia ini dicedok atau mereka datang ke Sumatera melalui India atau dari Phoenicia ke Nusantara secara terus.

Hasil kajian pengkaji Jerman ini boleh dibaca dalam artikel bertajuk A Phoenician Alphabet On Sumatra.Di dalam artikel ini,beliau telah menunjukkan bukti-bukti hubungan secara langsung antara skrip Phoenicia dan skrip Batak.Beliau juga menunjukkan perbandingan kronologi pembinaan karakter antara Phoenician dan Aramaik (tulisan Ibrani Kuno dan asal-usul Hebrew),dan menunjukkan perkara yang sama telah berlaku pada skrip Batak!Schroeder mengatakan tulisan ini tiba ke Sumatera pada masa pembinaan kerakter ini iaitu kira-kira 700 dan 650 Sebelum Masehi.Kesimpulan dari kajian beliau ialah tulisan orang Batak adalah mewakili perubahan dari tulisan Phoenicia ke Aramaik (dengan kata lain,ketika orang Ibrani mula mempelajari tulisan orang Kanaan,draf tulisan yang belum sempurna diadaptasi ke Aramaik yang dikenali pada hari ini telah sampai ke Nusantara,manakala draf tadi di Tanah Kanaan telah mengalami perubahan demi perubahan sehingga menjadi tulisan Ibrani Kuno,sementara draf tadi yang sampai ke Sumatera masih dipakai oleh orang Nusantara).Beliau juga mengatakan 'draf' ini sampai ke Sumatera kira-kira permulaan dan akhir abad ke 7 Sebelum Masehi.

Akibat dari pelbagai misteri dan tandatanya yang menyelubungi pakar-pakar bahasa dan skrip dari Eropah sejak era penjajahan hingga tamat Imperialisme di Nusantara,pada tahun 1961,Universiti Kebangsaan Australia telah menghantar seorang ahli antropologi ke Sumatera.Pakar antropologi itu,M.A Jaspen telah menghabiskan beberapa tahun di antara masyarakat Rejang Sumatera untuk mempelajari bahasa dan mengumpulkan cerita rakyat dan kosakata bahasa Melayu Rejang.Pada ketika itu (1961) masih ada penduduk di sana yang menggunakan skrip Rejang (seperti hari ini,masih ada orang menggunakan skrip Jawi) terutamanya orang tua-tua dan pedalaman.Beliau telah menterjemahkan skrip ini dari tulisan-tulisan pada buluh dan batang kayu dan mengkompilasikannya di dalam buku yang bertajuk Rejang Ka Ga Nga Text yang diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Australia.Kulit buku tersebut tercetak karakter-karakter Rencong yang ada persamaan dengan huruf Phoenicia.

Jaspen juga telah mengusahakan kamus bahasa Melayu Rejang-Indonesia-Inggeris dan memasukkan juga perbandingan antara bahasa Melayu Rejang dengan sebutan bahasa Semitik Barat.Walaubagaimanapun,Jaspen telah meninggal dunia sebaik sahaja hasil kerjanya diterbitkan yang mana mengandungi sebahagian dari siri kajian ANU's Pacific Linguistics oleh Professor P. Voorhoeve (sekarang dikhabarkan bersara di Belanda).Hasil dari gabungan kerja oleh M.A Jaspen dan Professor P. Voorhoeve yang juga menyokong kajian para sarjana seawal abad ke-17,dijadikan rujukan Jones untuk membawa beliau ke satu rahsia lain yang amat mengejutkan;terdapat unsur-unsur satu tamadun lain yang lebih lama dari tamadun Phoenicia dan Ibrani yang telah dikesan dalam budaya Melayu khasnya pada bahasa Melayu dialek Rejang,iaitu tamadun Mesir Purba!

Dalam kajian para sarjana sejarah dan linguistik telah menemukan kemungkinan yang benar-benar memeningkan;lebih memeningkan dari tulisan Rencong,iaitu bagaimana pengaruh bahasa kuno Mesir Purba yang telah pupus masih tertinggal di dalam bahasa Melayu dialek Rejang.Dan petunjuk yang mungkin untuk dijadikan asas kajian seterusnya ialah kembali ke abad 15 SEBELUM MASEHI;ketika Ratu Hatshepsut mengadakan ekspedisi ke 'Tanah Para Dewa',Punt.



