NuffNang

Nuffnang

Translate

Sunday, September 7, 2008

Peringatan Untuk Diri.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sudah lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Kesibukkan diri dalam menjalani kehidupan seharian membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menulis didalam blog ini. Sebenarnya saya hendak menyatakan syukur dan beruntungnya diri saya ini. Ada banyak sebab kenapa saya berkata sedemikian. Yang paling utama ialah sebab saya diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Sebab yang lain ialah saya berpeluang untuk menjalani ibadat di dalam Rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa. Ini kerana bagi diri saya, puasa kali inilah yang diterima oleh Allah. Dulu saya banyak melakukan perkara yang mungkar dan meninggalkan perkara yang makhruf. Sebab itu bila tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, hati saya melonjak kegembiraan.

Walaubagaimanapun, saya masih lagi perlu mengganti dan membayar denda untuk menebus kembali 'hutang' saya pada Allah. Walaupun mungkin berat pada mulanya, tetapi setelah saya mendalami kembali Agama Islam ini dan kembali ke jalan yang betul, perkara seperti itu menjadi amat mudah bagi saya. Sebenarnya Agama Islam ini mudah dan senang, tidak perlu diputar belit lagi. Sebab itu saya mengatakan semuanya mudah dan tidak membebankan. Allah tidak pernah menzalimi diri kita, tetapi kita sendiri yang menzalimi diri kita. Saya menyeru kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya, segerakanlah bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Dengan berbuat demikian, hidup akan jadi lebih bermakna dan penuh dengan keberkatan. Dengan solat, saya menjadi tenang dan lebih keyakinan dan lebih berdisiplin. Saya pernah menjejakkan kaki saya ke lembah kehinaan dulu. Keseronokkan duniawi menjadi perkara utama pada saya. Setelah saya kembali ke jalan Allah, saya dapati keseronokkan itu bukanlah satu perkara yang baik. Tetapi ianya lebih membawa kepada kerosakkan dan pembaziran. Percayalah pada apa yang saya katakan ini, keseronokkan dunia itu semuanya sementara. Yang akhirat itulah yang harus kita kejar dan harus kita tumpukan. Bukannya saya menyuruh anda semua melupakan dunia, tetapi kejarlah dunia untuk akhirat.

Akhir kata, kehidupan dan kejayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak berkat dan tidak bersyukur pada Allah adalah kegembiraan yang dilaknat Allah dan tiada faedahnya. Nescaya tidak akan gembiralah anda semua kerana diri sentiasa tidak puas dan tidak pernah cukup. Orang yang bertangguh taubatnya adalah taubat yang tidak lengkap dan tidak cukup syarat. Taubat itu adalah taubat yang tidak diterima oleh Allah. Tetapi andai kata diterima, kita sudah rugi kerana apabila sudah tua baru hendak bertaubat, kita pasti tidak larat untuk beribadat dengan sepenuhnya. Ini kerana tenaga atau kudrat sudah lama meninggalkan kita. Fikirlah sendiri, gunakanlah akal yang diberi Allah itu dengan sebaiknya. Janganlah menjadi seperti lembu, iaitu apabila terlihat pisau yang disediakan untuk menyembelihnya, menggelabahlah lembu itu. Jadilah seperti manusia, iaitu apabila datangnya ajal, kita tidak akan menggelabah sebab kita sudah bersedia untuk pergi kerana sudah tersedia bekalan untuk dibawa ke Akhirat.

Wassalam.

1 comment:

  1. alhamdulillah..kita kena sering beringat bala itu ujian Allah untuk menguji keimanan kita...kena yakin bahwa itu semua sbg kifarrah ke ats dosa-dosa silam kite.Allah tidak menghadirkan kite dgn ujian jk kite x mampu menghadapiny dan nyata Allah sentiasa berada di sisi org2 yg bertaubat dan org2 yg menegakkan kebenaran..

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.