NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, February 25, 2010

Cinta 2 - Sungguh-sungguh atau tidak?



Kata orang, cinta yang bersungguh-sungguh adalah apabila cinta itu dibina atas niat yang suci murni dan ikhlas serta jujur. Persefahaman akan dibina selepas perhubungan itu terjadi dan bukannya sebelum perhubungan itu terjadi. Jika ada orang merasakan yang persefahaman itu harus terjadi sebelum perhubungan itu terjadi, mereka silap. Sedangkan dalam berkawan pun kita belum tentu akan dapat memahami orang itu. Ini kerana masa berkawan, banyak perkara yang disorokkan dari pandangan kita. Tetapi selepas menjalin hubungan cinta, terlalu banyak perkara yang kita tidak tahu, kita akan tahu selepas itu. Pada masa itu, jika perhubungan itu berlanjutan sehingga ke jinjang pelamin, hendak menyesal pun tiada gunanya lagi.

Bila kita sebut pasal kejujuran dan keikhlasan dalam bercinta, inilah yang menjadi nadi sesebuah perhubungan itu. Ini kerana jika ada seseorang dari mereka itu yang tidak jujur, akan terjadilah suatu kesusahan dan kesengsaraan kepada pasangan mereka dalam sesuatu perhubungan itu.

Kes 1.

Seorang lelaki yang mempunyai kekasih yang dikenalinya selama 5 tahun akhirnya di dalam dilema kerana di datangi oleh gadis yang menagih cinta darinya dan merupakan gadis yang lebih baik daripada kekasihnya sekarang.

Kes 2.

Seorang gadis yang ingin mencari cinta yang baru tetapi tidak dapat lari daripada kekasih hatinya yang lama kerana masih takut akan ditinggalkan oleh kekasihnya yang baru dan ingin menjadikan kekasih lamanya sebagai 'bantal' untuknya jikalau dia jatuh kali ini.

Kes 3.

Seorang gadis yang tidak dapat meninggalkan kekasih lamanya walaupun sudah membenci kekasihnya itu. Dalam pada masa yang sama, dia mencari cinta yang baru untuk sinar baru dan asyik lari dari masalahnya itu.

Kes 4.

Seorang lelaki yang dalam dilema sama ada hendak meneruskan perhubungan cintanya kerana hubungan cintanya itu sudah tidak mempunyai semangat.


Berikut adalah sinopsis beberapa kes yang sering ada dan biasa berlaku di dalam masyarakat kita. Sebenarnya kita boleh mengagak yang jika perkara ini terjadi, ia akan melibatkan banyak pihak dan akan menyakitkan banyak pihak. Sikap ini boleh di anggap sebagai satu sikap mementingkan diri sendiri. Mereka ini tidak memikirkan mengenai perasaan orang lain yang tidak bersalah. Mereka yang lebih jujur dan ikhlas ini akan terheret sekali ke dalam kekecewaan yang berpunca dari orang yang mementingkan diri sendiri ini. Ini sekaligus boleh membuatkan orang yang tidak bersalah itu menjadi tidak percaya kepada cinta atau mungkin boleh menjadi orang itu jahat dan mereka pula akan menganiaya orang yang lain.

Sebenarnya, jika kita sungguh-sungguh sayangkan pasangan kita itu, kita akan mencuba sedaya upaya untuk mengelakkan seberapa banyak masalah yang boleh menjejaskan hubungan kita itu. Memang la sudah menjadi lumrah dunia yang lelaki tidak akan dapat lari dari wanita dan wanita tidak akan dapat lari dari lelaki. Kita juga tidak dapat mengelakkan diri dari dicintai oleh lelaki atau wanita lain. Tetapi kita boleh menghindarkan diri dari terjadinya perkara seperti ini. Sebagai contoh, dalam siri yang lepas saya ada menceritakan bagaimana cinta itu wujud di tempat kerja yang sama. Sebenarnya perkara itu boleh kita elakkan jika kita hanya berhubung di waktu pejabat sahaja dan di samping itu kita hendaklah professional dan tidak sama sekali membincangkan perkara diluar dari hal kerja. Ada banyak lagi cara sebenarnya cuma yang penting antara hendak atau tidak hendak membuatnya sahaja. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Dengan itu sekaligus kita dapat mengelakkan dari curang kepada kekasih kita atau mencari kekasih yang baru.

Senario mencari tempat jatuh yang lembut sebagai contoh; kata-kata yang saya petik dari seorang ini yang mengatakan, "ala, kalau dia tinggalkan aku pun, aku tak la sakit sangat sebab aku ada lagi satu spare tyre," tidak sepatutnya berlaku jika kita sungguh-sungguh di dalam sesuatu perhubungan itu. Tetapi jika kekasih hati itu sudah tidak baik bagi kita walaupun sudah bermacam-macam cara sudah kita lakukan tetapi tidak juga dapat mengembalikan rasa cinta itu, akhirilah perhubungan itu segera sebelum kita mencari cinta yang lain. Ini untuk mengelakkan dari kita menyakiti hati lain yang setia kepada kita. Inilah bukti yang kita bersungguh-sungguh di dalam perhubungan cinta itu.

Dalam kes yang ke-4, ada banyak kesimpulan yang dapat kita buat dari sinopsis tersebut. Sama ada dia dah bosan atau sama ada terlalu banyak masalah ataupun kurang perhubungan. Semua ini dapat kita elakkan jika kita melakukan perkara belajar menerima dan memberi. Setiap apa yang kita korbankan itu pula janganlah diharapkan balasan. Anggaplah semua itu sebagai pertolongan yang ikhlas. Tetapi harus diingat, pasangan itu pula janganlah cuba mengambil kesempatan atau tidak mengenang jasa pertolongan yang berikan kepadanya itu. Apabila jadi sesuatu perbalahan, bak kata penyanyi Jamal Abdillah "sandarkan kepada kenangan". Itu lebih baik daripada membuat perkara yang bodoh dan merugikan diri sendiri.

Apa-apa pun wahai para pembaca yang budiman, jagalah pasangan dan perhubungan itu sebaik yang mungkin. Jika ada masalah, jangan lari tetapi selesaikanlah dengan cara yang terbaik. Jika ada yang cuba mengganggu perhubungan kita, jangan panik tetapi cubalah selesaikan masalah itu juga secepat mungkin. Kasihanilah pasangan kita itu dan kenanglah segala apa yang telah dilakukan oleh pasangan kita itu termasuk susah payah pasangan kita itu untuk kita demi perhubungan itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini, cinta itu suci tetapi kitalah yang mengotorkan cinta itu. Jadi janganlah kita kotorkan cinta itu dengan perbuatan yang sia-sia seperti curang dan tidak jujur. Jika kita bersungguh-sungguh di dalam sesuatu perhubungan itu, nescaya kita akan rasa kemanisan cinta itu dan jika kekal ke jinjang pelamin, cinta itu akan jadi berbaloi dan lebih manis. Tanyalah diri anda sendiri, mahukah anda merasakan cinta yang penuh dengan kemanisan sehinggakan anda mengatakan kepada diri anda sendiri, "inilah orang yang aku cari"? Jika mahu, buatlah sedaya upaya dalam apa juga perkara yang boleh membina hubungan cinta yang sihat.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.