Punt,The Land of Gods



Para sarjana awal yang tidak memahami budaya Nusantara mengalami masalah ketika mengkaji budaya masyarakat Rejang Sumatera.Pengkaji seperti Jaspen pada awalnya menganggap masyarakat Rejang dan bahasanya adalah berlainan dengan bahasa Indonesia/Melayu dan ini menghalang mereka daripada melihat petunjuk yang membawa mereka kepada kajian pengaruh Mesir Purba.Tetapi pengkaji-pengkaji selepas mereka yang memahami konsep Nusantara dan bangsa Melayu telah merasa satu kemestian untuk merujuk kepada bahasa Melayu/Indonesia standard kerana rupa-rupanya pengaruh Mesir Purba itu juga ada pada bahasa Melayu/Indonesia (memanglah sebab bahasa Rejang itu adalah bahasa Melayu loghat daerah).Pengkaji seperti Jones ini terpaksa merujuk kepada bahasa Melayu untuk memastikan makna perkataan Rejang untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.Beliau telah mengesan terdapat perkataan-perkataan 'aneh' yang terdapat dalam bahasa Melayu yang juga ada dalam kosakata Mesir Purba,contohnya perkataan 'asem' dan 'lebun'.'Asem' bermaksud 'tamarind acid'(pemahaman Jones) dan 'lebun' ialah 'sejenis kayu'.Dari sini para pengkaji dapat mengesan 'clue-clue' yang lain seperti asal-usul perkataan 'lubbanjawi' iaitu kemenyan dalam bahasa Arab.Perkataan 'lubban' rupanya dicedok dari kata 'lebun' dalam bahasa Melayu (rujuk artikel ATBM 'Rahsia Dari Wangi-wangian').



*sila klik untuk paparan lebih jelas

Jones memulakan kajian tentang kaitan antara bahasa Melayu Rejang dengan Phoenicia,Ibrani (Hebrew) dan Mesir Purba apabila terjumpa kamus Rejang di dalam perpustakaan UCLA (University of California,LOs Angeles).Beliau telah menyenaraikan perkataan-perkataan antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Melayu dan membuat analisis menggunakan perisian khas komputer dan hasilnya positif dalam kebanyakan perkataan!!



Kajian lebih lanjut dari segi linguistik seperti frekuensi,konotasi dan pembahagian kata dalam kosa kata Melayu Rejang dengan perbandingan kepada bahasa-bahasa Semitik Purba ini menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang sama tetapi berbeza makna.Dan ini bukanlah kebetulan mereka mempunyai kosa kata yang sama,namun di sana terdapat proses perubahan yang dapat dikesan secara linguistik.Dengan kata lain,perubahan yang mengambil masa beribu tahun telah merubah makna dari perkataan yang sama;yang dikongsi oleh Melayu Rejang dan bahasa-bahasa Phoenicia,Ibrani dan Mesir Purba.Dalam banyak keputusan,BAHASA MELAYU DILIHAT LEBIH BANYAK MENGEKALKAN KEASLIAN;dengan kata lain ia lebih dipercayai adalah SUMBER ASAL KOSA KATA ITU di mana perubahan makna itu lebih cenderung terjadi kepada bahasa Mesir Purba dan lain-lain berbanding Melayu Rejang.Ringkasnya,para sarjana ini dengan berat hati dan sukar mempercayai dengan kenyataan bahawa bahasa Mesir Purba,Phoenicia dan Aramaik seolah-olah peminjam atau mencedok perkataan-perkataan Melayu ini!!

Antara perkataan yang sama antara bahasa Melayu dengan Mesir Purba ialah 'hati' (heart).Ada juga yang berkongsi kata yang sama tetapi makna yang berlawanan.'Min' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'hari ini' tetapi 'meun' bermaksud 'esok' dalam loghat Melayu Rejang.Ada juga yang sama perkataan namun ertinya yang lain,seperti 'betula' dalam bahasa Mesir Purba bermaksud 'gadis' aatau 'dara' dalam bahasa Ibrani (Hebrew) namun Melayu Rejang mengenalnya sebagai 'keturunan'.Terdapat juga perkataan yang hampir sama tetapi berbeza kerana kehilangan salah satu huruf atau sebutan seperti 'mat' atau 'maat' adalah bermaksud 'mata' (eye) dalam bahasa Mesir Purba tetapi dalam bahasa Melayu/Rejang,ia (eye) adalah 'mata'.Lihat huruf 'a' pada hujung 'mata' telah tiada dalam sebutan Mesir Purba."Melek' bermaksud 'raja' (king) punya kaitan dengan kata 'meligai' (Melayu standard:'mahligai) iaitu 'tempat tinggal raja' dalam dialek Rejang.


