NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, September 1, 2008

Perjuangan Feminisme.....Perjuangan Siapa?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

"Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum
perempuan
itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada
kamu jalan-jalan
aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan
orang-orang yang soleh, supaya
kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat
kamu, Dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
(surah An-Nisaa' : 26)

Dalam dunia Islam, terutamanya di negara-negara membangun seolah-oleh terdapat ketidakpuasan hati segolongan wanita. Mereka berfahaman bahawa wanita telah di kongkong, di tindas serta tidak diletakkan di tempat sewajarnya. Selain dari serangan pemikiran kepada menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita dan menghilangkan perbezaan yang menjadi benteng antara jenis, mereka juga berusaha ke arah menggalakkan wanita bekerja di setiap bidang. Serangan pemikiran ini dinamakan FEMINISME di mana lebih bermotifk reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini kebanyakkannya di dukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi tetapi jahil pasal Agama Islam.

Golongan ini tertarik dengan gerakan feminisme barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, leberilasasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Mereka mengeksploitasi segala hal yang bersifat gender ini dan kita masyarakat di Malaysia mengikutnya dengan membuta tuli. Sudahlah masyarakat kita ini masyarakat membontoti orang lain. Segala bentuk fahaman dan ajaran yang belum tahu baik buruknya diikuti tanpa usul periksa selain dari pengaruh budaya kuning dari barat. Kononnya negara Islam, Islam sebagai agama rasmi, tetapi terlalu sedikit benda atau perkara yang melambangkan Islam selain nama 'Islam' didalam kad pengenalan. Adakah golongan feminisme ini tahu dari mana agenda dan slogan mereka selama ini dicedok? tahukah mereka apa itu Islam Liberal? Berikut ada 5 falsafah Islam Liberal ini iaitu :-
  1. Sekularisme - mereka berkata pemikiran mereka tidak bercanggah dengan Islam, malah sebahagiaan dari Islam.
  2. Pluralisme Agama - Semua agama adalah sama, satu tuhan dari satu matlamat. Cuma yang membezakannya ialah cara menyampaikannya pada tuhan. Agama Islam dan Bukan Islam ada setanding dan sama-sama benar.
  3. Al-Quran Edisi Kristis - perlu diperbaharui dan diperbetulkan kerana terdapat kesalahan dan perlu dinilai secara kristis.
  4. Hermeneutika - Pentafsiran semua Al-Quran menggunakan kaedah hermeneutika yang dicelup dari kaedah pentafsiran bible. Menurut kaedah pentafsiran ini, teks Al-Quran tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ianya mungkin mengandungi kesilapan.
  5. Feminisme - Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita dari semua segi. Diantara tuntutannya ialah : a) Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah. b) Wanita diberikan kuasa untuk menjatuhkan talak. c) pembahagian pusaka sama diantara anak lelaki dan wanita. d) Poligami adalah tidak sah.
Ternyata idea-idea ini jauh menyimpang dari ajaran Islam. Mereka memutar belitkan hadis dan Al-Quran sehingga manusia yang lemah Ilmu Agamanya menjadi teperdaya. Mereka yang teperdaya ini juga sangggup bermati-matian memperjuangkan fahaman ini yang kononnya betul dan sah. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria melahirkan kebimbangannya seperti yang telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia (13 Jun 2006) menyatakan : "Masyarakat dari segenap peringkat daripada penggubal dasar sehingga rakyat jelata perlu faham dan mengetahui bahawa gagasan Islam Liberal dan Pluralisme ini sebenarnya sangat asing daripada kesejatian ajaran Islam itu sendiri."

Lebih membimbangkan lagi, semua ini tidak dapat dikawal lagi. Ini dibuktikan dengan adanya satu organisasi 'Sisters in Islam' yang telah menggegarkan dunia dengan menganjurkan solat Jumaat dan WANITA YANG MENJADI IMAM di New York. Imam itu ialah Prof. Dr. Aminah Wadud dan merupakan seorang professor bidang pengajian Islam di Virginia Commonhealth University. Disamping itu, muazinnya seorang wanita yang tidak mengenakan jilbab (tudung) dan ia ikut solat Jumaat. Peristiwa ini telah mendapat kutukan dari seluruh para Ulama dan Mufti Besar Abdul Aziz Al-Sheik dan juga ketua Masjid Al-Azhar. Mereka berkata perkara ini adalah sesat dan lagi menyesatkan dan ia perlu dibenteras. Inilah akibatnya bila memperjuangkan hak gender tanpa mengikut hukum hakam Ilahi. Pada hal di dalam Islam, wanita sentiasa mendapat jaminan yang baik. Malah Islamlah yang telah menaikkan martabat wanita di kala dunia eropah didalam zaman kegelapan.

Ini juga merupakan padah kerana terlalu dibiarkan mereka ini bebas. Membenarkan pemakaian tudung yang berfesyen-fesyen dan tidak mengikut cara yang betul seperti masih menampakkan leher dan dada. Memakai tudung tetapi masih menampakkan jambul, kononnya fesyen atau trend terkini. Menolak hukum Islam dengan mengatakan ianya tidak releven dengan zaman moden sekarang. Semua ini adalah permulaan kepada kehancuran diri dan martabat kaum wanita itu sendiri. Masyarakat pada masa sekarang sudah tidak menghormati kaum wanita Malaysia mahupun di negara kita atau di negara luar seperti yang di paparkan di Majalah Mastika (keluaran September 2008). Inikah yang mereka semua ini hendak? Bila sesuatu kejadian berlaku, kaum lelaki menjadi mangsa dan sering dipersalahkan 100%. Tetapi dimanakah peranan kaum wanita? Jadi, fikirlah sendiri. Islam amat menyanyagi wanita dan selalu memuliakan wanita baik didalam hadis dan juga didalam Al-Quran. Jadi kenapa hendak menzalimi diri sendiri lagi? Kebebasan apa yang mereka cari? Adakah kebebasan yang dilaknat Allah atau kebebasan yang redha lagi benar dan selamat disisi Allah? Tepuk dada dan tanyalah Iman.

Wassalam.

1 comment:

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.