NuffNang

Nuffnang

Translate

Tuesday, September 2, 2008

Pesanan Buat Wanita.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dalam masyarakat negara kita, pasti ramai yang tahu kelebihan seorang wanita. Tahukah anda wanita ini adalah golongan yang paling senang untuk memasuki syurga? Dan tahukah anda wanita adalah golongan yang dimuliakan sehingga mereka berhak memilih syurga mana yang mereka mahu jika mereka membuat tiga perkara ini iaitu Puasa, Taat pada suami dan Solat 5 waktu? Tetapi tahukah anda sesungguhnya wanita adalah golongan yang paling ramai di neraka?

Diriwayatkan daripada Abdulullah bin Umar r.a. katanya : Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Wahai kaum wanita! bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah Istighfar iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni neraka." Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya : "Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum yang kebih ramai menjadi penghuni neraka?" Rasulullah S.A.W bersabda : "Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, dari golongan kamu." Wanita itu bertanya lagi : "Wahai Rasulullah, apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?" Rasulullah bersabda : "Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan solat pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ".....Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi." (Surah Al-Baqarah Ayat 282)

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda : "Ketika aku berdiri di hadapan Syurga, ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah dari kalangan orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi disini dapatlah kita simpulkan bahawa wanita adalah penghuni neraka yang paling ramai. Sedarlah wahai kaum wanita! terutama yang pembawa maksiat, yang mengingkari suami, yang membawa kepada zina, kamu inilah yang akan menjadi penghuni tetap neraka. Hendakkah kamu semua duduk di neraka? Sesungguhnya mereka yang tidak beriman, yang tidak berakal dan yang hampir-hampir murtad sahaja yang tidak akan mengendahkan amaran dari Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Bertaubatlah segera, kerana taubat yang ditangguh-tangguh tidak akan diterima Allah kerana ianya adalah taubat yang tidak ikhlas dan tidak cukup syarat.

Wassalam.

1 comment:

  1. yup bro..arap tiada lg ladies night.ni kerana perangai kite semuany bergantung pd diri sendiri - " cinta yg kembali biar la bersama iman dan takwa mencintai Allah "

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.