Ati,kekasih 'hati' Raja Punt





Inilah adalah penemuan yang amat memeranjatkan tentang apakah kaitan terahsia antara orang Melayu dengan misteri Punt,iaitu tanah suci yang didakwa oleh para Firaun sebagai 'tempat asal-usul moyang' mereka.Perkataan 'hati' telah ditemui pada rekod ekpedisi Ratu Hatshepsut ke Punt pada abad ke 15 Sebelum Masehi.Dokumen ini,yang dirakamkan pada ukiran relief kuil di Deir El-Bahari di Luxor di mana nama isteri kepada raja Punt yang ditemui oleh utusan Ratu Hatshepsut ialah 'ati' (hati) yang bermaksud 'hati' (heart)!Nama raja Punt itu pula adalah 'perehu' sebagaimana yang didekodkan oleh pakar bahasa dan Egyptologi dari relief itu.'Perehu' kemungkinan besar adalah gelaran,dan 'perehu' adalah tidak ragu lagi satu perkataan bahasa Melayu iaitu 'perahu' (boat).Jadi makna penuh nama gelaran raja Punt ialah 'Raja Perahu' atau 'King of Ship/Boat'.Dan menariknya,kata 'perehu' terdapat pada tajuk kepada salah satu tablet buluh (tulisan Rencong) yang diterjemah oleh Marsden iaitu 'Sejarah Perehu'.

Ini bercantum dengan salah satu alter terahsia bangsa Melayu sejak sekian lama,'LAUT DAN BAHTERA' (rujuk artikel ATBM 'Viking of The Orient')

Perkataan 'Asem' pada bahasa Mesir Purba ialah 'emas' (gold) di mana pada spesimen di relief kuil dan pada manuskrip papirus bermaksud 'gelang emas'.'Asem' ini direkodkan sebagai 'produk dari Punt'.(rujuk alter Melayu yang lain iaitu EMAS pada artikel ATBM 'The King Solomon's Mines).Dari petunjuk ini,kita dapat simpulkan bahawa para Firaun ini mengenal emas sebagai produk utama Punt.Dan dari sini kita tahu dari mana Ptolemy mendapat nama 'Aurea Chersonese' (Golden Chersonese,'Aurum' iaitu istilah kimia bagi emas diambil dari kata 'Aurea' ini).Ini muncul pada ukiran pada tembok utara dan selatan pada kuil Dinasti ke-18 di Deir al Bahari,Luxor.

Pada dokumen bersejarah ketika era Hatsheput dan Thutmose III dan juga pada inskripsi di makam Rekhmire dan Puyemre,'Asam' ialah produk Djahi(Phoenicia) dan Nubia.Seorang sarjana,James H. Breasted menjelaskan bahawa 'asam' iaitu produk emas berbentuk seperti donut ini adalah emas komersil yang diperdagangkan.Perkataan 'asam' ini muncul dalam bahasa Melayu di seluruh budaya Malaysia,Indonesia dan Iban di Borneo.Ia bermaksud 'masam' atau 'berasid/cuka'.Walaupun begitu,pada penggunaan di masa silam,'asam' juga bermaksud logam berharga atau campuran logam berharga atau 'teraloi'.

Di dalam spesimen di relief itu juga ada diterangkan tentang 'anti'(bahasa Mesir Purba) iaitu 'kemenyan' atau 'wangi-wangian' (rujuk ATBM 'Rahsia Dari wangi-wangian) iaitu salah satu produk terpenting Punt,sama seperti emas.Kemenyan atau 'anti' ini adalah objektif utama ekspedisi ke Punt kerana di Mesir Purba,kemenyan adalah bahan suci untuk tujuan keagamaan.

