NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, February 1, 2010

Bila hati menjadi hitam.

Assalamualaikum.

Kenapa saya memilih tajuk ini adalah kerana ianya berkait rapat dengan benda yang saya hendak ceritakan ini. Kisah ini terjadi kepada rakan seperjuangan saya dan tidak mustahil juga akan terjadi kepada anda dan juga diri saya.

Rakan saya ini jenis yang suka menegur tidak kira la siapa orang itu. Tetapi teguran mereka tidaklah sekeras mana pun. Kisahnya bermula dengan teguran kepada rakannya yang lain berkenaan dengan tabiat yang suka mengata, mempersendakan org dan juga tabiat berhibur yang sukar untuk dikawal. Pernah ditegur, tapi tidak diendahkan malah di marahinya kembali. Pernah juga rakan saya ini dikatakan 'Jumud' dan tidak up-to-date. Pernah juga rakan saya ini di kutuk dan difitnah. Ada yang mengatakan yang rakan saya macam bagus dan menyuruh dia cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain.

Dari cerita ini, dapatlah saya simpulkan yang apa yang terjadi ini adalah adat jika hati orang yang hendak ditegur itu sudah menjadi hitam. Apa sahaja benda baik adalah buruk bagi mereka dan apa sahaja benda buruk, baik pada mereka. Bagi saya, berhibur itu tidak salah. Tapi mestilah mengikut hukum dan adat tatasusila orang Islam. Kalau dah tempat tu berhimpit lelaki dan perempuan dan juga melalaikan sudah tentulah ianya salah. Kalau dah tahu salah, kenapa hendak dibuat lagi? Apa yang akan kita dapat nanti? Dah la membazir duit, dosa pun dapat. Ingat buat dosa hari ini bole taubat hari ini ke? Kalau macam mengumpat tu, tiba-tiba masa hendak mengumpat tu, nyawa kita melayang....bukan ke dah rugi diri sendiri? Perlu diingat, orang yang mengumpat ini Allah khaskan satu surah untuk mereka. Bukan satu atau dua ayat sahaja, malah ada satu surah untuk mereka iaitu surah Al-Humazah (Pengumpat). Begitu bencinya Allah pada orang yang suka mengumpat ini.

Bagi saya, tidak semua orang itu sempurna. Ada juga yang ingin berdakwah tetapi ilmu tidak cukup. Ada yang ingin menegur tetapi diri sendiri yang tidak berapa betul. Tetapi harus diingat yang Nabi Muhammad SAW pernah berkata, "Sampaikanlah dariku oleh mu walau sepatah ayat." Tidak pula ada disebut sampaikan dariku olehmu yang mempunyai perwatakan baik dan berpelajaran tinggi walau sepatah ayat. Jika ada benda yang tidak kena di mata kita, tegur sahaja. Biar lama-lama orang itu akan sedar jika orang itu tidak membenci kita. Dia akan malu dengan sendirinya apabila orang disekelilingnya sudah meluat dengan kelakuannya itu. Jadi, nasihat saya kepada rakan saya itu, teruskan menegur dan jangan mengalah dengan tohmahan orang. Sebab apa yang anda buat itu tidak salah sama sekali. Yang rugi hanyalah mereka dan diri anda tidak akan rugi walau sedikit pun.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.