NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, September 10, 2008

Kewajipan Menuntut Ilmu dan Mengajarkannya.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dalam kehidupan seharian, kita sering mempalajari sesuatu perkara baru. Tiada seorang pun di dunia ini lahir dalam keadaan berilmu atau sudah cukup ilmunya. Kewajipan menuntut ilmu dan mengajarkannya adalah satu kewajipan bagi setiap muslim. Jika menuntut Ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslimin, maka mengajarkan Ilmu itu yang sudah dedapati itu juga merupakan kewajipan.

Pada malam semalam (Selasa, 9hb Sept. 2008), saya telah berjumpa 3 orang sahabat yang baru saya kenali. Walaupun begitu mereka seperti sudah lama saya kenali dan kami begitu mesra sekali. Tetapi tujuan saya berjumpa dengan mereka kerana saya ingin hendak mendengar penerangan mereka tentang sesuatu dan mempelajari sesuatu dari mereka iaitu tentang Al-Quran. Sungguh pun pada waktu itu adalah satu waktu yang singkat, saya dapat suatu Ilmu yang baru yang tidak dapat diperolehi sama ada melalui darah keturunan atau dari duduk bersenang-lenang. Saya berasa senang hati dan suka kerana mereka sudi berkongsi Ilmu pengetahuan yang tidak semua orang boleh ada dan dapat kepada saya. Mereka memberinya tanpa meminta apa-apa balasan dan jauh sekali meminta upah.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jadi disini dapatlah disimpulkan menuntut ilmu itu hukumnya wajib ke atas setiap orang Islam, tidak mengira jantina. Sedangkan menuntut ilmu ini pula tidak terhad kepada batasan umur seseorang itu. Syeikh Burhanuddin al-Zarnuyij di dalam kitabnya, Ta'lim al-Muta'allim, menyebutkan bahawa ilmu yang paling utama iaitu yang paling wajib dituntut ialah 'Ilmu-Hal'. Ilmu-hal ialah ilmu yang sangat perlu bagi setiap orang yang sudah baligh. Dengan kata lain, Ilmu yang wajib itu adalah diantaranya ialah Ilmu tauhid dan Ilmu Fiqh (Fikah) kerana tanpa kedua-dua ilmu ini nescaya seseoang muslim tidak dapat beramal. Ilmu tauhid ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah ketuhanan, dan yang mula-mula dipelajari ialah tentang keesaan Allah s.w.t. sendiri, kemudian sifat-sifatNya, termasuklah sifat yang wajib ada padaNya dan yang mustahil disifatiNya. Ilmu tauhid ini juga termasuklah dalam ruang lingkup rukun Iman, iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul-rasulNya, hari Kiamat dan kepada Qada' dan Qadar.

Ilmu Fiqh pula membincangkan soal-soal yang berhubungan dengan cara-cara serta kaifat beribadah kepada Allah s.w.t. dan ebrgaul sesama makhluk, khususnya sesama manusia. Jadi jelaslah sekarang bahawa kedua-dua ilmu itu perlu dikuasai terlebih dahulu supaya seseorang muslim itu mampu hidup dengan baik dan teratur. Selepas itu barulah kita menuntut ilmu-ilmu yang lain seperti perubatan, sains dan teknologi dan lain-lain ilmu yang mendatangkan kebaikkan kepada manusia.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :

"Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini)."

(Riwayat Ibnu 'Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :

"Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian."

(Riwayat Tabrani)

Dengan adanya dua lagi hadis ini, maka dapatlah kita mengetahui kepentingan menuntu ilmu itu. Kepentingan menuntut ilmu ini sungguh mulia sehingga malaikat membentangkan sayapnya untuk memayungi orang-orang yang menuntut ilmu itu. Tetapi ilmu itu hendaklah ilmu yang baik, lebih-lebih lagi ilmu berkaitan agama, kerana ianya akan beroleh rahmat serta keredaan dari Allah s.w.t. Ilmu yang didapati pula hendaklah dikongsi bersama kerana ianya merupakan sedekah kepada orang yang hendak diajarnya itu.

Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Jadi, marilah kita semua muslimin dan muslimat menuntut ilmu, supaya kita dapat memperkasakan diri kita dan juga umat islam kembali. Kerana realitinya sekarang ini, umat islam sudah jauh ketinggalan terutamanya di negara kita Malaysia. Walaupun pahit, tetapi itulah yang sebenarnya telah berlaku.

Wassalam.

7 comments:

  1. yup bro..teringat ustaz i beritau dulu walaupun mungkin pesanan ini sering di dengar.ustaz i menekankan pentingny ilmu itu d kongsi n di ajar..kate-katenya lebih kurang " saya ada satu epal,anda ada satu epal,kita tukar epal,anda ada satu dan saya tetap ada satu epal..jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukarilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu.." fikir fikirkanlah..

    ReplyDelete
  2. Ilmu itu adalah amat berharga. Kitab Al-Quran adalah sumbernya. Tidak membaca kitab Al-Quran adalah sama dengan tiada pedoman.

    ReplyDelete
  3. salam..akidah..
    tauhid..
    kata guru ku..akhir zaman ni banyak org mementingkan amal je..
    tapi ati kosong..
    hanya sekadar menyebut ALLAH..tapi xkenal siapa itu ALLAH..
    xmerasai keagungan ketika SOLAT menyembah ALLAH..
    DIA LAH PENTADBIR..PENTAKDIR DAN MAHA HEBAT ALLAH MEMILIKI SIFAT KESEMPURNAAN..cuba lihat zaman rasulullah..
    pertama skali rasulullah di suruh "menyebarkan kalimah tauhid "laailahaillallah.."
    bila selesai akidah smua ummat baru la di laksanakan amal2 yg termasuk dalam rukun islam..
    skarang islam skadar perbuatan je..
    nauzubillah..bimbinglah kami YA ALLAH..:")

    ReplyDelete
  4. Al Siddiq,

    Sebenarnya jika kita bijak, kita akan dapat melihat apa yg terjadi pada zaman dahulu yg diceritakan di dalam AQ, sudah pun berlaku....dan cara untuk menanganinya pun sudah ada...tapi tidak di gunakan. Mereka semua berbangga dgn apa yg mereka ada sehinggakan tidak mahu menerima kenyataan yg kadang kala mereka juga salah.

    ReplyDelete
  5. tak beriman seseorang tampa izinNya bertawakkallah berusahalah mencari yang sebenarnya

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.