Perkataan Ibrani (Yahudi) bagi kemenyan ialah 'labona' dan Arab menyebutnya 'lubban'.Anehnya,di dalam bahasa Melayu terdapat kata 'lebun' yang bermaksud sejenis pokok (pokok kemenyan).'Lubbanjawi' adalah kata standard dalam bahasa Arab merujuk kepada 'kemenyan pepejal' yang khas.Kata 'Jawi' itu merujuk kepada tempat ia terhasil iaitu Tanah JAwi.Kemenyan dalam bahasa INggeris ialah benzoin resin,dimana kata 'benzoin' itu diubahsuai dari kata 'lubbanjawi' setelah mengalami perubahan pada perkataan Inggeris lama 'benjawin'.

Pakar botani di UCLA,DAvid Verity,telah mengatakan bahawa pokok-pokok kemenyan telah dibawa ke selatan Tanah Arab dan ditanam di sana setelah permintaan kepada wangian dan kemenyan meningkat.



'Matahari' dalam The Egyptian Book of The Dead



The Egyptian Book of The Dead adalah kompilasi manuskrip-manuskrip papirus yang menerangkan ritual-ritual keagamaan,ilmu sihir dan falsafah mistik orang Mesir Purba.Ia tercatat dalam skrip hiroglif Mesir Purba.Ini adalah nama yang diberikan oleh pengkaji Barat kepada koleksi manuskrip ini.Ia dikenali dalam budaya Mesir Purba sebagai 'Jampi Kehadiran' atau 'Hari Keempat'.The Book of The Dead adalah koleksi yang merentasi masa sejak Kerajaan Lama Mesir Purba dalam bentuk text Piramid hinggalah ke Era Kerajaan Pertengahan dalam bentuk teks keranda (manuskrip yang diukir pada luar permukaan keranda).Di dalam koleksi ini juga dijelaskan perjalanan roh selepas kematian dan kehidupan selepas kematian.Ia juga menerangkan kewujudan alam ghaib.

Di dalam The Egyptian Book of The Dead ini ditemukan kata 'Maat Heru' yang berulang kali.Kata 'Maat Heru' ini bermaksud 'Mata Horus' atau 'Eye of Horus'.Perkataan ini juga ditemukan pada teks-teks Piramid.Ini adalah ekspresi tertua tentang Wadget atau 'mata yang sihat'.Dalam mitologi Mesir Purba,'Mata Horus' adalah Matahari dan Bulan.Di dalam peperangan dengan Dewa Kegelapan,Seth,'Mata Horus' ini dimusnahkan.'Mata' ini diketahui adalah kuasa terkuat dalam mitologi Mesir Purba.Ia kemudiannya dipulihkan oleh Isis dan dikenali sebagai Wadget atau 'Mata yang Sihat'.Horus akhirnya berjaya menentang tentera Seth,di bumi dan di alam ghaib kegelapan.Di dalam budaya Mesir Purba,Horus bermaksud hari siang atau terang.Ia juga ditampilkan sebagai 'Mata kepada hari Siang'!

Di sini pakar bahasa dan budaya Nusantara semakin merasa keanehan dan misteri yang tidak terjawabkan.Kata 'Maat' adalah sama erti dengan 'mata' dalam bahasa Melayu.'Heru' pula sesuai dari segi linguistik dengan 'hari' dalam bahasa Melayu.Padanan linguistik dengan struktur perkataan 'Maat Heru' dan 'Mata Hari' adalah mencapai 98%!'Mata Hari' dalam definisi biasa bermaksud 'Mata kepada Hari pada waktu siang' adalah maksud yang sama dalam budaya Mesir Purba!!Dan 'Matahari' adalah 'Sun' dalam bahasa Melayu,sama seperti sifat Horus sebagai dewa matahari!Pakar-pakar linguistik dan sejarah yang mengkaji kaitan antara bahasa Melayu dan Mesir Purba menyimpulkan perkataan ini 'adalah hubungan secara LANGSUNG ANTARA BUDAYA MELAYU DENGAN MESIR PURBA'.



