NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, February 22, 2010

Cinta 1 - Kenapa mesti bermasalah?




Bila kita sebut atau bercerita mengenai hal cinta, sudah pasti ramai diantara kita yang boleh dikatakan bergelar 'doktor' di dalam hal ini. Tapi sedarkah anda, perkara yang sering anda sebut dan ucapkan itu tidak semuanya anda ikuti atau amalkan di dalam kehidupan cinta anda? Sebagai contoh, kita sering menasihati pasangan kita agar sentiasa jujur dan setia, tetapi adakah kita lakukan seperti apa yang kita ucapkan itu? Contoh yang lain, kita semua mahukan cinta yang baik dan tidak bermasalah, tetapi adakah kita mengkaji apa itu cinta yang baik dan tidak bermasalah itu? Bagaimana pula untuk mendapatkan cinta yang seperti itu?

Kes 1.

Seorang gadis yang telah bercinta selama 3 tahun telah mula merasa hambar di dalam perhubungannya itu kerana pasangannya sudah mula menjauhkan diri darinya dan si gadis mula merasa penat kerana memikirkan asyik dirinya sahaja yang beria-ia dalam mengekalkan hubungan mereka itu.

Kes 2.

Seorang gadis mula merasa bosan dengan kekasihnya kerana faktor jauh, jarang berjumpa dan jarang dapat berhubung.

Kes 3.

Seorang lelaki mula mengsyaki kekasihnya mempunyai kekasih yang lain setelah kekasihnya bekerja di tempat yang baru. Kerana setiap kali mereka keluar bersama, pasti si kekasihnya itu menetapkan mode silent atau kerap tidak menjawab panggilan.

Kes 4.

Seorang lelaki yang mula kerja di tempat baru mula merasa bosan dengan kekasih hatinya. Dia mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang bekerja di tempat barunya itu.

Kes 5.

Seorang gadis yang tidak dapat menolak cinta seorang lelaki yang datang kepadanya walaupun sudah mempunyai kekasih hati kerana lelaki yang datang kepadanya itu membawa sesuatu harapan yang baru dan lebih baik daripada teman lelaki lamanya itu.

Kes 6.

Seorang gadis yang amat suka memasang 'spare tyre' di mana sahaja dia pergi walaupun sudah mempunyai kekasih hati yang amat penyayang dan sanggup untuk bekorban apa sahaja untuknya.


Jika kita perhatikan semua sinopsis kes yang ada ini, semuanya pernah kita dengari sama ada dari media masa atau dari keluhan rakan kita sendiri. Mari kita fikirkan bersama kenapa semua ini boleh terjadi? Jangan pula kita berfikir yang semua ini tidak akan terjadi kepada kita. Semua ini akan terjadi kepada kita jika tidak mengambil langkah untuk menghalang perkara ini dari terjadi.

Bagi kes curang atau sudah hati sudah beralih arah kepada cinta yang baru ini, dapat saya simpulkan yang hati manusia ini mudah terusik apabila mendapat sesuatu keseronokkan yang baru. Selain dari itu, pakar psikologi pernah berkata apabila seorang lelaki dan perempuan yang sudah bekerja di tempat yang sama, melakukan aktiviti yang sama, sering berbincang dan bersua muka setiap hari, sudah pasti akan ada bibit-bibit cinta yang berputik. Jadi tidak hairanlah jika ada pasangan yang bercinta pasti akan gagal di pertengahan jalan.

Sebenarnya perkara seperti ini boleh kita elakkan. Bukan satu masalah besar pun jika kedua-dua makhluk Allah ini saling membantu. Bukan satu yang mudah jika salah seorang dari mereka mempunyai gaya hidup yang bebas. Ini kerana, salah seorang yang mempunyai gaya hidup yang tidak sihat seperti ini haruslah mengorbankan gaya hidupnya itu jika benar dia menyayangi pasangannya itu. Kenapa harus berdegil jika benar kita cintakan pasangan kita itu? Bukankah ianya adalah satu langkah yang baik untuk mengelak terjadinya perkara yang tidak baik di samping dapat membina salasilah diri yang baik? Kenapa? Taknak jadi baik ke? Nak jadi jahat ke? Tak sedia nak berubah? Anggap la diri kita ini berada di dalam sebuah takungan tahi, tanyalah diri sendiri sama ada kita hendak berenang-renang di dalam takungan tahi itu atau kita hendak keluar secepat yang mungkin dan pergi menyucikan diri. Tepuk dada dan tanyalah diri sendiri.

Bagi kes 6, ini adalah masalah kepada diri gadis itu sendiri. Bukan sahaj gadis yang suka memasang 'spare tyre' tetapi lelaki pun sama juga. Lelaki kata perempuan jahat, perempuan pula mengatakan lelaki jahat...sebenarnya sama sahaja jika setiap pihak menyalahkan antara satu dengan lain dan mula memperdayakan satu dengan yang lain. Bontot periuk mengatakan bontot kuali hitam, padahal sama je hitamnya. Bagi masalah ini, mereka yang inginkan cinta yang baik haruslah menjauhkan diri dari orang seperti ini. Mereka ini selalunya mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak dan juga pandai mengucapkan kata-kata manis. Walaupun tidak semua yang mempunyai kriteria seperti ini adalah jahat, tapi kita haruslah berjaga-jaga.

Firman Allah :-

Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

(Surah Al Israa' ayat 7.)

Ini adalah janji dari Allah dan bukannya janji yang kosong. Orang yang seperti ini yang suka mempermainkan perasaan orang lain, sudah pasti akan mendapat balasannya. Ini bukanlah hukum karma. Tetapi adalah satu kepastian yang telah ditulis di dalam Al-Quran. Bagi mereka yang tegar dan degil sudah pastilah teguran dari Allah ini tidak akan diendahkan. Mungkin kerana hati mereka sudah hitam atau sudah mati dari menerima teguran dari Allah ini. Bagi mereka yang masih mempunyai kesedaran, segeralah memuhasabah diri dan menghijrahkan diri daripada yang buruk kepada yang baik. Bukan apa, ini adalah untuk memudahkan diri kita juga untuk masa hadapan kita nanti. Kekasih hanya 1, isteri ada 1, keluarga ada 1, jagalah semuanya ini kerana jika hilang segalanya kita tidak akan dapat benda yang sama.

Ada juga yang berkata "Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak baik dahulu dan kemudian barulah dia akan menemukan kita dengan insan yang baik." Adakah Allah sekejam itu? Allah tidak kejam, tetapi kita sendiri yang kejam terhadap diri kita sendiri. Sebabnya kerana kita sentiasa meletakkan nafsu di hadapan melebihi daripada tuntutan yang sepatutnya. Fikirlah wahai para pembaca yang budiman, jika kita tidak hendak dikecewakan atau disakiti oleh orang lain, janganlah kita menyakiti orang lain, kerana balasan Allah itu pasti dan amat pedih di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.