Raja Melayu Kuno di 'Tanah Para Dewa'


Rekod-rekod Mesir Purba telah mengesahkan bahawa lokasi Punt ialah satu kawasan luas DI TIMUR MESIR.Di dalam The Book of The Dead,Punt ialah sebutan kepada dunia sebelah timur (set nu Punt).Di dalam kesusasteraan Mesir Purba,The Shipwrecked Sailor(terjemahan ke bahasa Inggeris),ada menceritakan tentang Raja Punt ini.Ia mengisahkan seorang pelayar yang karam kapalnya dihanyutkan ke sebuah pulau.Kemudian dia terserempak dengan 'ular besar' yang kemudiannya berdialog dengan pelayar tersebut.'Ular besar' itu kemudiannya memberitahu pelayar itu bahawa dia adalah raja tempat itu yang dikenali sebagai Punt.Seterusnya di dalam kesusasteran itu ada menerangkan bahawa 'ular besar' (naga?) itu memerintah ke atas kawasan kepulauan.Ini membatalkan teori Punt di Tanah Arab atau benua Afrika.'Memerintah pulau-pulau' adalah ciri-ciri Raja Punt dan hanya Kepulauan Melayu sahaja lokasi yang tepat dengan petunjuk ini!

(Kami akan dedahkan rahsia darah naga,sejarah dinasti darah naga,bangsa 'Mu' dan tanah yang tenggelam dalam artikel ATBM akan datang)


Di relief kuil di Deir al Bahari,ada terakam kedudukan Punt di antara jalan perdagangan beberapa tamadun agung.Ini adalah satu ciri-ciri yang menepati kedudukan Nusantara sebagai jalan perdagangan antara India dan China.Dan eksport utama Punt ialah kemenyan dan emas!

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa ciri-ciri Punt dalam pelbagai manuskrip Mesir Purba:


-berada di TIMUR Mesir.
-Raja Punt memerintah pulau-pulau
-terletak di jalan tengah perdagangan antara tamadun
-mengeksport emas dan kemenyan
-Gelaran raja Punt ialah 'perehu' dan orang Punt pandai membuat kapal dan perahu


Peti-peti di Gua Rahsia semakin bergegar-gegar mengeluarkan haruman misteri!!


Bukti-bukti lain bahawa ekspedisi Ratu Hatshepsut menuju ke arah Nusantara adalah seperti berikut:

Faktor masa-Di dalam ramalan Amon pada permulaan pemerintahan Hatshepsut ada menyatakan:

"...Tuanku telah melihat sehingga sampai ke pelabuhan kemenyan,untuk membuka ia sepenuhnya...untuk mengetahui jaraknya...untuk membuka jalannya supaya patuh kepada ayahku Amon"

Di Punt,ketua angkatan laut Mesir Purba,Nehesi telah bertemu dengan pemerintah Kepulauan Melayu,Raja Perehu (boat in Malay) di mana kapal-kapal Mesir Purba telah kembali ke Mesir pada tahun ke-5 pemerintahan Hatshepsut.Ini adalah JANGKA MASA YANG CUKUP untuk pelayaran dari Mesir melepasi Laut Merah.Jika Punt terletak di sepanjang pantai Afrika,jangka masa pelayaran adalah lebih pendek sepatutnya.Kepulauan Melayu adalah lokasi yang menepati jangka masa ini.



Potoh (gelang dipergelangan tangan)-Nehesi(ketua angkatan laut Mesir Purba sebagaimana yang diterakam pada relief di Luxor) melaporkan bahawa Perehu memakai potoh pada pergelangan lengannya.Ini adalah budaya raja-raja Melayu,sila rujuk kepada POTOH NAGA yang disimpan oleh Kesultanan Perak.


*Perhatikan 'keris' yang dimiliki Perehu


Keris-Ukiran di Kuil Hatshesut juga menjelaskan bahawa Perehu memiliki sebilah 'pisau pendek' yang diselitkan pada kain sarungnya.Budaya Mesir purba tidak menyelitkan senjata pada kain atau seluar.Senjata tajam akan diletakkan di dalam sarungnya dan sarung senjata itu diikat pada tubuh atau digantung.Ini adalah 'style' pemakaian senjata di dunia sebelah Barat.Tetapi relief ini jelas menerangkan 1001 misteri tentang tabiat Perehu,memakai senjata yang diselitkan pada sarung (atau sampin?).Hanya gaya berkeris sahaja yang menepati 'style' raja Punt itu.


Kapal-Pada relief di Makam Min,seorang pegawai kepada Thutmose III ada merakamkan lawatan seorang pelayar dari Punt yang tiba ke pantai Mesir dengan kapalnya yang ganjil (yang dilukis oleh pelukis Mesir Purba ketika itu).Kajian dari pakar dan cendekiawan bersepakat mendakwa bahawa bentuk kapal pada ukiran di makam kuno itu lebih cenderung kepada kapal-kapal Melayu terutama di Sumatera.National Geographic bilangan 159 yang diterbitkan pada tahun 1981 ada mengulas tentang kapal Sumatera ini.



KESIMPULAN



Terdapat banyak lagi keserasian yang timbul di antara tamadun Mesir Purba dengan budaya dan bahasa Nusantara.Namun sehingga ke hari ini para pengkaji tetap bingung dengan penemuan aneh ini.Apakah yang terjadi di Punt 3500 tahun yang silam?Apakah yang dilihat oleh Nehesi dan anak kapalnya tentang orang-orang Punt dan kediaman mereka?Bagaimana perkataan Mesir Purba boleh ada dalam kosa kata Melayu dan Rejang?Bagaimana pula tulisan asli Melayu mempunyai pengaruh Phoenicia?SEpertimana prasasti yang juga ditemui di Benua Amerika yang dipercayai milik tamadun seperti Maya dan Aztek,telah merakamkan ketibaan kapal-kapal dari Mesir Purba dan penduduk di Benua Amerika berkata:

"...kamu tidak sepatutnya sampai ke sini...kecuali datang dari arah Tanah Punt..."


Fikirkan kata-kata yang mendalam ini,dan bayangkan di mana Tanah Punt itu.Adakah Horus adalah salah satu raja di Tanah Punt?SEbagaimana gelaran dewa-dewi HIndu kepada Nusantara sebagai 'The Fabulous Land of Gold' begitu juga para Firaun ini yang mengenal Punt sebagai tempat menghasilkan emas dan kemenyan.

Mengkaji Nusantara sebagai Punt atau The Land of Gods akan membuka cerita lebih menggemparkan.Betapa bangsa Qibti Mesir telah tiada tetapi bangsa yang sezaman dengannya masih wujud dimuka bumi.Orang Kanaan (Phoenicia) yang berniaga dengan orang Punt pun sudah pupus,namun rakan seperniagaan mereka masih hidup dan ada yang berniaga seperti dahulu.


Ingat!Pengetahuan rahsia itu bagi orang yang memahaminya.Sekurang-kurangnya orang Melayu masih dapat mempertahankan Rencong sehingga abad ke 19 dari jarak masa beribu-ribu tahun.DAN BERTUAHNYA MASIH DAPAT MEMPERTAHANKAN BAHASANYA SEHINGGA KINI walau pun banyak dugaan melanda.Legenda Perahu dan Hati terakam di dinding kuil purba di Luxor,Mesir.Perahu dan hati adalah perkataan Melayu biasa yang digunakan sehingga ke hari ini.Ini juga bermakna kedua-dua perkataan ini adalah antara perkataan asli Melayu yang paling tua.

Pertanyaan yang semakin mendesak-desak di dalam dada ialah,apakah yang sebenarnya berlaku lebih awal dari 3500 tahun yang silam di antara orang Melayu dan Mesir Purba?Apakah maksud Tanah Nenek Moyang?













--------------------------------------------------



Coming Soon...


Alter Terahsia Bangsa Melayu XII







-Siapa Funan?Khmer atau Melayu?
-Austronesian dan Polinesia
-Kota yang hilang di dasar tasik Chini
-Bahasa-bahasa Nusantara
-XXXXX XXX XXXXX
-XXXXX XXX XXXXXX
-Helmet dan jaket perang orang Cham
-Item Locked
-Rumpun Melayu
-Item Locked
-Item Locked
-XXXXX XXXXX




Nampaknya petunjuk tidak muncul!Penjaga Gua Rahsia hilang tiada berjejak!Pencarian semakin menemui jalan buntu!Apakah kesudahan pencarian ini??


Nantikan jawapannya dalam episod akan datang!

Hanya di MistisFiles...



No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.